Monday, November 1, 2010

Cuti Duniaku







Alhamdulillah..
Final exam sudah melabuhkan tirainya..

Dan cuti akhir tahun bakal menjelma..

Bagiku,
cuti adalah duniaku.

Mungkin bunyinya agak pelik.
Namun itu adalah kenyataannya.

"Hiisshh.. ajwad ni.. mesti suke ponteng sekolah..
yela.. da suke cuti jer!!"

Bukan begitu.
Sekolah juga adalah duniaku.
yang tidak kurang seronoknya..

Namun musim cuti lebih dari itu.
Banyak perkara yang hendak dibuat..

Kalau ditanya pembaca,
suka atau tidak musim cuti??

tak usah menipu tentang jawapannya..


---------------------------------------------------





Cuti bagiku memberikan seribu makna.

nostalgia.

memori.

sahabat.

kepuasan.

Namun langsung tidak wajar bagiku..
jika CUTI diisikan dengan aktiviti yang langsung tidak berfaedah..

Ya, bagi kamu aktiviti itu "seronok"...
Namun dimana kepuasannya??

cuti itu memberi banyak makna.
lalu jangan dibiarkannya sia-sia..


-------------------------------------------------------






Cuti tahun sudah memberi memori dan kenangan yang sangat indah..

Musim cuti diisi untuk "MENCARI CINTA ALLAH"..

dan tahun sudah juga..
mengajar aku bahawa..
betapa pentingnya..
dan..

betapa MAHALNYA ILMU!

Tahun sudah aku korbankan segala keinginan "ENJOY"ku..
untuk mencari sesuatu yang baru buat diriku..

Dan ALHAMDULILLAH..
Allah permudah segalanya..

Sahabat?
ya..

Cuti itu memberi erti sebenar tentang sahabat..
Seringkali aku rasa ada yang tak kena dalam berkawan..

"Aku kawan kau.."

itu yang selalu diucapkan.

namun dalam masa yang sama..

"bodoh la kau ni..!"

"hahahaha.. lain kali kena la high class skit kalau nak kawan ngan aku..."

"weyh.. mintak singgit.. kire halal la.. kate kawan.."

"berok..! sini jap..."

Kata kawan.
tapi dalam masa yang sama menjatuhkan kawan.
Sampai nama kawan sendiri pun tak mampu nak sebut.
Dilabelkan pula dengan binatang.

Allah..
aku sangat lelah dengan semua ini..

Sahabat..
mari mula hidup baru..
aku akan setia memuliakanmu..

Ana uhibbuka fillah..


----------------------------------------------------




Cuti kali ini juga..
Aku mengharap perkara yang sama..

Jika masih terdaya..
INSHA ALLAH, Akanku isi semampunya...
dengan targetku yang sebenar..

Cinta itu bukan objek yang ditunggu..
ia perlu dicari..

Dan itulah juga definisi MENUJU ALLAH..

"menuju" bukan bermakna menunggu..
Perlu bergerak..

mencari.

meneroka.

Dengan itu..
kita akan benar-benar merasa..

alangkah berharganya cuti itu..

bukannya bila masuk semula musim sekolah..

"AAHH!! tak puas la cuti kali ini..!! tak cukup.."

"fed up.. tak puas enjoy!"

isilah cuti dengan pengisian yang sebenar-benarnya.
Isilah cuti untuk lebih dekat dengan Pencipta..
Isilah cuti untuk mengecap ketinggian ilmu..

kerana disitu..
terletak nilai kualiti cuti..

yang sangat bermakna!


p/s: enjoy yang bermanfaat....! bagiku.. hehe..
dan memang bosan jika bergerak seorang.. carilah sahabat! :)







0 comments:

VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga