Monday, September 27, 2010

Sehari Bersama Syukri


"Syuk!!"

aku berlari ke arahnya.


"Eh, ajwad! Huh.. ingatkan da balik la tadi.. hehe.."


Kasihan Sukri. Mungkin sudah lama menungguku ditempat parking motor.

Aku sudah berjanji ingin menemani dia study di perpustakaan selepas zohor.

Dan aku takkan memungkiri janji..


"Maaf syuk.. lambat sikit.. ajwad ada hal sikit kat atas.."


"Oh, takpe.. syuk pun baru agi kat sini.. jom la.. kita solat zohor dulu..!"


Aku terus menghidupkan enjin motor, Syukri mengambil tempat dibelakang.

Kami terus menuju ke Surau Al-Mustaqim untuk menunaikan solat Zohor.


Ahmad Syukri bin Abdul Rahman, itulah nama dia.

Anak ke lima dari enam beradik.

Kurang seminggu lagi Syukri akan menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).


Tampak kegelisahan dalam dirinya..

Aku rasa terpanggil untuk menghabiskan masa bersama Syukri minggu ini..

Mungkin tidak banyak membantu..

Lebih-lebih lagi disaat-saat akhir..

Mungkin nasihat dan tip-tip berguna yang mampu ku berikan..

Harapnya berguna..


dan banyak buku-buku rujukan.. buku latihan..

yang ku gunakan sewaktu PMR tahun lepas..

Ku hadiahkan kepada Syukri..

tak ada gunanya ku simpan lama-lama di almari..

Untuk adikku?

Huh.. entah ada.. entah tidak PMR di zamannya..


Selesai solat, kami terus bergegas ke perpustakaan SMK Saujana Utama.






Suasana di perpustakaan sangat tenang.


"Syuk nak tahu tak.. ini pertama kali ajwad menjejakkan kaki ke library sekolah..

di waktu petang!!"


Syukri terperanjat.


"Betul ke??"


"betul! Serius."



Petang itu kami habiskan banyak masa menelaah buku latihan Matematik.

Syukri suka Matematik.


Cadang petang itu nak buat kerja rumah, karangan.

Tapi entah, lebih berminat membantu Syukri dengan kerja Matematiknya.


Kadang-kadang kami bertukar-tukar pendapat.

Kadang-kadang sembang isu semasa.

Tapi masih dalam mood 'silent'.

Perpustakaanlah katakan.




Sampailah pukul empat petang.


Syukri pun dah lapar.

Ehem-ehem..

Aku puasa lah pulak..


Syukri asyik rasa bersalah saja.

Dia makan nasi lemak depanku di sebuah gerai..


Aku tidak tahu buat apa-apa..

hanya kadang-kadang membuka tajuk untuk bercakap..

Sambil telan air liur.

Hehe


Selepas itu kami terus ke Surau Al-Hidayah untuk menunaikan Solat Asar.






Sebenarnya..

Petang itu..

Ada hal yang lebih penting ingin kami selesaikan..


Aku akan bermula cerita dari akarnya.


Syukri sudah terlibat dalam satu kes kehilangan telefon bimbit.

Dan Syukri adalah orang yang paling disyaki dalam kes tersebut.


Suatu masa..

Dia telah diamanahkan untuk menjaga telefon bimbit rakan-rakannya.

Tidak perlulah disebutkan nama.

Dan tidak perlulah disebut atas tujuan apa.


Dan yang pastinya..

SYUKRI TAK MUNGKIN BERSALAH!

Aku kenal siapa syukri..

dan aku tahu Syukri adalah manusia jenis bagaimana..


Dia tak mungkin mencuri..


kalaulah ditakdirkan satu dunia menuduhnya sesuatu..

Aku tetap akan menjadi yang pertama membelanya.


Namun apakan daya..

Nasi sudah menjadi bubur.


telefon bimbit seorang rakannya..

Lesap!


Syukri menjaganya..

Dan Syukri perlu bertanggung jawab.


"Manusia" itu sudah menuntut-nuntut ganti rugi..


Namun petang itu dia tidak dapat hadir..

untuk membuat rundingan..

katanya ada hal.


Berikut merupakan petikan mesej pesanan ringkas antara aku dan "manusia".


"Ajwad, kau tak payah masuk campur. Ini bukan urusan kau. Ini urusan aku dengan Syukri.

Harap maklum.."


"Aku bukan masuk campur.. aku cuma nak tolong syukri..

Syukri tengah takde duit sekarang ni. Aku akan bayar dulu..

Kiranya Syukri akan berhutang dengan aku.. settle kan??"


"Okey.. ingat.. henpon aku RM200. Siapa nak tanggung?"


"Okey.. boleh dirunding, insya allah. Kau pun takkan kejam sangat nak kaut RM200

terus.. Kita buat rundingan ni pun.. bukan berharap kita terus bermusuhan.. Aku harap

kita terus kawan macam biasa.. Harap kau faham.."


"Okey set. Kau jangan risau, aku tak gune duit tu untuk benda lain..

Jumpe hari ****** k.. salam"


"wassalam.."



Ya Allah... kau permudahkanlah segalanya.. Ameen..


0 comments:

VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga