Monday, July 12, 2010

Bola VS Gaza




Alhamdulillah, saya melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana diberi peluang
untuk menghadiri KONSERT MAHABBAH AL-GAZA pada sabtu lepas
yang bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam ..

Ramai artis yang telah membuat persembahan malam itu.
Namun tidak semua yang dapat saya tonton kerana 'kelewatan'.
Konsert bermula pukul 9 malam. Saya sampai pukul 10.30.
Kelewatannya pun bukan sebab apa.. cuma traffic jam..
walaubagaimanapun persembahan itu dapat juga saya ikuti melalui liputan
di radio IKIM.FM dalam kereta.

Kesesakan lalulintas membuatkan saya berfikir..
mesti ramai yang menghadiri konsert tersebut.
Namun apa yang saya fikirkan meleset. Rupanya malam itu juga ada perlawanan
bola sepak antara pasukan SELANGOR VS KELANTAN.
Kehadiran penontonnya berlipat-lipat kali
ganda lagi berbanding kehadiran penonton di konsert gaza!

ya memang semua maklum..
pada waktu itu sedang 'panas' orang ramai merai Musim Piala Dunia.
Namun..

Berapa ramai orang yang masih prihatin terhadap Gaza?
Berapa ramai orang yang masih ambil berat terhadap Palestin?
Berapa ramai orang yang masih mengikuti perkembangan saudara-saudara seIslam kita?

ya memang ada yang peduli..
yang tidak peduli?
Berapa pula bilangannya?

Adakah kita berada dalam "golongan yang tidak peduli"?

sahabat..
Walau apa pun yang terjadi..
Jangan sesekali kita lupakan mereka..

KITA dan MEREKA itu bersaudara.
Saudara seISLAM..
Apakah sanggup kita meminggirkan mereka?

Mahukah kita..
Apabila saat umat Islam di negara kita di timpa bencana...
Mereka pula lupakan kita?
Mahu?

Jadi..
PRIHATINLAH TERHADAP MEREKA!

paling kurang pun..
"DOA".

Doa itukan senjata orang mukmin?
Jadi jangan lupa untuk berdoa buat seluruh umat Islam..
lebih-lebih lagi waktu selepas solat..
doalah..
"ALLAHUMMAN SURIL ISLAMA WAL MUSLIMINA FI FALASTIN.."

Dan sebagainya..

Kerana disitulah..
terletaknya KEKUATAN kita..

-Wallahu 'alam-

0 comments:

VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga