Wednesday, July 7, 2010

Profesor dan Si Pendayung Sampan




Suatu hari, seorang profesor bercadang untuk membuat "research" di sebuah
kawasan yang terpencil. Kebetulan ada perkhidmatan sampan yang mampu
membawanya bersiar-siar. Berikut adalah dialog sang profesor dengan
si pendayung sampan. Hayatilah....



Si Pendayung Sampan (SPS): Jemput naik ya, encik..!


Profesor(Prof): ehem-ehem.. prof taw..


SPS: oh! maaf.. jemput naik prof..! (memandang atas bawah)


Prof: bawa saya bersiar-siar di kawasan ini, ya..


SPS: ok, prof!



Setengah jam berlalu di atas sampan....



Prof: errkk.. boleh saya bertanya?


SPS: oh, boleh prof. ade apenye?


Prof: awak boleh membaca?


SPS: errk.. hehe.. tak boleh..


Prof: huh, bahaye tu.. awak da hilang 1 per 4 daripada hidup awak.


SPS: owh, yeke... (sedih)


Prof: mmm.. lagi satu. awak pandai mengira tak?


SPS: Allah! lagi la saye tak boleh..!


Prof: Haaaaa!!?? lagi bahaye! awak da hilang lagi 1 per 4 dari hidup awak!


SPS: hhhmm... (bertambah sedih) nak wat macam mane prof... ni la hidup saya.


Prof: awak kena belajar dari sekarang tau. takut nanti terlambat.. dah payah nak masuk.


SPS: insya allah, prof!



Selang beberapa minit, tiba-tiba...............




SPS: eerrkk!! ALAMAK! habis la kite prof!


Prof: huh! kenapa?


SPS: Sampan ni da terbocor! nanti mesti tenggelam!


Prof: habis tu?? macam mana ni??!!


SPS: Ok takpe.. kite boleh berenang.. Prof pandai berenang tak?


Prof: errk.. tak pandai!


SPS: hhhmm... nampaknya sekarang.. prof da hilang 100% daripada hidup prof!




Moral: Jangan merendah-rendahkan orang lain. Dan jangan sesekali riak dengan
kebolehan yang kita ada. Allah kurniakan sesuatu anugerah supaya kita hargai
di samping terus mendekatkan diri kepada-Nya. -Wallahu 'alam-


Sumber: Ceramah umum USTAZ HASHIM AHMAD


0 comments:

VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga