Monday, January 17, 2011

Alahai Pengemis!





Suatu hari, dua orang sahabat
iaitu Safee Sali dan Shahrul Idlan keluar berjalan-jalan
di sekitar Kuala Lumpur.


"Jom la.. berhenti makan kat gerai tu!"


"gerai mane??"

ala... gerai tu!! tepi jalan tu!"

"mm.. boleh jugak.."

Lalu mereka pun bergerak ke sebuah gerai kecil
di tepi jalan.

Setelah membuat pesanan, mereka berbual-bual kecil.



"lama kita tak berjalan sama-sama..

rindu pulak ana kat enta.."

"hehe.. mane tak rindunye..
dah dua tahun berpisah kawasan..
teringat kenangan-kenangan lama.."

"itulah.. kita mungkin terpisah kawasan..
moga Allah tak pisahkan persahabatan kita.."

"Insha Allah...!"


................................................................




Sedang mereka rancak bersembang,
tiba-tiba...


"Assalamu'alaikum... encik..
minta sedekah, encik..
saya orang susah, encik.."

Seorang peminta sedekah menghampiri mereka.
Bajunya lusuh, berkopiah.


Safee memandang lelaki peminta sedekah itu
dengan pandangan mata yang tajam.

Kelihatan dia kurang senang dengan
peminta sedekah itu.



"Pakcik..

saya lihat pakcik punya tubuh badan yang sihat..
punya kudrat yang kuat..

kenapa menjadi peminta sedekah?

apakah pakcik tidak mahu berusaha bekerja?
mencari rezeki?

mustahil tiada kerja langsung di Malaysia ni..
banyak kerja yang boleh pakcik usahakan!

saya tak nampak apa kurangnya pada pakcik..

janganlah suka bergantung harap pada orang...

gunakan tenaga yang Allah kurniakan..
bukan untuk disalahgunakan!"



Shahrul hanya mendiamkan diri.



"Saya harap pakcik faham maksud saya..

bukan saya mahu menghina pakcik..

cuma saya minta pakcik berfikir
dengan kata-kata saya!"



Safee menambah lagi.

Lelaki peminta sedekah itu menundukkan kepala.
Mukanya merah menahan marah.
Sakit hatinya mendengar kata-kata Safee.

Shahrul masih diam.
Perlahan-lahan dia menghirup teh panas
di hadapannya.

Safee puas dapat meluahkan pendapatnya.


........................................................................





"nah.. ambil RM50 ini..
buat makan..
beli barang keperluan.."


Shahrul mengeluarkan not RM50
dari poketnya..
kemudian dihulurkan kepada lelaki
peminta sedekah itu.

Safee ternganga melihat perbuatan Shahrul.

"terima kasih, encik!!
semoga Tuhan tambah rezeki encik!!"


kemudian lelaki itu berlalu pergi.
Sempat juga dia menoleh ke belakang.
Memandang sinis kepada Safee yang masih terlopong.


"kenapa enta tolong dia??"


"eh.. kenapa? salah ke?"

"memang la tak salah..
tapi bukankah patut kita beri pengajaran kepadanya..
supaya jangan suka meminta..

enta tak nampak ke dia tu?
badan sihat..
akal waras..

selayaknya dia bekerja untuk mencari rezeki!!"


Shahrul tersengih.


"memang..

ana pun berfikir perkara yang sama.
ana pun tak setuju dia menjadi peminta sedekah!"

"dah tu?? kenapa tolong dia?"


Safee masih tidak puas hati dengan tindakan Shahrul.

Shahrul memandang tepat ke mata Safee.


"Safee, sahabatku..

adakah enta rasa dia mahu terima nasihat enta tadi?"

"entah la.. tapi ana dah menjalankan tanggungjawab ana!"


Shahrul tersengih lagi.


"Bukankah lebih baik kita bersedekah kepada lelaki

itu terlebih dahulu..

kemudian baru kita memberi nasihat.

Moga-moga nasihat kita itu lebih difahami
dan terkesan terus di dalam hatinya!"


Lama Safee termenung memikirkan
kata-kata Shahrul.

Kemudian dia mula faham dan tersenyum.


"memang benar..

tindakan kita untuk menasihati itu sudah cantik.

Namun apa salahnya kita menghulurkan bantuan juga.

Semoga lelaki itu tidak pulang dengan
fikiran yang berserabut..
memaki-hamun kita dibelakang..

Dengan menghulurkan bantuan dan nasihat,

moga-moga terdetik di hatinya..
bahawa kita memang bersungguh-sungguh
mahu melihat perubahan dirinya."


Baru Safee faham akan maksud Shahrul.


"terima kasih, Shahrul..

ana akan ingat pesan enta sampai bila-bila.."

"sama-sama..
kitakan sahabat..
tidak ada yang menghalang kita untuk saling menegur."



Mereka berdua saling tersenyum.

Hari itu, mereka pulang dengan seribu makna
yang takkan mereka lupa sampai bila-bila.

2 comments:

Mehmed Da'ie said...

pengajaran buat manusia bergelar da'i
HEBAT! :D

ajwadaie said...

ayuh da'ie! lakukan transformasi!

VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga