Wednesday, January 18, 2012

Ku Mahu Syurga Mu





"Dialah yang menjadikan
bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)."

Al-Baqarah: 11



Bila aku pulang sahaja dari Kem Kembara Remaja di Puncak Lui, Hulu Langat tempoh hari, aku teringat satu puisi yang pernah aku tulis sewaktu aku tingkatan 4. Puisi yang mencerminkan keindahan alam yang kita lihat dengan mata sendiri. Namun keindahan yang kita ekspresikan ini tidak mampu menandingi keindahan syurga yang tidak terbayang dek mata mahupun hati.

Namun kenangan sewaktu jungle trekking dengan sahabat-sahabat SYABAB sangat meninggalkan kesan yang mendalam pada diriku. Melihat kehijauan alam, sungai yang mengalir jernih. Subhanallah, aku jadi terkesima dengan ciptaan Allah. Masih ada lagi kawasan yang terpelihara seperti ini. Terpelihara dari kesibukan kota, dari asap-asap kereta dan segala-galanya yang menyesakkan. Maaflah jika tiada gambar di sana yang mampu dikongsi. Namun cukuplah puisi ini menterjemahkan betapa berbunganya hati terhadap keindahan ciptaan Ilahi.

* * *


Ku Mahu SyurgaMu


Bila aku berjalan terus di lantai bumi
Ribuan indah ku lihat di mata
Ku lihat disana keindahan flora
Keunikan fauna memukau jiwa

Lantas hati ku bertanya
Begini hijau dunia
Bagaimana warnanya syurga?


Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda:

"...Dan di dalam syurga kesenangannya yang
tidak pernah dilihat mata atau didengar oleh telinga,
bahkan tidak pernah terlintas
dalam hati (perasaan) manusia...."


Allahumma Inni As'alukal Jannah
Wa Na'uzubika Minan Nar

Ya Allah kurniakan ku syurga
Jauhi aku dari neraka

Disini mengalir sungai yang jernih
Bagaimanakah syurga yang mengalir dingin
Mutiara sungai di bawahnya

Ku dipersembahkan dengan kecantikan manusia
Lantas ku terbayang
Ramahnya malaikat, Senyumnya bidadari disana


"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh,
Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya
beberapa
sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.

Mereka beroleh dalam Syurga itu pasangan-pasangan,
isteri-isteri yang suci bersih, serta
Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh
yang sentiasa dinaungi."


An-Nisa': 57



Ku mahu syurga-Mu
Pasti takkan sama
Tiada tara, tiada setandingnya

Ya Allah, ku usaha semampunya
Untuk mencintai-Mu sepenuhnya

Agar dapat aku bersama kekasih-Mu
Bersama pencinta-Mu disana
Di Mahligai Syurga



0 comments:

VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga