Sunday, January 30, 2011

Dimanakah Pahala?





"Aiman, ooo Aiman...!!


tutup la tv tu..
meh ikut ayah baca yasin.."

Aiman.
Umurnya baru masuk 7 tahun.
Sedang leka menonton kartun kegemarannya..

"the Misadventure of Flapjack".

"ala ayah.. criter tengah best nie..
ayah bace la sengsorang.."

Ayah menggeleng kepalanya.

"jangan la macam tu man..
Aiman taknak pahala ke?

Rasulullah kata..

siapa yang baca surah yassin sekali..
macam dia baca al-Quran SEPULUH KALI!

haaa.. Aiman taknak ke??"

Aiman yang tadinya baring terus terduduk.
Kemudian menoleh ke arah ayahnya.

"Betol ke ayah??"

Si ayah tersenyum.


Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai
hati dan hati Al-Quran itu ialah Yassin.
Barang siapa membaca surah
Yassin, niscaya Allah menuliskan pahalanya
seperti pahala membaca
al-Quran sebanyak 10 kali."


................................................





"tapi ayah..
Aiman tak nampak pun pahala tu..

takde pun!

kat mane pahale tu??"

Si ayah mengeluh.
Penat melayan kerenah budak Aiman ini.

"memang la takda..
Aiman akan nampak pahala kat syurga nanti..

itu yang ayah suruh baca yassin tu..
kite tambah pahala banyak-banyak..

Supaya kita tak menyesal nanti..
pahala ciput jer..

Aiman nak ke..

pahala ayah lagi banyak dari Aiman
kat syurga nanti!!??

hehe.."

huiisshh..
mane boleh!!"

Aiman protes.

si ayah ketawa.



"tapi..

Aiman tak paham lagi la..
pahala ni sebenarnya apa?"


Si ayah tersenyum kecil.

Dia faham.
Tidak mudah untuk menerangkan pada budak-budak.

Dia perlu memberi contoh yang paling mudah untuk difahami.

....................................





"Macam ni la..

pahala ni lebih kurang macam gaji la..

Ayah kerja tiap-tiap hari..
untuk dapat gaji hujung bulan..

mana boleh ayah dapat gaji tiap-tiap hari!

hujung bulan baru dapat..


macam tu jugak pahala..

kalau kita suka buat kebaikan kat dunia..
dekat syurga nanti..
kita pun akan dapat "gaji" dari Allah.

itulah PAHALA.

tapi..
kalau Aiman tak rajin buat kebaikan..
tak rajin buat ibadah..

macam mana nak dapat "gaji dari Allah"??


"Oh macam tu.."

Aiman mula faham.


"tapi Aiman kena ingat..

Pahala yang Allah bagi..
tak sama macam gaji kat dunia.

pahala Allah lagi hebat!

sebab pahala lagi banyak, lagi untung!

kan Aiman pernah dengar..
siapa yang sembahyang jemaah..
dapat pahala 27 KALI GANDA
berbanding siapa yang sembahyang sorang-sorang..

nampak?
pahala ni lagi banyak daripada gaji.


Siapa yang betul-betul nak je dapat..

Siapa yang main-main..
orang ajak baca yassin pun taknak..

macam mana nak dapat pahala? hehe.."

Sempat juga si ayah menyindir Aiman.


Aiman tercabar dengan kata-kata ayahnya.

"ok.. jom baca yassin..
kite tengok..
siapa yang cepat habis baca..

dia dapat pahala dulu!"

Aiman mencabar ayahnya.

"adoi.. ke situ pulak budak ni..."


.................................





Di sini kita dapat lihat..
Allah itu sangatlah PEMURAH.

Setiap perbuatan kita
yang mengandungi ketaatan kepada Allah,

Akan beroleh pahala dari-Nya.

Allah itu Maha Kaya.
Dan kekayaan-Nya tidak pernah tergugat oleh apa pun.




Daripada ABU HURAIRAH r.a,
RasuluLLah SAW bersabda:

"Barangsiapa yang menyeru (manusia) kepada hidayah,
maka baginya pahala sebanyak pahala yang diperolehi
oleh orang-orang yang mengikutnya
tanpa dikurangi sedikitpun pahala mereka."



Rasulullah SAW bersabda:

”Barangsiapa memberi sesuatu
kepada seseorang untuk berbuka puasa,
maka dia akan memperoleh pahala sebesar
orang yang berpuasa dan tanpa mengurangi
pahalanya sendiri sebagai orang yang berpuasa.”

(Ahmad dan Tirmidzi)



Dari Abu Ayyub Al-Ansari meriwayatkan
bahawa Rasulullah saw bersabda:

Barangsiapa menanam pokok,
kemudian pokok itu berbuah,
sebagaimana banyaknya bilangan
buah-buah yang dihasilkan ,
sebanyak itulah ganjaran akan
dituliskan bagi orang yang menanamnya.

(HR Mushad Ahmad)



Subhanallah!
Allahu ya Ghani.

Allah yang maha Kaya.

Allah tidak berhenti mencurahkan pahala
kepada hamba-Nya yang taat.

tunggu apa lagi,
tambahlah amalan kita.

Untuk siapa lagi pahala ini kalau bukan untuk kita.
Kita hamba bertuhankan Allah yang maha Kaya!


"Dan kalau sebenarnya mereka itu
tetap beriman dan bertakwa
(nescaya mereka akan mendapat pahala);
sesungguhnya pahala dari sisi Allah
itu adalah lebih baik,
kalau mereka mengetahui."

Al-Baqarah: 103

0 comments:

VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga