Sunday, September 26, 2010

Pesanan Cinta Rumah Terbuka




Hari ini 26 September 2010..

Alhamdulillah..

Saya berpeluang memenuhi undangan rumah terbuka..

oleh dua orang sahabat da'ie..

HAFIZ dan SYUKRI..


Jazakallahu khairan kathiran kerana sudi menjemput ya!


Sungguh..

Dah tak terlarat perut ini nak terima makanan..

Risau jugak kalau tuan rumah terasa..

Kenapa la makan sikit...


Bukan taknak makan..

Tapi dah terlebih makan..


Walaubagaimanapun..

Kena makan jugak..

walaupun sedikit..

hehe


Dan alhamdulillah,

di rumah sahabat saya SYUKRI..

Kami berkesempatan untuk mengadakan majlis doa selamat sebelum menjamu selera..


Semoga tuan rumah serta seisi keluarga sentiasa dalam lindungan rahmat Allah..

INSHA ALLAH.


Dan yang saya tak boleh lupakan ialah..

apabila ayah kepada sahabat Syukri, Encik Abdul Rahman..

Sempat memberikan secebis nasihat..

buat kami anak muda..

dalam menempuh hidup yang makin mencabar..


Semoga menjadi peringatan dan pedoman buat kita semua... Insha Allah.. :)







"Assalamu'alaikum warahmatullahi wa barakatuh...


Pertama sekali.. pakcik nak ucapkan ribuan terima kasih..

kepada anak-anak.. yang sudi datang ke rumah ini...

untuk memenuhi majlis ringkas.. dosa selamat..

dan sedikit makan-makan...


Pakcik juga ingin mengucapkan..

tahniah..

kerana apa?

Kerana anak-anak dihadapan pakcik ini..

Semua sudah pandai memilih jalan hidup masing-masing...


Alhamdulillah...

masih setia dalam memperjuang agama Allah..

mudah mudahan...

Allah buka lorong untuk anak-anak..

Untuk terus mengecapi kejayaan..

Insha Allah.


Satu saja nasihat pakcik...

untuk anak muda sekalian..

semoga berguna dalam menghadapi hidup..

yang kian lama..

kian sukar..

lebih-lebih lagi buat anak remaja seperti kalian...


Kamu semua sudah berada di jalan yang BENAR!

Namun harus diingat..


BENAR tidak akan pernah bercampur dengan yang BATIL.

jadi berhati-hatilah anak muda..


Syaitan ini tidak pernah berehat..

Hari-hari..

membisikkan kejahatan..


Jika anak-anak terus konsisten dalam mencari redha Allah..

Insha allah..

Allah sentiasa bersama kalian...


Dalam berkawan..

juga perlu pandai memilih kawan yang BENAR..

kerana takut-takut akan bercampur dengan yang BATIL.


Ramai penda'wah..

tidak mampu bertahan lama..

kenapa??

kerana banyak perkara yang disampaikan..

telah lari dari perjuangan..

Na'uzubillah..


Pakcik doakan...

semoga anak-anak memperoleh kejayaan..

dalam apa jua bidang yang diceburi..

dan yang pastinya..

semoga Allah sentiasa disisi kalian..

dalam memperjuang agama-Nya..

Insha Allah.


Assalamu'alaikum waramatullahi wa barakatuh... "







0 comments:

VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga