Friday, November 26, 2010

Tunang Hati?




Seorang hamba Allah memberi pandangan....

"Dalam Islam.. Kalau tak silap saya..
bila kita dah suka kat seseorang.. kita akan ala-ala cop kat dia..
Bila laki dan pompuan tu suka sama suka, diorang da kira bertunang..
Tapi secara tak rasmi.. Lebih kurang tunang dari hati ke hati la..

Couple ni kalau diikut dengan cara yang betul..
Boleh.. Time couple tuh bleh diibaratkan macam tunang dari hati ke hati la..
Macam tunang secara tidak rasmi..

Means dat suka sama suka dan dah cop untuk jadi partner 4 the next step..
Tapi yang orang cakap couple tu haram sebab orang sekarang ni
da pegang salah teori..

Bila da couple tu..
diorang ingat boleh wat macam-macam..
Bukan takat couple je..

Ada yang ingat bertunang..
boleh bersentuhan..
pegang2 tangan..

Actually,
Fahaman yang mengharamkan hukum..

Couple, tunang tu as a sign..
untuk tunjuk orang itu da berpunya..

as conclusion,
couple tu boleh..
kalau ikut cara islam yang betul..

Cuma yang mengharamkan couple..
perbuatan..
coz da membatasi syara'.."


APA PULA PANDANGAN ANDA?



....................................................................





saya terpaku sebentar mendengar pandangan hamba Allah itu.

terkejut pun ada.

pandangan yang menghalalkan couple..

melalui TUNANG HATI!

wujudkah sebenarnya tunang hati ni?

Lama juga saya termenung.
Kemudian baru saya tersenyum.

(tapi, hujahnya masih belum sempurna...)


..............................................................




"Hebatnya awak...

bertunang hanya menggunakan hati...

Tidak perlu isytihar..
Tidak perlu lafaz..
Tidak perlu tanda (cincin)..
Tidak perlu restu keluarga..

Hanya menggunakan hati..
Maka termeterai satu ikatan pertunangan..

sangat hebat..

Dan lepas ini..

Bila nak sembahyang pun..
pakai hati..

Bila nak makan pun..
pakai hati..

Hatta nak KAHWIN lepas ni pun..
PAKAI HATI!"


Sindiran saya kali ini benar-benar kasar.


..................................................................




Pemikiran manusia akhir zaman..
sangat kompleks..
sangat rumit..

Salah satu perbuatan yang telah ditetapkan haram..
mampu dimanipulasi hingga menjadi halal!

Seperti isu yang kita bincangkan ini..
Hakikat perkataan sebenarnya ialah "COUPLE HATI"..

Namun bunyinya disedapkan menjadi TUNANG HATI..

Wah! sungguh hebat otak manusia..

Jadi apa pandangan anda?
Wujud atau tidak "tunang hati" ini?


......................................................................




Saya memberi satu contoh..
IBUBAPA kita..

Ibubapa kita adalah dua manusia..
yang telah diijabkabulkan dengan sah..
melalui ikatan pernikahan..

Dan hasil pernikahan mereka..
Lahirlah kita..
anaknya..

Baik.

Suatu hari..
Ayah kita pergi ke pusat membeli-belah..
Sedang sibuk-sibuk mencari barang keperluan..
Tiba-tiba..

Ayah kita terlihat seorang wanita..
sangat cantik..
sangat jelita..

Sehingga terpaut hati ayah kita..
kepada wanita itu..

(CONTOH TAW!!)

Dan berkebetulan..
Wanita itu juga terpikat dengan ayah kita..
melalui reaksi senyumannya..
Sudah dapat dikenalpasti..

Mungkin disebabkan ketampanan ayah kita..


Lalu bagaimana?
Termeterai ikatan pertunangan?

bagaimana dengan ibu kita dirumah?
Bagaimana?
Sudah ada kata putus?


................................................................




Dan begitulah bahayanya kalau semua perkara..

HATI menjadi alatnya!

Cuba bayangkan..
Kita menyukai seseorang..
Dan kita juga amat pasti..
Dia juga menyukai kita..

Selepas 10 tahun kemudian..
dia bernikah dengan lelaki lain..

Sedangkan kita masih menaruh harapan dengannya..

bagaimana?
bukankah dia tunang hati kita?

hhhmm.. tiada hak yang boleh dituntut..
jika kamu benar-benar sibuk mempertahan "tunang hati" kamu..


Mohon difikirkan..



................................................





Salahkah menyukai seseorang..
Yang bukan mahram dengan kita?

Salahkah?

Tiada salahnya sahabat.

sememangnya fitrah manusia..
Untuk mencintai dan dicintai..

Begitu juga aku.
Aku lelaki..
Yang fitrahnya menyukai perempuan..

Orang ramai sibuk menjaja..

"bercinta selepas nikah! bercinta selepas nikah!"

Sakit telinga aku mendengar fahaman itu.

Bagiku,
Cinta perlu dipupuk sebelum nikah lagi..

Bagaimana kita ingin merealisasikan yang "SELEPAS"...
Sedangkan kita tidak membuat persediaan pada yang "SEBELUM"..

Dan aku tidak mengatakan couple itu penyelesaiannya..
Sungguh hina jika fitrah yang suci itu disemaikan untuk 'cinta yang murahan'..

"CINTA ITU MAHAL"..
Itu prinsip ku..

dan cinta itu tidak selayaknya berganding dengan yang 'murah'..

Allah telah menetapkan jodohku..
Sebelum aku lahir lagi..

Sanggupkah aku mengkhianati janji Allah..
Sedangkan plihan Allah itu sedang menanti?

Oh, zalimnya kita manusia.


...........................................................


Sebagai kesimpulannya..
Senang sekali aku mentafsirkan..

CINTA ITU IALAH ILMU...

Seperti kita belajar Fizik, Biologi, Matematik Tambahan dan sebagainya..
Kita perlu belajar untuk memahami konsepnya..

Begitu juga Cinta!
Belajarlah untuk mengecapinya.

belajarlah untuk memahaminya..

Kerana bercinta tidak diguna untuk beberapa saat..
Bercinta itu sampai ke SYURGA!

Bodohlah kita jika hanya ingin bercinta sebatas dunia..

Sebab itulah cinta tidak pernah kekal lama..

Sibuk nak bercouple..
Berjalan berpegang tangan..

Tapi hakikatnya..
"ILMU PERCINTAAN" belum pernah dipelajarinya..

Dan sebab itulah cinta diakhiri dengan dosa..
Berzina, buang bayi dan sebagainya..

Akhirnya tenggelam dengan penyakit dunia..
selama-lamanya..

Disini aku menyeru..
sudah tiba masanya..
kita nilai cinta kita..

BERCINTALAH KERANA ALLAH!




2 comments:

yaya said...

Alhamdulilah :)
menambahkan kefahaman mengenai isu ini.
Lepas ini kalau ada yang mempertahankan konsep yang salah, kita dah dapat jawapan yang betul untuk mengukuhkannya :)
terima kasih ajwad berkongsi ilmu....

ajwadaie said...

insha allah, terima kasih.. mohon komen.

VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga