Tuesday, September 28, 2010

Maher Zain: Cinta Pandang Pertama


Saya pada saat ini..

terus menghitung baki-baki hari..

untuk memburu tiket konsert Maher Zain..

Sekaligus menghadirkan diri ke Konsert SAVE OUR SOUL: MAHER ZAIN

di Auditorium MBSA Shah Alam pada 15 Oktober ini.


Tak sabar-sabar rasanya..

Hendak melihat sendiri di depan mata..

Seorang da'ie antarabangsa (gelarku buatnya..)

Yang menyumbang banyak impak..

dalam arena da'wah..

dan juga dalam pembangunan dan penerangan Islam

dengan berkesan..


dahulu..

Orang bukan Islam, malah orang Islam sendiri!

Sering menunjukkan reaksi yang negatif tentang Islam..


Islam itu rigid!

Islam itu menyusahkan!

Islam itu sempit!

Islam itu untuk orang masjid, surau!


Kini alhamdulillah..

Islam itu sedikit demi sedikit..

Menyusup ke jiwa mereka..


langsung terpacul dari mulut mereka..


"ISLAM ITU SANGAT INDAH!!"


La hau la wala quwwa ta illa billah...

Tiada daya dan kekuatan melainkan semuanya dengan izin Allah SWT...!


Dan Maher Zain..

Kau hamba Allah yang juga berusaha dan berjuang demi Islam..

Allahu akbar!




Teringat..

satu ketika dahulu..

waktu kali pertama aku mengenali Maher Zain..


Tika itu ku kira..

masih di dalam bulan September 2009.

namun tidak ada tarikh spesifik yang mampu kucoretkan..

(kan bagus kalau aku ingat!)



Waktu itu..

aku boleh dikatakan sebagai "kaki Myspace"..

Myspace.com merupakan laman web sosial..

Dan aku banyak berhubung dengan rakan-rakanku disana..


Namun tak kusangka..

Myspace juga menjadi saksi..

Perkenalanku dengan insan bernama Maher Zain..


Dan penghubung antara kami adalah..

seorang muslimah yang menggunakan nama pena..

"The Hunter Of Redha"..

Pernah juga kadang-kadang berbalas chatting dengannya..

namun tidak pernah sesekali pun kami bersua...


Aku tidak kenal dia..

dan dia tidak pernah kenal aku...


Pada suatu hari..

dia menghantar komen kepadaku..

kali ini beserta VIDEO..!


tajuknya..

"Maher Zain- Insha Allah".



Nak tahu tak apa persepsi pertamaku bila melihat tajuk itu??

Aku ketawa! Betul.. aku ketawa..


Waktu itu belum ada video rasmi untuk lagu itu.

Sekadar gambar Maher Zain sahaja..

beserta audio..


terdetik hati jahatku..


"Adoi.. lagu arab boring lagi... apsal la dia ni hantar pulak..."


Namun aku sangat sangat sangat bersyukur..

masih ada lagi hati kecilku yang memujuk..

fikirku, mungkin teguran dari Allah..


"hhhmm.. layan jela.. tengah tak buat pape kan...."




Dan amatlah terkejut beruk aku..

Apabila permulaan lagu itu adalah senikata..

BAHASA INGGERIS!



"Everytime.. u feel like you cannot go on...

you feel so lost and that you so alone..."


Ya Allah..

Bagai ada sesuatu yang sangat sejuk..

menyimbah ke dalam hatiku..


Aku tidak henti-henti bertasbih..


lagu apakah ini?


Kalau hendak dilayan akal gila ku..

mahu saja aku katakan..

ini lagu dari SYURGA!


Kemudian..

terus ku sebarkan kepada kawan-kawan..


Dan kini..

insan yang pernah aku ketawa dahulu..


menjadi insan yang sangat terhormat..

di persada DUNIA!


Allahuakbar..

Ya Allah, Sungguh..

Maha hebat aturan-Mu..


Semoga maher Zain terus diberi jalan oleh Allah SWT..

dan terus kekal dalam gelanggang da'wah..

khususnya melalui alternatif hiburan..

yang tidak mungkin ada penghujungnya..




2 comments:

Fira Al said...

yeayy..like maher zain jugak! ;)

ajwadaie said...

hehe.. yea!! we love MZ!

VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga