Sunday, July 4, 2010

Sejarah tanggal 4 Julai 2010...






Assalamu'alaikum warahmatullahi wa barakatuh wa maghfiratuh wa ridhwanuh..

Alhamdulillah, limpahan puji kusandarkan ke hadrat Allah S.W.T. diatas rahmat dan hidayah-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
rasul buat sekalian alam.

Alhamdulillah, tanggal 4 Julai ini tidak akan saya lupakan diatas lahirnya blog rasmi saya sendiri,
ajwadaie.blogspot.com (Kembali PadaMu). Pada tarikh ini jugalah titik permulaan untuk saya
mengembangkan minda dalam menghasilkan karya (insya allah), berkongsi pengalaman dan
mungkin serba sedikit mengenai aktiviti harian saya.

Insya allah, tiada tujuan lain dalam penubuhan blog ini selain terus berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah Sang Pencipta dan dalam usaha untuk "Kembali Pada-Nya".


Ya Allah,
berkatilah perjuanganku ini,
janganlah Kau sisihkan aku,
dari rahmat dan hidayah-Mu,
kerna aku ingin...


"KEMBALI PADA-MU"


1 comments:

SAHABAT AMAL said...

Salam Perjuangan..

VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga