Tuesday, July 13, 2010

DIA kini 16 tahun.




Salam.
Ini post ke-3 saya mengenai hari jadi..
saya pun tak jangka..
permulaan post saya sebagai seorang blogger..
penuh dengan kek berterbangan di atas kepala.. (haha..)

OK..
permulaan post kali ini..
bermula dengan seorang budak..
yang digelar "cenot" oleh ibunya..
sewaktu kecil..

awalnya dia seorang yang pendiam.. (yekew?)
namun pabila dia meningkat remaja..
dia sudah mula berani.. (huh!)

14 Julai 1994 adalah tarikh lahirnya..
siapa lupa..
dia mesti..
dia mesti...

dia tak marah.. dia tak kisah pun.. (hehe)

nak tau tak dia suka siapa?


dia suka orang yang MERENDAH DIRI..
kerana bagi dia..
orang yang merendah diri itu..
selalu mengajar dia..
supaya tidak MENINGGI DIRI.

Dia suka orang yang BERHIKMAH..
kerana bagi dia..
Setiap perkataan yang keluar dari mulut orang itu..
adalah EMAS..
yang sukar dicari..

Dia suka orang yang PENYAYANG..
kerana bagi dia..
orang yang penyayang itu..
pasti akan menegur kesilapan yang telah dia lakukan...

Dan banyak lagi ciri-ciri orang yang dia suka..
taknak lah tulis semua..
lagipun..
dia ni pemalas nak menaip.. (??)

dia suka menyanyi..
nasyid, nasyid, nasyid..!

eh, suka hati dia lah..
daripada dia nyanyi lagu mengarut..
baik bernasyid!

"Berhibur tiada salahnya..
kerna hiburan itu indah..
Hanya pabila salah memilihnya..
membuat kita jadi bersalah.." - RAIHAN

Dia juga mempunyai harapan yang sangat besar..
dia nak sangat melihat..

REMAJA-REMAJA ISLAM bersatu!
berganding bahu.
menyebarkan betapa indahnya ISLAM.

Namun harapan hanya tinggal HARAPAN..
jika dia terus termenung menunggu "durian jatuh"..

Dia akan terus berusaha..

walaupun ada masanya..

dia jatuh..
namun dia bangun semula..

jatuh..
bangun semula...

jatuh lagi..
bangun lagi...

hingga dia jatuh sekali lagi..
dia tidak berdaya untuk bangun..

namun..
ada orang yang akan..
memapahnya untuk bangun...
menyambut tangannya..

itu yang membuatnya bermotivasi untuk terus berjuang...

Dan semestinya..
dia sangat mengharapkan..
DOA kalian yang membaca..

kerana dia tidak kuat...
jika dia berseorangan..

dia cepat berputus asa..
namun..
kalian yang membaca..
membuatkan dia..
mengesat air mata..
dan terus memandang ke hadapan...

jadi sahabat..
doakan lah dia..
jika sayangkan dia.. :)

0 comments:

VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga