Monday, November 29, 2010

Kamu Kekuatanku..




Aku menghitung hari seperti biasa..

Dan beberapa hari yang baru berlalu..

Aku amat sedih..


Aku menyusun langkahku..

Sangat berhati-hati..


Namun aku masih gentar..

Aku takut..



Aku ingin sekali membahagiakan..

hati semua orang..



Namun masih ada yang terluka..


Aku sering meletakkan..

niat itu yang paling utama..

Ikhlas itu perlu berganding bersama..



Namun yang baik itulah..

Membuatkan aku..

Seringkali tersungkur..


Kamu semua membahagiakan aku..

Aku tahu..



Dan itu membuatkan aku terus kuat..


Namun itulah aku..


Aku menangis..

teresak-esak..

kebudak-budakan..


Aku bukan siapa..


Kadang-kadang..


Berawangan otakku melayang..

Ingin mengulang cerita lama..


Sungguh..

Kegelapan mengasak-asak..


Terkadang itu jugalah..

Aku kembali pada Tuhanku..

Yang tidak henti memberi peluang..

entah buat kali ke berapa..


Dan itu membuatkan aku makin kuat menangis..

Aku zalim terhadap Penciptaku..

Kejam..


Dan itu membuatkan aku tidak jemu berdoa..



"Ya Allah.. Kau jadikanlah dosaku..

Dosa yang telah Engkau ampunkan!!"


Kamu..

Kamu kekuatanku..

kamu yang terusan membaca..

isi dan luahan hati..


Kamu sangat setia..

setia pada keimanan..

setia pada kebaikan..

setia pada keamanan..


Semoga Allah sentiasa menyayangi kamu..

Sebagaimana kamu telah memberi kegembiraan padaku!



~Kamu kekuatanku~

3.00 am

rumah maklong

Kundang

Selangor

3 comments:

syahidatulhusna said...

salam..penulisan ajwad mmg mengingatkan husna kpd Allah. Alhamdulillah. Sebab tu husna suka baca blog ajwad. Ajwad mmg berbakat dalam bidang agama dan penulisan. Teruskanlah niatmu yang murni itu.... Semoga Allah permudahkan. Penulisan ajwad juga memberi kekuatan kpd husna dan kemungkinan besar kpd org lain yg membacanya.. Insha Allah...

z!eha said...

terima kasih kerana setiap penulisan di blog ini sentiasa mengingatkan diri in kpd yang maha esa..

ajwadaie said...

Syukran.. tegurlah saya.. kerana saya juga banyak salahnya..

VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga