Friday, November 12, 2010

Naungan di Mahsyar





Di saat huru-hara..
Kelam-kabut...
Suasana yang sangat dahsyat..
Ibu lari dari anaknya..
Suami lari dari isteri..
Masing-masing memikirkan tentang diri-sendiri..

"Bagaimanakah aku ini?
bagaimanakah amalanku?
bagaimana aku akan berhadapan dengan Allah?"

Itulah keadaan yang sangat mengerikan di padang Mahsyar..
tempat dimana amalan baik dan buruk akan dihisab...
Banyak baiknya..
mudahlah perjalanannya ke syurga..
Banyak buruknya..
Panjanglah tempoh perhitungannya di hadapan Allah SWT..

Namun Allah Maha Penyayang..
Ada 7 GOLONGAN yang akan dinaungi Allah dari terik Mahsyar nanti..
Siapakah tujuh golongan itu?
ikuti sedikit bingkisan ini..
Moga menjadi renungan buat semua pembaca..

....................................................................



1. Pemimpin Yang Adil








2.pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah







3.
lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid








4.
dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah







5.
seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”







6.
seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya










7.
seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.







Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

2 comments:

SyahidatulHusna :) said...

ya Allah...semoga kita selamat nnti di sana.... takutnya.... masya Allah...
cukup ke amalanku yg masih sikit ni utk brdepan dgn Allah?

SAHABAT AMAL said...

Terimakasih ya Rasulallah...

VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga