Friday, January 6, 2012

Jaga Hati Dia





“Ketahuilah di dalam jasad itu ada segumpal daging,
apabila dia baik maka baiklah seluruh jasad,
dan apabila dia buruk maka buruklah seluruh jasad.

Ketahuilah bahawa itu adalah hati.”

Hadith riwayat Bukhari dan Muslim, dari Nu’man bin Basyir.




Menyedari bahawa hidup kita ini ada hati yang perlu dijaga. Hati ibu bapa, hati guru-guru, hati kawan-kawan, hati masyarakat dan semua hati yang dekat dengan kita. Dari sudut lain pula, Setiap seorang daripada hati-hati yang perlu dijaga (yang telah disenaraikan) itu memandang kita dengan cara yang berbeza pula.

Ada orang pandang kita, hatinya rasa tenang. Rasa mudah didampingi. Rasa hendak berkawan. Rasa sesuai menjadi tempat meluahkan masalah. Namun orang lain pula, masih dengan 'objek' yang sama (kita) memandang dengan perasaan yang lain pula. Mungkin pandang sahaja muka kita, rasa meluat, rasa marah, menyampah dan sebagainya.

Bagaimana itu berlaku? Ataupun soalan yang lebih baik:


"Wajarkah di biarkan itu berlaku?"



Menyediakan hati

Saya lebih selesa dengan konsep 'menyediakan hati'. Saya tidak menggunakan istilah 'mengorbankan hati' kerana takut disalah tafsirkan dan sebenarnya lebih untuk mengelakkan tindakan ekstrem walaupun hakikatnya itu hanyalah masalah bahasa. Baik.

Orang yang suka menyediakan hati bagi saya adalah orang yang penuh dengan sifat kasih sayang. Dia sedar dia punya ibu dan bapa. Tanda sayang dia kepada ibu bapa ialah tekadnya dalam hati bahawa dia wajib menjaga hati keduanya. Maka dia mempersiapkan hati sesedia mungkin untuk memastikan tindakannya tidak ada unsur-unsur menyakitkan hati kedua orang tuanya. Lihat, ini adalah ciri-ciri hati seorang anak yang baik.

Namun apabila kita keluar ke rumah, kita akan berjumpa dengan 'komuniti hati' yang lebih besar. Dengan kawan-kawannya, dengan guru-gurunya, dengan ahli suraunya, dengan rakan sekerjanya. Kelompok hati yang sangat ramai. Bagaimana mahu menangani mereka? Ayuh kita berbalik kepada konsep asal. 'Sedia'kan hati kita untuk mereka.

Tatkala bersama rakan-rakan, tukarkan mood 'hati' kita sebagai seorang rakan. Jadilah orang yang banyak mendengar daripada bercakap. Jangan guris hati kawan dengan perkataan-perkataan yang tidak disenanginya. Jangan sentuh soal peribadinya kecuali pada saat yang menyenangkan hatinya. Walaupun ada perkara yang kita suka, elakkan daripada melakukan perkara itu apabila kamu melihat rakan kamu tidak menyenanginya. Ini adalah ciri-ciri hati seorang rakan yang baik.

Apabila bersama dengan guru, tukar 'mood' hati untuk berhadapan dengan guru pula. Begitulah juga dengan individu lain.


"Kenapa sampai begitu sekali? Kena berubah personalitikah jika berhadapan dengan orang yang berbeza?"


Oh! Tidak. Bukan itu pengertiannya. Hanya berpegang pada konsep asal. 'SEDIAKAN HATI'. Itu sahaja. Itu sahaja personaliti yang perlu dikekalkan. Apabila kita menyediakan hati untuk mereka yang kita sayang, lalu personaliti itu akan terbentuk dengan sendirinya. Bukannya personaliti 'lakonan' yang dirancang dan direka-reka.
Ayuh sediakan hati!



Namun hati ini tidak sempurna

Kita perlu akui bahawa hati kita tidak sempurna. Menyedari bahawa hati ini akhirnya milik Allah juga, kita tidak akan dapat mengelak daripada kelemahan dan kekurangan. Memang niat sudah baik untuk menjaga hati dia dan dia, tetapi adakala hati ini perlu 'dibaiki'. Mana tidaknya, Adakala hati ini 'down'. Kadang-kadang jatuh merudum. Semua itu bergantung kepada Allah yang suka memberi ujian, tanda dia sayang akan hamba-hambaNya yang sabar.

Maka kita perlu peka apabila menilai seseorang. Kita kena cepat 'tangkap' bagaimanakah keadaan hatinya pada waktu itu. Adalah satu perangai yang tidak elok apabila kita ini jenis manusia yang hanya mahu terima benda baik sahaja dari orang, sedangkan kita bukan dalam kalangan yang suka memberi! Perangai ini tidak bagus. Kita perlu jadi manusia yang peka terhadap kondisi hati seseorang.

Jika kamu lihat muka dia hari ini muram dan masam, jangan pula kamu mengharapkan kegembiraan darinya. Fahamilah bahawa pada saat itu dia sedang dalam dukacita. Maka pada saat itu, tiba masa kita untuk memegang amanah 'menyediakan hati'. Jadi orang yang banyak mendengar. Banyakkan senyum. Itu lebih baik untuk kondisi hatinya pada waktu itu.

Begitu jugalah apabila suatu masa nanti hati kita pula dirundung duka. Apakah perangai yang sangat mulia pada waktu itu? Bersedia untuk memaafkan. Ya. Itu sangat baik. Maafkan orang-orang disekeliling kita jika pada saat itu kita tidak mampu untuk menggembirakan. Berilah penjelasan tentang keadaan hati kita sejelas mungkin. Hati manusia, siapa jangka.


"Maaf kawan. Hari ini mood tak berapa nak baik. Maaf ya tadi, aku ter'sound' kau pulak."

"Oh tak mengapa. Maaflah jika aku ada buat salah. Salah aku juga tak faham perasaan kau."


Lihat insan-insan yang menyediakan hati dan bersedia untuk menjaga hati orang lain. Yang ada pada mereka hanyalah bahagia. Perkataan 'maaf' bagi mereka bukan pelik, tetapi 'perlu'.



"Bila hati kian suci
Tak ada yang tersakiti
Peribadi menawan hati
Dirimu disegani"

~Snada- Jagalah Hati~




Siapa mahu jaga hati kita?



Kita ini manusia, bukan robot. Manusia disekeliling kita juga adalah 'manusia', seperti kita. Ada waktu kita berada di atas, dan ada waktu di bawah. Ada dalam kalangan mereka di sekeliling kita tidak memahami konsep menjaga hati ini. Bagi mereka semua ini tidak penting. Ada yang mengatakan masalah hati ini masalah picisan, dan tidak perlu pada jalan penyelesaian.

Itu tidak betul! Berapa banyak masalah, krisis dan perselisihan berpunca dari masalah hati. Berpunca daripada ego, dendam, amarah dan sebagainya. Semuanya berbalik kepada hati. Hati yang hakikatnya sudah tidak berfungsi untuk mengasihi sesama manusia. Lalu disini kita bentangkan jalan penyelesaiannya.

Baik. Berbalik kepada tajuk. Pada saat manusia disekeliling tidak berdaya malah tidak mahu menjaga hati kita, siapa mahu jaga hati kita? Maka jawapannya tidak lain dan tidak bukan ialah Allah SWT.

Saya teringat kata-kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil di facebooknya.


"Banyak meluahkan perasaan kepada Tuhan, kita kurang mendapat jawapan tetapi banyak mendapat ketenangan. Banyak meluahkan perasaan kepada manusia, kita banyak mendapat jawapan tetapi semakin kurang beroleh ketenangan."


Memang benar. Hakikatnya Allah juga yang amat menenangkan hati. Bercakap dengan Allah walaupun tiada balasan, tetapi beroleh ketenangan yang tidak mampu diungkap.


"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" (mengingati Allah) itu, tenang tenteramlah hati manusia."

Ar-Rad: 28


Biar Allah sahaja yang memujuk hati ini. Dunia ini negara ujian. Tidak sunyi dengan mehnah dan tribulasi. Hati diuji bukan sekali dua, tetapi acapkali malah menyerang dari pelbagai sudut. Disitu perlunya ada hubungan hati dengan Allah yang sangat kuat. Sumber tenaga hati yang tidak putus. Dalam usaha menyediakan hati untuk manusia, jangan melupakan tuntutan untuk bawa hati ini 'bermanja' dengan Allah SWT. Dialah Tuhan kita. Dialah yang menciptakan hati kita. Lalu dimana selayaknya kita serahkan diri dan minta tolong?



"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada
Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan."

Al-Fatihah: 5
Thursday, January 5, 2012

Its Jumu'ah!





Alhamdulillah. Masih dipanjangkan umur untuk menghirup udara jumaat, penghulu segala hari. Hari yang sepatutnya menjadi 'hari cuti' rasmi untuk kita umat Islam. Hari yang sepatutnya dimuliakan dengan aktiviti yang mendekatkan diri kepada Allah.

Namun di negara kita sebaliknya. Masih ada yang terkejar-kejar mencari dunia pada waktu imam sedang melontarkan khutbah. Pada saat ummah seluruh dunia khusyuk menunaikan solat Jumaat dalam syahdu, namun masih ada yang berpeleseran dan menganggap hari jumaat hanyalah hari biasa seperti hari-hari yang lain. Tiada apa yang istimewa.

Salah sistemkah? Salah siapa? Tanya diri kita semula. Ayuh semarakkan jumaat kita. Ayuh semarakkan sunnah Rasulullah pada hari yang mulia ini. Ayuh gandakan kebajikan untuk kepentingan akhirat. Semoga amalan kita pada hari ini Allah terima sebagai amalan yang ikhlas, Insya Allah.

Jom layan lagu ni. :)







IT’S JUMUAH – LYRICS

5AM Waking up for Fajr
Got to make Wudu, got to pray my Sunnah
Got to make Ghusl, got to clip my nails
Looking outside, the sun is rising up in the sky
Everybody’s rushing
Got to get down to the masjid
Got to say “Salam!” to the Imam

Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)
Got to make my mind up… Do what the prophet did!

It’s Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to His mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking!
Miswaking!, Miswaking!
Pray, Pray , Pray, Pray
Got to read Surat Al-Kahf

12:45 the Imam’s on the minbar, talking about something like “Fiqh Az-Zakat”
They’re whispering, chatting from the crowd, don’t they know that it’s haram
I stand up, you stand up, prayer’s about to start “Qad, Qaamat es-Salaah”
Foot to foot! shoulder to shoulder! Just don’t step on me!

Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)
Got to make my mind up… Do what the prophet did!

It’s Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to his mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking!
Miswaking!, Miswaking!
Pray , Pray, Pray , Pray
Got to read Surat Al-Kahf

It’s Jumuah Jumuah
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to His mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to His mercy


Wednesday, January 4, 2012

2012 'Kembali'




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Terima kasih ya Allah kerana masih memanjangkan nyawa ini
untuk menulis di blog yang sudah lama ku tinggal usang ini.

Ramai yang bertanya, kenapa dah lama tak update blog?
Jawapan pada awal kurun sebelum SPM ialah..

"Saya nak fokus study.."

Jawapan yang selalu saya beri.

Selesai SPM, ada lagi sahabat bertanya kenapa tak update blog, maka ini jawapannya.

"Saya nak fokus untuk keluar buku.
Plan nak keluar untuk pesta buku tahun hadapan.
Jadi mungkin tak sempat nak update blog..
Maaf ya."


Tetapi saya hanya merancang.
Sedangkan Allah itu Maha Merancang.

Beberapa hari selepas exam besar SPM, saya ditimpa ujian sakit.
Batuk dan demam yang berpanjangan..
Sehingga membekukan segala aktiviti yang sudah dirancang..

Ulang-alik klinik..
Ambil ubat baru..
Tidak cukup ubat klinik, cuba juga yang tradisional.
Benar-benar membekukan rutin harian saya.

Akhirnya update blog pun tidak, perancangan buku saya juga terganggu..

Saya fikir ini semua ujian Allah kepada saya.
Ujian penghapusan dosa.
Dosa yang terlampau banyak menyelaputi jiwa.

Adakala saya kuatkan diri saya untuk melaksanakan aktiviti luar,
ternyata tanda-tanda penyembuhan itu belum ada.
Namun saya pasrah berdoa kepada Allah..

"Ya Allah kuatkanlah hati hamba. Hamba yang banyak dosa terhadapMu!"

Hinggalah bersaksikan hari ini,
saya tekad untuk kembali menulis.
Walaupun kalian mesti terkejut, apabila ditengah ujian itu..
Aku pernah berputus asa dengan semua ini..

Aku rasa penulisanku sudah tumpul.
Aku jadi takut menulis.
Takut penulisan ini tidak sampai dihati pembaca!
Takut jauh dari dakwah dan lebih pada kata sia-sia.

Astaghfirullahal 'Azim.
Ampunkan hamba-Mu, ya Allah.

Mohon doa kalian, semoga tahun 2012 adalah tahun rahmah buat kita semua.
Moga tahun ini, bermulalah tahun kekuatan buat kita yang tidak akan kembali berputus asa!


Ya Allah! Bertambah satu tahun lagi.
Dan kini aku kembali!


"....Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka
dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya
dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya....."

Al-Mujadilah: 22
Friday, September 16, 2011

FITRAH






" Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus
kepada agama (ALLAH);
tetaplah atas fitrah ALLAH yang telah menciptakan
manusia menurut fitrah itu.

Tidak ada perubahan pada fitrah ALLAH.
Itulah agama yang lurus;
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. "

(Ar Rum: 30 )



Dahulu sewaktu saya darjah 6..
Saya dapat masuk kelas pertama
di SK Saujana Utama, Sungai Buloh.

Nama kelas saya waktu itu 6 Fitrah...

Saya teringat waktu cikgu umumkan saya
dapat masuk kelas tu..

"Ajwad! awak kelas 6F.."

Terkejut gila.
Selalu kelas pertama mesti huruf "A" kat depan (waktu tu la)..
Sekali dapat huruf "F".

Siapa tak terkejut.
Lepas tu barulah cikgu cakap..

"kelas ni kelas pertama la..."

Huh.. lega.

Kalau tidak, nak cakap apa ngan ummi abah..

"Ajwad dapat kelas F!!"

"ape???!!!"

"6 FITRAH.. kelas pertama.."

hahaha..


p/s: aku masih belum mampu berfikir...



........................................................................................




" Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang
membersihkan hatinya (nafsunya)
dan rugilah orang yang mengotorinya. "

(Asy Syams: 9 - 10)





Haaaahh.. alangkah indahnya bercinta.

Waktu itu..
aku masih di Tingkatan 2.

Usia remajalah katakan..
Cinta menjadi tajuk utama dalam kehidupan seharian..

Menjejakkan kaki di sekolah menengah,
telah memperkenalkan aku dengan istilah-istilah
baharu seperti "love", "couple" dan sebagainya...

Kalau dulu waktu di sekolah rendah..
Bukan main alergik dengan cintan-cintun ni..

lagi-lagi alergik dengan ayat seperti :


"Kau suke die eh!!!"

"eeee.. suke perempuan...."

"kau ni.. gatal la...!!"


Sekarang, ayat-ayat tu dah jadi biasa.
Tak rasa apa-apa..

Pernah aku luahkan kat seorang kawan..

"weh.. aku ade minat kat sorang pompuan ni la.."

"sape?? sape??"

"mane leh gitau...!!"

"alaaarrhh... bagi la tau..."

"hhmm... tapi kan, boleh ke "bercinta-cinta" time skola ni??"

"alaahh.. rileks la kawan.. cinta tu kan FITRAH.. hehe.."

"hehehe.."

Cinta itu FITRAH?? Fitrah tu ape??
Aaaaahh.. lantaklah.. asalkan dapat bercinta..


hehehehe.

Ketawa seorang remaja yang masih belum memahami CINTA..


p/s: masih lagi belum mampu berfikir...



.............................................................................................





"Selamat Hari Raya!! kepada saudara serta saudari!!"


Aaarrgghh....

Raya yang semakin tidak bermakna.
Tak tahulah kenapa..

Sekarang aku berada di Tingkatan 5.

mungkin sebab tu kot..
sebab dah TUA!!!

Tapi lebih berat kepada teringatkan Ramadhan juga..

Rasa tak layak nak sambut raya..
Sebab "sambut Ramadhan" pun tak seberapa..

Tapi tak apa lah..

mungkin tahun depan best kot...

(harapan yang tiada kepastian..)

OK.
Kita tolak isu tu..

Sekarang aku nak tengok TV..

Aaahhh!! seorang ustaz sedang berkata-kata
dengan penuh bersemangat..

Slot Raya kot..

"Di hari raya yang mulia ini..
kita perlu kembali kepada FITRAH!!"


FITRAH??? macam aku pernah dengar perkataan itu..
tapi di mana ya??


apa maksud FITRAH sebenarnya??


p/s: aku mula berfikir.. dan bergerak untuk mencari!!!"



......................................................................................................




Aku dah baca beberapa artikel tentang FITRAH untuk
pengisian post kali ni..

Tapi aku tak suka "copy paste" apa yang telah aku baca.

Aku nak kongsi apa yang aku faham dari pembacaan itu..

Maksudnya, kalau kalian yang membaca ingin input-input
yang lebih, kalian juga perlu bergerak mencari..

itu lebih bermakna bukan??

Ok.

apa yang aku faham..

FITRAH itu bermakna SEMULA JADI.

Allah ciptakan manusia dengan sifat semula jadi yang pelbagai.
Tiada guru yang mengajar sifat-sifat ini..
Tiada silibus yang diperuntukkan untuk
manusia memahaminya..

kerana ia semula jadi.

Semula jadi dari Allah SWT
yang menciptakan manusia..


Semula jadi sayang..
Semula jadi cinta.
Semula jadi takut.
Semula jadi marah..
Semula jadi sedih..


Semuanya berlaku secara semula jadi..
Sesuai dengan ciri-ciri kita sebagai seorang manusia.

Bila kita pandang orang yang kita cinta, semula jadi terasa sayang..

Bila orang hina kita, semula jadi rasa marah..

Bila datang ujian, semula jadi kita rasa sedih..


Hebatnya Allah SWT yang menciptakan manusia..

Semua ini bukti kekuasaan Allah SWT..
Tidakkah kita melihat??



.......................................................................................




" Kami telah menunjukkan kepadanya
dua jalan (jalan kebaikan dan jalan kejahatan)."

(Al Balad: 10)




Hakikatnya Fitrah itu bersih.

cuma bila ia terbeban ke atas manusia,
fitrah itu terpaksa dibahagikan kepada dua.

pertama, FITRAH yang POSITIF.
Kedua, FITRAH yang NEGATIF.


Fitrah yang positif berlaku apabila
kita memandang ibu kita dengan perasaan kasih sayang..

Fitrah yang negatif berlaku apabila kita
memandang sahabat kita dengan pandangan benci dan marah..

Fitrah yang positif berlaku apabila kita
rasa simpati dengan orang yang ditimpa kesusahan..

Fitrah yang negatif berlaku apabila kita
menghina dan memperkecilkan orang susah..

Fitrah yang positif berlaku apabila
kita benci dengan orang yang melakukan kejahatan..

Fitrah yang negatif berlaku apabila
kita benci dengan orang yang melakukan kebaikan...


Dan disini, hanya fitrah positif yang diterima Allah SWT..

Dan Allah tidak membiarkan kita terumbang-ambing
dengan fitrah yang tidak menentu..

Allah menurunkan agama yang suci dan indah..

itulah agama ISLAM, untuk merungkai apa itu FITRAH yang sebenarnya..

Contoh paling mudah ialah CINTA.
Benar, cinta itu fitrah.

Allah tahu, manusia itu tidak lari dari cinta..
Kenapa pula Allah tidak tahu, sedangkan Allah
yang menciptakan kita..

Dan Allah yang mencurahkan cinta di setiap diri manusia..

Tapi jangan kita lupa, Allah juga turunkan Islam..
untuk menunjuk arah ke mana fitrah cinta itu perlu berada..

Allah halalkan nikah, perkahwinan..
Supaya fitrah CINTA itu sentiasa terpelihara.

Allah haramkan zina, ikhtilat (couple), pergaulan bebas..
Untuk menjaga kesucian fitrah cinta itu sendiri..

Supaya kita hamba-Nya..
Sentiasa berada di landasan FITRAH yang sebenar..


Subhanallah, maha suci Allah..
Sungguh, Allah lah sebaik-baik Penolong..


p/s: kini aku mengerti.. tinggal mahu membumikannya!


:)





Monday, September 12, 2011

"SAM" di CARTA NASYEED.COM



Alhamdulillah..
Kumpulan nasyid saya , DU'A berjaya menembusi
carta NASYEED.COM yang sedang rancak berlangsung
di laman popular, FACEBOOK.

Melalui lagu ciptaan penuh saya, "Sahaja Aku Mencintai-Mu" (SAM)
bergandingan dengan ayahanda, Ustaz Amal..
lagu ini mendapat reaksi positif dari pendengar-pendengar..

Alhamdulillah.

Jadi saya kongsikan cara-cara mengundi bagi anda
yang masih belum menyedari kewujudan carta ini..

Anda boleh search di youtube, "CARTA NC".

dan untuk cara-cara mengundi yang lebih terperinci,

anda boleh klik link di bawah ini..




terima kasih kepada kakak saudara saya, Fira Hilwa (nama pena di facebook)
di atas perkongsian cara mengundi ini..

Selamat mengundi, dan terus menyokong industri nasyid tanah air.

Semoga Allah merahmati kalian. :)




VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga