Thursday, January 6, 2011

Menjangkau LIMA





Syukur ke hadrat Allah SWT..
Kerana dengan limpah kurnia-Nya..

Kita masih mampu menghirup udara
bumi ciptaan-Nya..

Mengecapi ni'mat rezeki
pemberian-Nya..

Berukhuwwah dan berkasih sayang
di atas cinta-Nya..

Semoga "anugerah istimewa" ini..
memberi api semangat untuk kita..
terus berusaha dalam menggapai
redha Allah SWT.. INSHA ALLAH.

Alhamdulillah..
Kita sudah menjejakkan
diri kita ke tahun baru, 2011.

Tahun yang agak "berat" bagiku..
kerana kini aku telah menjangkau
"TINGKATAN LIMA".

Sehingga "berat" itu benar-benar
terasa..

Apabila kepala ini benar-benar sakit..
(sewaktu post kali ini ditaip)
bagai dihimpap dengan batu..

Namun harapnya..
situasi ini tidak pernah
memudarkan semangatku untuk menulis..

Kamu yang kukasihi dan kusayangi..
teruslah doakan aku..

OK!

2011.

Apa yang aku harapkan sebenarnya untuk tahun ini?



.......................





"Form 5!! tak rasa janggal ke

dengan status tu??"

"hhmm.. takdelah.. bagi aku..
aku da boleh terima.."

"huh! hebat betul kau.. aku sendiri pun..
rasa macam ada yang tak kena..

rasa macam..

cukuplah di tingkat 4..
janganlah tambah lagi ke tingkat 5..
gayat!!"

"haha.."

Perbualanku dengan Farhan tempoh hari..
benar-benar mengejutkan aku dari "tidur".



"Ajwad, engkau sekarang tingkatan lima!!!
Faham tak!!!??"



Sehinggakan jeritan ini
terpaksa dijeritkan sendiri ke dalam hati.

Allahuakbar.
Sungguh pantas masa berlalu.

Moga dengan "pertambahan tingkat" ini..
benar-benar menjadi didikan tarbiyyah..
yang mampu membentukku menjadi MANUSIA.

moga masa kurniaan Allah ini..
tidak terbuang sia-sia..



"Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu
dalam kerugian;
Kecuali orang-orang yang beriman
dan beramal soleh
dan mereka pula berpesan-pesan
dengan kebenaran serta
berpesan-pesan dengan sabar."

Al-Asr: 1-3



"ok.. kau boleh terima status FORM 5..
kau boleh terima tak status "SENIOR"??"

"apa dia??"

"SENIOR!!"

"Alamak!! aku takleh terime lagi!!
senior?? oh tidak...."

Kami berdua ketawa.

Namun ketawa kali ini tidak kosong..
Ketawa dengan penuh kegelisahan yang
melanda benak jiwa.

..................................





Setiap tahun..
pelajar-pelajar tingkatan 5 SMK Saujana Utama
akan diingatkan tentang status mereka.

Mereka pasti akan diingatkan perkara
yang sama setiap kali mana-mana guru
berucap di perhimpunan.

Kalau tidak seminggu sekali,
sebulan sekali.

Kalau tidak sebulan sekali,
setahun sekali!

PASTI ada.

apakah peringatan itu?


"pelajar-pelajar tingkatan 5..
kamu ini berpangkat "abang"
bagi adik-adik form bawahan..

jadi..
tunjukkanlah contoh yang baik
buat adik-adik..

agar menjadi ikutan buat mereka."


Pasti!
mesti ada punya..
kalau tak sama, pasti serupa!

Dan pada tahun ini..
Giliran aku pula untuk meng"hadam"
peringatan itu.

Sekaligus aku bermuhasabah diri..

Aku sudah tingkatan lima..
Adakah aku mampu menjadi contoh
buat adik-adik?

Aku sudah tingkatan lima..
Adakah amalanku semakin baik?

Aku sudah tingkatan lima..
Adakah aku masih perbaiki
akhlak dan perilaku burukku?

Aku sudah tingkatan lima..
Adakah aku berusaha mengamalkan
sunnah Nabi Muhammad S.A.W..

Kekasih Allah, contoh terbaik??


Allahu akbar.

Ya Allah, Janganlah Engkau jadikan aku dikalangan
orang yang rugi..

HARI INI SAMA SAHAJA SEPERTI SEMALAM.

Ya Allah, jangan jadikan aku dikalangan
orang yang celaka.

HARI INI LEBIH BURUK DARI SEMALAM!


Moga Allah pelihara kita.


.............................




Berkata tentang AZAM...

Aku kurang gemar menggunakan perkataan
itu sebenarnya..

aku lebih tertarik dengan perkataan "HARAPAN".

Harapan aku untuk ulang tahun kelahiran Nabi 'Isa
yang ke- 2011 ini..


Aku ingin terus perbaiki kelemahan diri..

Tujuan utama aku membina blogspot ini pun..

bukan atas tujuan da'wah semata-mata..

lebih kepada membaiki kelemahan dan keburukan
yang sedia ada..

Semoga penulisan di blog ini..
menjadi "tamparan" hebat buat penulisnya..

supaya sentiasa "terjaga dari tidur".

Kita salah apabila mengatakan penulisan adalah
sekadar TULISAN.

Sama ada kita sedar atau tidak..

PENULISAN merupakan antara "kuasa"
yang terhebat untuk memberi teguran
kepada penulisnya!

Oleh sebab itu..
Aku akan terus menulis..

sehingga mata terkatup rapat..
Sehingga nyawa sampai ke kerongkong..
Sehingga titisan darah yang terakhir..

INSHA ALLAH!


Dan harapan aku yang kedua..

Aku ingin memberi HARAPAN kepada orang lain!

kamu putus asa..
kamu lemah..
kamu tidak bersemangat..
kamu perlu tempat mengadu..

aku sedia memberi harapan..

agar kamu bergantung harap kepada ALLAH!

Sungguh aku bukan Tuhan..
berkuasa memberi Hidayah..

Sungguh..
Aku bukan Rasul..
Menyampai dengan penuh ikhlas dan sabar..

Namun aku bergelar MANUSIA..
aku punya tanggungjawab dengan MANUSIA yang lain..

aku akan terus memberi harapan..
Supaya kamu tidak hilang harap dengan Allah..

Aku akan terus memberi harapan..
Supaya kamu terus cinta dan percaya dengan Rasulullah..

Semoga dengan harapan ini..
kamu juga mengambil peluang yang ada..

supaya dapat juga memberi harapan kepadaku!

Aku muslim. Kamu muslim.
Ayuh! bina harapan demi Islam tercinta!

0 comments:

VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga