Tuesday, November 23, 2010

Nilai Sebuah Tawakkal






"Alhamdulillah..
hari ini kita dapat bersama-sama..
berkumpul... dan boleh kata sebagai..
menghilangkan stress juga ya!"

Mereka semua ketawa.

Minggu lepas kami mengadakan Qiamullail serta solat hajat untuk pelajar-pelajar
tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM.

Kelihatan semuanya resah..
Gelisah..
Sampai malam qiamullail pun masih ada yang study lagi..
Huh, hebat..

Dan program ini pun atas permintaan mereka..
Katanya nak tenangkan fikiran..
Nak dekat dengan Allah..
Alhamdulillah..
exam, exam juga..
Tapi Allah tidak pernah dilupa..

tapi janganlah time nak dekat exam baru nak ingat Allah..
Mengingati Allah itu sepatutnya disetiap masa..
barulah hidup tenang..



"Ketahuilah dengan "zikrullah" (mengingati Allah) itu,

tenang tenteramlah hati manusia."

Surah Ar-Ra'd: 28




......................................................





"Disebabkan antum da nak dekat exam..
ana berminat nak bincang tentang TAWAKKAL..

Apa itu tawakkal?"

"Tawakkal maknanya berserah diri sepenuhnya kepada Allah.."

kata seorang hamba Allah.

"Dengan syarat?"

"eerkk... ade syarat eh?"

"mestilah ada.. dengan syarat kita sudah berusaha sehabis boleh...
kemudian barulah kita bertawakkal.."

"Oh.."

"Apa guna kita bertawakkal sahaja..
tawakkal.. tawakkal.. tawakkal..
tapi langsung taknak berusaha...

macam mana Allah nak bantu kita?"

"Oh.. jadi bolehlah kita buat hipotesis...

Tak cukup sekadar tawakkal tanpa usaha..
dan tak cukup sekadar usaha tanpa tawakkal!"

"Yup.. bijak sekali..."


.................................................






"Macam kita nak makan nasi la..
antum pernah makan nasi tak??"

"mestilah pernah.. haha..
tak makan nasi ka?"

kami semua ketawa.

"Contoh satu hari kita dah lapar... sepinggan lengkap nasi beserta lauk..
sudah berada dihadapan kita..

boleh kenyang ke kita kalau sekadar tengok sahaja nasi tu...?
Boleh kenyang ke?

"japgi aku kenyang la..."

TAKKAN KENYANG PUNYA!

Allah kurniakan kita tangan..
supaya kita berusaha..
untuk menyuapkan nasi itu ke mulut kita..
Dan kemudian baru kita dapat merasai makanan itu...

begitu juga tawakkal..
"tawakkal" tidak akan diberi nama tawakkal..
kalau kita tidak mahu berusaha..


......................................................





"Dengan tawakkal..
kita tidak akan mudah berputus asa..

Dengan tawakkal..
kita makin dekat dengan Pencipta..

Berapa banyak kes bunuh diri di Malaysia...
berusaha..
tapi tidak mahu bertawakkal..

dan akhirnya mengambil jalan dosa..
iaitu BUNUH DIRI!

"Ada ke??"

seorang sahabat bertanya.

"Mestilah ada.. ada kes seorang pelajar..
dia target result yang sangat cemerlang untuk SPM..

dia juga merupakan pelajar harapan sekolahnya..

Tetapi akhirnya..
Dia tidak dapat seperti yang dihajati..

terjun bangunan..
akhirnya mati...


Mahu kita mati dalam keadaan begitu?"


.............................................................






"Kita bila bertawakkal..
bertawakkal lah sepenuhnya kepada Allah..

ana faham..
siapa yang tidak mahu memperoleh keputusan yang cemerlang..
siapa yang tidak mahu membahagiakan ibubapa?
siapa yang tidak mahu mengharumkan nama SMK Saujana Utama?

Kita semua nak..!

tapi perlulah ada dalam diri kita..
yakin dengan ketentuan Allah..

Dengan tawakkal..
Kita akan menjadi hamba yang bersyukur..

Keputusan cemerlang..
ALHAMDULILLAH..

keputusan kurang cemerlang..
sebutlah juga ALHAMDULILLAH!

kerana Allah sedang menguji kita..
dan..

UJIAN ITU TANDA SAYANG ALLAH KEPADA KITA!


apa salahnya kita berdoa..



"Ya Allah.. Andai keputusan cemerlang itu BAIK untuk ku...
Maka kau hadiahkanlah itu kepadaku..
Andai keputusan yang kurang cemerlang itu BAIK untuk ku..
Maka kau kurniakanlah juga kepadaku..

sesungguhnya tiada ketentuan yang lebih baik selain ketentuan-MU..
Aku hamba-Mu TELAH berusaha...
Maka kini aku serahkan sepenuhnya kepada-Mu untuk menentukannya..

Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Tahu segala yang terbuku dihatiku..

Moga-moga aku menjadi insan yang BERSYUKUR..."




"Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu dan jika Dia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu
berserah diri."

Surah Ali Imran: 160

0 comments:

VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga