Saturday, July 30, 2011

Ramadhan: Tambah dan Kurang




"Wahai orang-orang yang beriman!
Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan
atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,

supaya kamu bertakwa."


Al-Baqarah: 183



Alhamdulillah.

Ramadhan datang lagi!!

maka pesta ibadah pun akan bermula..

tapi kena betulkan persepsi jugak..
jangan ingat bulan Ramadhan je kena beribadah banyak-banyak..
Bulan lain pun sama..

Cuma Ramadhan hanya sebagai booster..
Untuk menambah "tenaga ibadah" untuk sebelas bulan mendatang..

Kena ingat tu.

dan post kali ini..
Aku berminat ingin menyentuh tentang "tambah" dan "kurang".

Apa yang perlu kita tambah..
dan apa yang perlu kita kurangkan di bulan Ramadhan..

Insya allah..

Peringatan terpenting untuk diri sendiri..
Dan kamu yang membaca..

dan "kamu" yang menyebarkan kepada orang lain
sebagai peringatan bersama!


............................................................................................






Daripada Abu Hurairah r.a.,
Rasulullah S.A.W telah bersabda
yang bermaksud:

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan
dengan penuh keimanan dan keikhlasan
nescaya akan diampuninya segala
dosanya yang telah lalu."

(Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah,
Ibn Habban dan Baihaqi)




Ok. Apa yang perlu ditambah?

Tambahkan solat-solat sunat..
Tambahkan pembacaan al-Quran..
Tambahkan pendalaman memahami isi al-Quran..
Tambahkan solat-solat malam (qiamullail)..
Tambahkan hubungan mesra sesama muslim..
Tambahkan masa untuk menghadiri majlis agama..
Tambahkan senyum..
Tambahkan sabar...
Tambahkan sedeqah..
Tambahkan air mata taubat..
Tambahkan zikir..
Tambahkan ilmu..
Tambahkan ketaatan kepada Allah..
Tambahkan selawat..
Tambahkan bantuan kepada ibubapa..
Tambahkan da'wah..
Tambahkan tarbiyyah..
Tambahkan do'a..


Ok. Apa yang perlu dikurangkan??


Kurangkan tidur yang berpanjangan..
Kurangkan berkata-kata yang lagha..
Kurangkan sembang-sembang kosong..
Kurangkan marah..
Kurangkan ketawa yang berlebihan..
Kurangkan makanan yang tidak sihat..
Kurangkan perjalanan ke tempat-tempat yang melalaikan..
Kurangkan masa yang terbuang sia-sia..
Kurangkan menonton siaran-siaran yang melalaikan..
Kurangkan mendengar lagu-lagu yang melalaikan..
Kurangkan main mercun.. (??)
Kurangkan ber"facebook"..

Hhhmm..
Aku yang menulis pun belum pasti
dapat melaksanakan tuntutan "tambah kurang" ini..

Namun aku punya azam..
Aku akan sungguh-sungguh berdoa..

Semoga Allah beri kita SEMUA kekuatan..
Untuk mengharungi Ramadhan kali ini dengan baik..

manalah tahu..
Ini Ramadhan yang terakhir..
Tidak sempat bertemu Ramadhan akan datang..

apalah salahnya kita buat yang terbaikkan??

Insya Allah..

Bak kata pendakwah terkenal,
Ustaz Ghazali Ibrahim..

"Jika kita benar-benar memanfaatkan Ramadhan..

Bukan kita sahaja yang rindu ingin berjumpa Ramadhan,
malah bulan Ramadhan itu sendiri rindu ingin berjumpa dengan kita!"



Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya.
Anggaplah ini Ramadhan kita yang terakhir!!


p/s: Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua
rakan-rakan pelawat blog saya.. Semoga Allah beri kita kekuatan..
untuk melaksanakan ibadah dengan selesa dan sempurna, insya Allah!

Aku Punya Kenangan





Hhhmmmm..
artikel kali ini tidaklah terlampau formal.
Sekadar mahu update aktiviti dengan kawan-kawan...

Siapa tengok Harimau Malaya vs Chelsea bulan lepas??
Haaa.. jangan jealous.
Kami dapat tiket tau pegi tengok kat stadium.

Memang seronok..Kami berempat hari tu..
Aku, Luqman, Farhan dan Farkhan..

Yang membuatkan aku gembira hari tu..
bukanlah dari sudut BOLA SEPAK itusangat..

Cuma yang bestnya adalah KENANGAN.

Ya. kenangan bersama kawan-kawan..

Kenangan naik komuter, LRT sama-sama..
Kenangan lari-lari kat stadium sama-sama..
Kenangan makan ayam goreng sama-sama..
Kenangan terlepas komuter terakhir sama-sama (sebab dah lewat)..
Kenangan rusuhan kat LRT waktu nak balik sama-sama..
Kenangan waktu amik gambar ngan negro sama-sama..
Kenangan main hon bunyi bising sama-sama..
Kenangan berebut tempat duduk kat LRT sama-sama..

Ya. semua tinggal kenangan...
dan aku pun tak pasti..
bila lagi perkumpulan seperti ini akan berulang..

Dan sebenarnya..yang paling aku tersentuh dengan kenangan ni...
Aku teringat kenangan yang sudah berlalu..
Kenangan yang terlebih dahulu direkod dalam
memori kehidupanku...

Juga merupakan kenangan yang sangat indah....

Kenangan bersama KHALID dan RAZAK... :)



.............................................................................................





Tahun 2008.

Aku, Khalid dan Razak bercuti di Sunway Lagoon..

Perancangan percutian ini dirancang oleh Khalid..

Kami bercuti tiga orang sahaja.
ya. Kami bertiga.

Seperti hal sebelum ini..
yang membuatkan aku gembira
bukanlah Sunway Lagoon..

tetapi KENANGAN bersama Khalid dan Razak..

Kenangan mandi "water park" sama-sama..
Kenangan main pelampung luncur sama-sama..
kenangan naik cawan pusing-pusing sama-sama
(aku taktau ape name bende tu sebenarnye.. hehe)..
Kenangan naik roller coster sama-sama...
sampai Razak pun dah pening-pening, nak termuntah..hehe..

Kenangan Khalid belanja aku boxer..
sebab seluar yang aku pakai tak menepati ciri-ciri
nak masuk waterpark..

Kenangan ambil gambar kat kampung "red indian"..

Kenangan tidur dalam kereta sama-sama..
Sebab tiga-tiga dah penat beraktiviti seharian..

Dan semua itu tinggal kenangan.

Sekarang Khalid pun dah takda depan mata aku..
Razak pun sama...

Dan aku pun tak pasti..
Bila lagi kami akan berjumpa..

Dan tipulah..
kalau aku tak sedih..
time nak menaip artikel ni pun..
rasa nak menangis..

sebab.. entahlah..
bila teringat balik semua kenangan tu..
rasa macam kami semua adik-beradik..
yang terpaksa dipisahkan oleh waktu dan keadaan..

Harapan untuk berjumpa semula dengan mereka..
Aku serah kepada Allah untuk menentukan-Nya..
aku akan terus berdoa, semoga kenangan ini mampu diulang..
dan menjadi lebih baik dari sebelumnya..

ya. LEBIH BAIK!


p/s: Aku sedang menanti untuk mencipta kenangan yang seterusnya..
bersama manusia-manusia yang lain pula.. percutian di............... (hehe..)


Saturday, July 23, 2011

Bagaimana Muzik Anda?






"Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would be hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings.."



Disuatu waktu lapang..
aku mengalunkan lagu indah nyanyian asal..

Irfan Makki feat Maher Zain.

"I Believe."

Sungguh, penipuan yang besar jika aku tidak tenang.

Lagu ini sangat menenangkan.


"Cewah Ajwad..."


Aku menoleh ke belakang.
Seorang hamba Allah menegurku..
Rupanya dari tadi dia mendengar nyanyianku.

Pantas dia duduk di sebelahku.
Aku tersenyum.


"Amboi.. dah layan lagu omputih da skang..
dulu bukan main bernasyid... haha.."


Haaahhhh!!??

Aku terkejut.

"weh, aku memang nyanyi lagu nasyid la..
lagu baru Maher Zain.."

Aku malas ingin menyertakan nama Irfan Makki.
Dia bukan kenal pun..

"oh.. yeke?? hehe.. sorry.. tak check perkembangan.."


Aku mengeluh.

"hhmmm.. yela.. siapalah nak minat nasyid kan.."

aku bersinis.

Dia tersengih.

"sorry la wad.."


"Kenapa nasyid masih gagal menjadi pilihan utama orang ramai?"

persoalan itu bermain-main difikiranku.


...................................................................................






Muzik dari barat semakin memonopoli
industri hiburan dunia.

Dengan kuasa teknologi dan maklumat,
apa sahaja yang terkini dari serata dunia,
mampu sahaja menembusi pengetahuan penghuni Malaysia.

Tanyalah anak muda sekarang,
artis barat mana yang mereka tidak kenal?
hampir semua mereka kenal.

Malah akan disenaraikan satu persatu!

Menunjukkan betapa kuatnya pengaruh hiburan barat..
mengisi halwa telinga masyarakat Timur Malaysia..
lebih-lebih lagi remaja, muda-mudi.



OK, baik. Disini bermulanya ulasan.

Aku tidak pernah ada masalah dengan genre
mahupun kepelbagaian muzik barat..

Namun aku sangat risau akan pengisiannya.

Ya. ISI.

Apakah dos yang berjaya menyuntik minda anak-anak muda
dari penyampaian lagu dan muzik mereka?

adakah dos yang positif...

atau dos yang negatif??

Aku sangat memandang serius hal itu.

Pembukaan tajuk ini membuatkan aku teringat
akan satu ceramah yang telah disampaikan
oleh Ustaz Haji Fattur Rahman, seorang pendakwah bebas yang
juga merupakan adik kepada pendakwah terkenal,
Ustaz Abdullah Khairy..

katanya,

"Barat telah berjaya menyenaraikan 5 Agenda untuk
menghancurkan umat Islam. Berdasarkan prinsip "5 S".

1. Screen
2. Sport
3. Song
4. Sex
5. Smoke

Cuba pandang yang ketiga.

SONG.

Tidakkah kita sedar?

barat berjaya membina ideologi baharu iaitu:

"MUZIK itu adalah TUHAN!"

Ya.

Melalui tarikan muziknya,
melalui tarikan liriknya,
melalui tarikan penyanyi wanitanya,
melalui tarikan pengaruh kehidupan mereka..
dan segala yang menarik kita ke arah mereka.

Akhirnya menjadikan hiburan (muzik) satu keagungan..
sekaligus konsep aqidah yakni menyatakan Allah itu Tuhan terhakis..

dan itulah yang berjaya menghancurkan UMAT ISLAM!!

Tidakkah kita sedar?


...............................................................................





Lalu kini ramai yang bertanya tentang resolusinya.

Jika tidak muzik dari barat,
muzik apa yang mampu dipilih lagi?

Maka aku akan bertanya pula..

Bukankah ada NASYID dari barat??
Lambakan lagu-lagu ketuhanan, kerohanian,
kedamaian, perjuangan..

Kenapa ia tidak menjadi pilihan?


"nasyid tak best!!"

jeritan yang hanya diungkap dalam hati.
Malu. Malu dengan siapa pun aku tak tahu.


Maka aku wujudkan lagi persoalan yang lain..

"Bagaimana dengan SOLAT..

best tak??"

"PUASA best tak??"

"AMALKAN AL-QURAN best tak??"

"MENUNTUT ILMU best tak??"

Maka jika ada satu juzuk perintah Allah yang
sudah kita rasa "tak best"..

tak usah ditanya soal kecil seperti NASYID..


Maka kita sepatutnya buat pilihan yang Allah redha!

Kita tanya dahulu diri kita.
Adakah pilihan yang kita buat ini, Allah suka?

Allahu akbar.

kegagalan kita pada membuat pilihan sebenarnya.

Kita gagal membuat pilihan.

Kita kata kita sayang Allah..

tapi pengisian jiwa kita..
kita isi dengan apa?

Kita kata kita sayang Rasulullah..
tapi hiburan telinga kita..
hiburan apa??

kita kata kita sayang Islam..
tapi perjuangan kita..
memperjuangkan apa??

tanya semula diri kita.


"DO WE MAKE A RIGHT CHOICE??"



"Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah!"

~Raihan~


......................................................................





Jika orang tanya aku..

"Ajwad dengar lagu nasyid sahajakah?"

Maka aku akan jawab..

"TIDAK. Aku dengar semua lagu.."


ya. Semua.

Namun jauh sekali mendengar lagu selain
nasyid itu sebagai PILIHAN.

Aku mendengar SEMUA MUZIK
sebagai satu KAJIAN.

aku ulang semula.

BUKAN PILIHAN. TAPI KAJIAN.

Aku teringat pesanan salah
seorang ahli anggota kumpulan Hijjaz,
Uncle Isman kepadaku.


"Dengar semua lagu, dan belajar darinya!"


Kerana bagi aku..
Muzik itu tidak pernah bersalah..

Namun yang bersalah adalah pelakunya..
orang yang mengadun lirik-lirik kotor di dalamnya..
orang yang mencampurkan unsur-unsur jahiliyyah
di dalamnya.

ya. MEREKA YANG BERSALAH!


Maka aku rasa amat bertanggungjawab
untuk memBERSIHkan semuanya..

Aku punya misi besar dalam nasyid.

Bukan sahaja mahu membersihkan
nama MUZIK..

aku mahu menyebarkan keindahan Islam
melaluinya..


Muzik itu indah.
Rugilah bagi sesiapa yang mengotorinya.

aku tutup artikel kali ini dengan persoalan..



"BAGAIMANA MUZIK ANDA?"


Anda bijak memilihnya. :)


p/s: Hiburan yang utama bagi umat Islam ialah ayat-ayat cinta Allah SWT
yakni AL-QURAN, bait-bait indah kata-kata Rasulullah SAW dan kata-kata hikmah
para 'alim 'ulama.. Aku berdoa supaya tidak terlepas tali ikatan dengan semua ini.
Kerana itulah sumber kekuatanku untuk terus diberi ilham dalam NASYID. :)
Thursday, July 14, 2011

14 Julai: Titik Satu Penghijrahan





Bismillahirrahmanirrahim..

Setelah hampir setahun aku peram cerita ini..
Kini aku luahkan.

Hanya untuk menunggu tarikh yang bernama 14 JULAI 2011.

Aku kongsi cerita ini...

Semoga Allah nilai ini sebagai amal ibadah..

Aku yang berkongsi, kamu yang membaca..

Mari bersama.. HIJRAH..

bersama menggapai redha-Nya!! :)



.........................................................................






Aku lupa terus tarikh kejadian.
Langsung tak mampu nak ingat..
Mungkin inilah tamparan..
betapa lemahnya aku sebagai seorang hamba..
yang meminjam nikmat-Nya..

Namun apa yang aku ingat..
Aku ceritakan semua..
Kerana itulah yang terbaik..
ketetapan Allah buatku..
seorang hamba yang terbatas sifatnya..

Begini ceritanya..

Aku dan Abah menghadiri satu
forum perdana Islam anjuran sebuah
komuniti di kawasan perkampungan..

Abah dijemput sebagai artis yang akan
membuat persembahan sebelum forum dimulakan..

Selaku bidan terjun,
aku menjadi penyanyi latar..
bersama-sama abah..


Namun ini bukanlah cerita utama.

Cerita utama bermula..
apabila aku dipertemukan Allah..

oleh seorang pelakon wanita...

Siapa dia?



....................................................................................





Catriona Ross.

ya, beliaulah pelakon wanita yang aku maksudkan.

Beliau sebenarnya telah dijemput untuk menjadi
salah seorang ahli panel pada malam itu.

Tajuk forum pada malam itu ialah:

"Cinta Seorang Kekasih".

Forum yang akan membincangkan bagaimana
ingin mempraktikkan "cinta Rasulullah"
dalam kehidupan seharian..

Wah! aku sangat teruja.

Dan aku sangat yakin..

Catriona Ross bukanlah dijemput untuk berceramah..
namun lebih kepada perkongsian pengalaman..
dan kisah hidupnya dahulu dan sekarang.

Siapa sangka seorang pelakon wanita cantik..
Yang dahulunya hebat di layar perak..

Kini sudah bertudung litup..
Malah berkongsi kisah penghijrahan dari "free hair"
kepada bertudung bersama orang ramai..

Sungguh, aku sangat teruja.

Apabila ditanya oleh Pengerusi Majlis..
Bagaimana boleh terbuka hati untuk bertudung??

Maka jawapannya ialah..


"Detik Hijrah bermula apabila rakan saya..
mengajak saya untuk menemaninya
membeli tudung di KLCC.

Saya lihat dia membelek tudung..
Hati saya jadi tersentuh..

Tergerak hati saya untuk mencuba
satu jenis tudung..

Saya memakainya..
Kemudian saya melihat wajah saya pada cermin
yang disediakan..

Tiba-tiba ada satu perasaan pelik..
hadir dalam jiwa saya..

sehingga saya mengalirkan air mata pada waktu
itu.

Saya pantas menanggalkan tudung itu dari kepala..

Kemudian saya luahkan kepada rakan saya..
tentang keinginan saya untuk memakai tudung..
Dia ketawa kerana berfikir saya bergurau."


"Saya masih ingat lagi tarikh peristiwa itu..
kerana tarikh itulah titik permulaan..
ke arah penghijrahan saya...

14 Julai 2010."


Aku tergamam.

14 Julai??
tarikh besday aku??

Subhanallah!!


"Dan inilah saya sekarang. Saya selesa bertudung..
bukan kerana mahu orang nilai saya siapa..

Saya mahu Allah nilai saya.
Kerana ini perintah-Nya..
Saya bertudung hanya kerana rasa cinta
yang mendalam kepada pencipta saya, ALLAH SWT!"


tambah Catriona Ross.

Sungguh..
Hidayah Allah amat luas.
Semoga Allah permudahkan hidup beliau..
dalam menghadapi dugaan sebagai seorang muslimah..
yang tegar mematuhi perintah-Nya!



.....................................................................................





Siapa yang tidak kenal penyanyi dan pengacara
popular, Farah Diana atau lebih dikenali dengan gelaran
Farah AF2.

Beliau juga antara artis yang telah berhijrah..
Kini beliau setia bertudung litup..

Malah aku pernah membaca sebuah majalah..
berkenaan wawancara bersama Farah AF2.

Farah ada mengatakan bahawa beliau terbuka hati
untuk memakai tudung sekitar bulan Julai 2010.

Bulan yang sama dengan Catriona Ross.

Alhamdulillah..
Bukankah ini satu penghijrahan ke arah yang lebih baik?

Kita pula bagaimana?

Sudah bersiap untuk berhijrah?

Jangan tunggu lama-lama..
umur tua tidak menjamin perubahan kita..
Berubahlah dari sekarang..

Selagi umur masih ada..
Lakukanlah sedayanya..
untuk mematuhi segala perintah-Nya..

Perintah Dia, Allah yang menciptakan kita!


p/s: seronok tengok kawan-kawan perempuan yang dahulunya
"free hair".. kini sudah berjinak-jinak untuk bertudung..
aku gembira. gembira melihat ketenangan pada mereka..
malah lebih manis melihat mereka bertudung..
Sebenarnya bagi aku.. tudung itu tidaklah punya nilai apa-apa..
Nilai yang sebenar adalah apabila kita berjaya membuka hati kita
untuk mentaati perintah-Nya.. dan mereka berjaya. :)
Saturday, July 9, 2011

Sanah Helwah, ya Adri!




Selamat ulang tahun yang ke 17 buat sahabat saya,
Muhammad Adri Arief bin Azman pada 8 Julai yang lepas..

Semoga umurmu diberkati..
Semoga kejayaan hidup berjaya dikecapi..
Semoga dimurahkan rezeki..

dan yang paling penting..

Semoga persahabatan kita terus kekal hingga
ke syurga firdausi!!

Barakallahu fika!

SANAH HELWAH!!
Thursday, July 7, 2011

Edisi Khas: HERO 2





HERO 2.

Mula mengenali beliau
melalui HERO 1.

Cerita bermula apabila HERO 1
menghadiahkan sebuah buku novel
kepada seorang aku yang bukan
KAKI NOVEL! (pada waktu itu la..)

hhmm..
Dan novel itu adalah
hasil nukilan HERO 2.

Tajuk novel itu ialah VT.

...............................................................................





Sedikit sinopsis berkenaan novel tersebut.

VT ~ Volleyball Team.

VT adalah novel yang menceritakan tentang
sekumpulan pelajar yang menyertai
pasukan Bola Tampar di sekolah mereka.

Bagi mereka, Bola Tampar hanyalah
sekadar sukan.

Tidak lebih dari itu.

Namun guru-guru dan pelatih mereka
telah berjaya menerangkan kepada mereka..

Bahawa sukan tidak pernah terpisah dari keindahan Islam.

Bersukan menutup aurat..
Bila menang, syukur..
Bila kalah, redha..
Perbaiki kelemahan..
Baiki hubungan dengan Tuhan
untuk mengecap kejayaan..
Baiki hubungan dengan rakan sepasukan
untuk mencapai persefahaman..
Kepentingan "leader" yang berpengalaman..
Leader yang berfikiran Islam, dan mampu mendidik
dengan bijak dan hikmah..

Semua itu tidak pernah lari dari Islam..
Dan sukan terasa indah bila berjaya
mensyariatkan Islam dalam sukan.

Sungguh, terbuka mata pemain-pemain
bola tampar itu..
Tidak percaya Islam itu ada dalam bersukan.
Bukan sekadar di pagar-pagar masjid sahaja.

Pada masa yang sama..
Mata aku juga terbuka..

"tak sangka wujud novel Islamik dalam dunia ni!"

Dan tidak malu untuk aku katakan..

VT adalah novel Islamik pertama yang aku baca.

Dan kini fanatik terhadap novel Islamik itu semakin kronik..
Sehinggakan sahabat-sahabat yang lain pun ada
yang berjangkit..

Sungguh, ini anugerah.
Anugerah yang patut aku syukuri.
Kerana ini benar-benar mengubah seorang aku.

.........................................................................................


Bermula dari itu,
aku mula mengumpul hasil karya tulisan HERO 2.

Dan aku akan pastikan..
Aku tidak terlepas satu pun
buku keluaran terbarunya..

Daripada VT.
kemudian novel SINERGI.
seterusnya koleksi buku-buku motivasi Islamiknya..
Dan baru-baru ini, selesai menghadam dua novel terbaharunya,
TAKDIR dan HERO.

Tidak cukup dengan itu..
Laman sesawang beliau, LangitIlahi.com..

tempat beliau mencurahkan
motivasi dan idea-idea dalam
dunia Islam tidak bosan aku layari.

Terbangun jiwa untuk terus berjuang..
dalam kehidupan sebagai seorang Muslim..
Bahasa yang digunakan, sangat dekat dengan
jiwa remaja untuk memahami.

Beliau ikon muda yang sewajarnya bagiku
untuk kita semua teladani.

Maka dengan itu juga aku meletakkan beliau sebagai HERO
di tangga yang ke -2 .

Semoga Allah memberkati beliau..
Kerana banyak mengubah diri ini.

Beliau adalah seorang hamba..
beliaulah insan bergelar..

HILAL ASYRAF!



Monday, July 4, 2011

Edisi Khas: HERO





Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah!

Tanggal 4 Julai 2011 sudah tiba
menandakan telah setahun
AJWADAIE.BLOGSPOT.COM beroperasi.

Maka sudah setahun jugalah aku
bergelar blogger "muda"..

(Imam Muda.. blogger pun mesti "MUDA".. hehe)

Dengan menggunakan tema hidup- "Kembali Pada-Mu",
aku manfaatkan medium blogspot ini untuk mengalun simfoni
keindahan Islam kepada diriku terutamanya dan kepada
kamu yang membaca.

Sungguh, tidak aku sangka begini
jalan ceritanya.
Menjadi seorang blogger dikala
usia menjengah 16 Tahun.

Siapa sangka..
aku tidak meminta..
tetapi ini adalah penyusunan dari-Nya.

Allahu akbar!

Walaupun aku sedar..
Tidak mudah untuk istiqamah
dalam hal pengurusan blog ini.

Banyak kekangan untuk
fokus secara menyeluruh untuk
mengendalikannya.

Namun aku yakin,
keazaman itu ada.
Keazaman untuk terus "jihad"
dalam medium ini tidak pernah hilang.

Walaupun pernah juga terasa "down"..
Mahu teruskan atau tidak.

Namun itulah penyusunan-Nya..
Jika Allah itu mengizinkan,
maka tiada siapa dapat menghalang-Nya!

Tembakan doa dari kalian
juga membuatkan blog ini masih utuh.

Mana mungkin aku berdiri sendiri
tanpa sokongan dan do'a kalian yang tak pernah putus..

Semoga rahmat (kasih sayang) Allah sentiasa bersama kamu.

ya, kamu yang setia bersedia untuk menghayati Islam
sebagai cara hidup yang sempurna!

Syukran jazilan!

.................................................................................................





Edisi khas kali ini membawa tajuk yang amat menarik.

HERO.

haaa..

Perkara apa yang terbayang di fikiran pembaca
apabila memandang perkataan HERO?

Nah, mulalah terbayang hero-hero barat
seperti Superman, Batman, Spiderman, Ironman dan sebagainya.

Tidak ketinggalan juga watak hero Malaysia seperti
Cicakman!

watak antarabangsa kegemaran kanak-kanak khususnya.

Aku teringat akan kata-kata Spiderman yang popular,


"A great power comes from a great responsibility!"

Wah! dahsyat la Spiderman ni.

Namun semua itu fantasi belaka.
Belum pernah kita melihat mereka di alam nyata.
Sedangkan pelakon-pelakon itu sendiri adalah
manusia biasa yang tidak punya kuasa ajaib apa-apa!

Namun HERO yang aku ingin bawakan kali ini
adalah HERO di alam nyata.

Bukan lagi fantasi.
Mereka adalah HERO ciptaan Allah
yang banyak berjasa kepadaku.

Jika Allah tidak kurniakan mereka,
mungkin aku sekarang tidak punya apa-apa.


..................................................................................................






HERO SATU adalah insan yang ku panggil "ABAH"
setiap hari.

Orangnya popular..
Dikenali ramai..
Juga merupakan penggiat awal industri
nasyid tanah air..
Penda'wah terkemuka..

Tidak lain tidak bukan..
beliaulah insan bernama

AMALUDDIN BIN MOHD NAPIAH.

Namun disebalik ke"popular"annya itu..
Tersimpan 1001 kisah..
yang telah membentuk anaknya ini.

Beliau abah yang sangat bertanggungjawab..
Sangat tegas..
Sangat mengambil berat hal-ehwal anak-anaknya..

Kredibilitinya bukan sahaja terserlah
ketika berada di medan ceramah mahupun
di atas pentas..

Kredibilitinya sebagai seorang ABAH
itulah yang meletakkannya sebagai HERO PERTAMA
di dalam hatiku.

Ramai yang tidak tahu..
Wujudnya AJWADAIE.BLOGSPOT.COM
ini sebenarnya adalah atas usahanya..

Beliaulah yang menubuhkan akaunnya..
Beliaulah yang gagah membina "layout" pertamanya..
Beliaulah yang "memaksa" diri ini untuk terjun
di dalam bidang penulisan..

Namun anaknya ini yang
rasa terbeban pada awalnya..

"apa abah ni??!!"

"ajwad tak minat la.."

"orang takde bakat la!!"

Namun abah terus memaksa dan memaksa.

Dan akhirnya..
Aku menyahut cabarannya.
Dan kini..
Blogging menjadi antara hobi yang paling aku gemari.

Siapa sangka..
dengan paksaan..
akhirnya aku jatuh cinta pada dunia penulisan.

Banyak perkara sebenarnya yang abah suka memaksa..
Abah suka mencabar anak-anaknya..

dalam bidang nasyid contohnya.

Aku mula bernasyid sewaktu Darjah 2.
Juga atas paksaan dan cabaran abah..

Kemudian tahun berganti tahun..
Aku pula sudah meningkat remaja..

Abah cabar pula aku cipta lagu dan lirik.

Semuanya atas dasar paksaan..
Dan Allah itu maha Hebat..

Semua itu jadi minat dan kerjaya pula.
Subhanallah....

Dan aku mula sedar..
"Paksaan" abah itu bukan suka-suka,,

Tujuan itu semua...
Abah mahu anak-anaknya jadi insan berguna.
Bukannya manusia yang kaku,
tidak pandai menguruskan kehidupan..
Malah jauh dengan masyarakat..

Semua itu abah tak suka!
kerana dia mahu melihat..

Anak-anaknya berjaya dunia akhirat..
itulah ABAH..

HERO Sepanjang hayat....


~BERSAMBUNG~
Sunday, July 3, 2011

NERAKA: Gerun di MULUT atau di HATI?



(sekadar gambar hiasan)




"Dan di antara mereka pula ada yang
(berdoa dengan) berkata:

Wahai Tuhan kami,
berilah kami kebaikan di dunia
dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami dari azab neraka."

Al-Baqarah: 201



Daripada hadis Turmuzi yang saya pelajari dari
ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz
(seorang penda'wah bebas),
banyak perkara yang saya baru tahu berkenaan dengan
"apakah itu neraka."

Semua orang tahu neraka itu adalah tempat menakutkan.

Neraka itu tempat yang menggerunkan, menyakitkan.

Namun segala ketakutan yang kita nyatakan itu langsung tidak
membawa kita ke arah untuk menjauhinya.

Mengapa itu berlaku?

jawapannya mudah.
kita tidak pernah bergerak untuk mengkaji ayat-ayat al-Quran
dan hadis-hadis berkenaan neraka.

Lalu "ketakutan" itu hanya sekadar di mulut.
Tidak tertanam di hati untuk menghindarinya..

Oleh sebab itu juga kita terus selesa bermandi dengan maksiat..

LAGI SATU!!!

Menjadi masalah juga sebenarnya apabila
kita hanya memandang syurga Allah sebagai destinasi terakhir impian kita.
Namun kita lupa memikirkan tentang neraka sebagai destinasi berlawanan
dengan syurga..
Destinasi yang Allah khaskan buat mereka yang mengingkari-Nya.

Tanpa sedar kita melakukan kejahatan seiring dalam melakukan kebaikan.
pahala meningkat. dosa pun meningkat.

Bagaimana kita mahu menjadi ahli syurga apabila pahalanya meningkat seiring
dengan peningkatan dosa?

Tahukah kita pahala boleh terhapus dengan kehadiran dosa
jika kita tidak melazimi taubat kepada-Nya?

akhirnya Allah golongkan kita dalam kalangan
orang yang muflis di hari akhirat nanti.

Kosong.
Tiada apa yang dibawa sebagai bekalan ke syurga.

Na'uzubillahi min zalik!



.........................................................................................




(sekadar gambar hiasan)



Jadi..
Dikesempatan ini saya gagahkan diri saya
untuk mengumpulkan ayat-ayat al-Quran dan
hadis-hadis Rasulullah
berkenaan neraka..

Khas buat kalian yang membaca..
dan diriku terutamanya..

Bergerak membina gerun terhadap neraka Allah SWT..
gerun di HATI, yang membawa perubahan ke arah
mendekati syurga-Nya, INSHA ALLAH!


.................................................................................


Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya penghuni neraka yang
paling ringan siksaannya ialah orang yang diberi sepasang sandal
yang talinya terbuat dari api neraka, lalu mendidihlah otaknya
kerana panasnya yang laksana air panas mendidih di dalam periuk.

Dia mengira tiada seorangpun yang menerima
siksaan lebih dahsyat dari itu, padahal dialah orang
yang mendapat siksaan paling ringan.”

(HR. Bukhari-Muslim).



Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda:

“ …orang-orang ahli neraka telah diperintahkan masuk neraka
maka ketika saya berdiri di dekat pintu neraka
tiba-tiba kudapati kebanyakan yang masuk ke dalamnya
adalah orang-orang perempuan.”



Rasulullah saw. bersabda:

“Api kalian yang ada sekarang ini yang digunakan
bani Adam untuk membakar hanyalah
1/70 dari api neraka jahannam.

(HR. Bukhari dan Muslim).



Kedalaman neraka dinyatakan sebagaimana yang
digambarkan Rasulullah SAW dalam
riwayat Muslim dari Abu Hurairah:

“Pada suatu hari kami bersama Nabi SAW.
Lantas kami mendengar suara benda jatuh,
kemudian Rasulullah saw. bersabda:

“Tahukah kalian, suara apakah itu?”

Kami menjawab:

“Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”

Nabi saw. bersabda:

“Itu adalah suara batu yang dikirim dari neraka jahannam
sejak 70 tahun yang lalu.
Dan sekarang baru sampai ke dasar neraka.”



* * *



"Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya dan
sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya,
maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang
bahan-bahan bakarannya:

Manusia dan batu-batu (berhala),
(iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir."


Al-Baqarah: 24





"Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika
mereka didirikan di tepi neraka
(untuk menyaksikan azabnya yang tidak terperi),

lalu mereka berkata:

Wahai kiranya kami dikembalikan ke dunia dan kami
tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan
Tuhan kami dan menjadilah kami dari golongan yang beriman."

Al-An'am: 27


"Di belakangnya disediakan Neraka Jahannam
dan dia akan diberi minum dari air danur
(yang keluar dari tubuh ahli Neraka).

Dia meminumnya dengan terpaksa dan
hampir-hampir tidak dapat diterima oleh tekaknya
(kerana busuknya) dan dia didatangi (penderitaan)
maut dari segala arah, sedang dia tidak pula mati
(supaya terlepas dari azab seksa itu) dan selain dari itu,
ada lagi azab seksa yang lebih berat."

Ibrahim: 16-17


"Dan katakanlah (wahai Muhammad):

Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu,
maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman
dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya.

Kerana Kami telah menyediakan bagi
orang-orang yang berlaku zalim itu api Neraka,
yang meliputi mereka laksana khemah;

dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga,
mereka diberi pertolongan dengan air yang
seperti tembaga cair yang membakar muka;

amatlah buruknya minuman itu dan
amatlah buruknya Neraka sebagai
tempat bersenang-senang."

Al-Kahfi: 29



"(Mereka bukan sahaja mendustakanmu)
bahkan mereka juga mendustakan hari kiamat;
dan Kami telah sediakan bagi sesiapa yang
mendustakan hari kiamat itu,
api yang menjulang-julang. (11)

Apabila Neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh,
kedengaranlah mereka suara marahnya yang
menggelegak dan mengeluh. (12)

Dan apabila mereka dihumbankan ke tempat
yang sempit di dalam Neraka itu,
dengan keadaan mereka dibelenggu,
menjeritlah mereka di sana meminta
sejenis kebinasaan
(yang melepaskan dari azab itu). (13)

(Lalu dikatakan kepada mereka):

Janganlah kamu menjerit-jerit meminta
pada hari ini sejenis kebinasaan sahaja,
tetapi mintalah kebinasaan sebanyak-banyaknya
(kerana azab yang menunggu kamu di sini banyak jenisnya). (14)

Bertanyalah (kepada mereka):

Adakah (azab seksa Neraka) yang demikian itu lebih baik
atau Syurga yang kekal,
yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa?
Syurga yang sedia diuntukkan bagi mereka sebagai
balasan dan tempat kembali. (15)"

Al-Furqaan : 11 - 15




VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga