Monday, November 22, 2010
Oh Bulan!

Oh Bulan..
Hampir tiga hari kau menemani malamku..
Aku terpana melihat keanggunanmu..
Walaupun kau hanya berbentuk bulat bersinar..
putih..
namun kau sangat istimewa bagiku..
Terciptanya kamu..
benar-benar memberi makna padaku..
Terciptanya kamu..
Membuatkan aku..
benar-benar mengkagumi Penciptamu..
Lantas terbit kalimah agung..
"Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!"
Lalu bergetar hatiku seiring menatapmu..
Kehadiranmu..
Membuatkan aku tidak jemu mendongak ke atas..
Hingga terlupa yang di bawah..
Oh Bulan..
Semestinya kau lebih indah dari "Dan Sebenarnya"..
Kerana kamu sememangnya diciptakan indah..
Teruslah kamu menjadi tatapanku...
Kernaku yakin..
Disitu ada nilai tambah disisi Tuhanku...
Tuesday, November 16, 2010
Ucapan 'Eidul Adha

Bismillahirrahmanirrahim...
"Pengorbanan."
Satu perkataan yang mudah diungkap..
Namun tidak mudah dizahirkan..
Tidak mungkin satu pengorbanan itu..
di hujung perjalanannya ialah PUTUS ASA.
Kerana pengorbanan itu sifatnya 'berterusan.."
Di saat Siti Hajar berlari anak..
berulang-alik..
Dari Safa ke Marwah..
Mencari sumber air..
Buat anak yang bernama Ismail..
Yang tidak henti menangis kehausan..
Dari sana ke sini..
Dari sini ke sana..
Adakah waktu itu Siti Hajar mengenal erti putus asa?
Oh tidak..
kerana disitu terletak erti pengorbanan yang sebenar..
Di saat Nabi Ibrahim..
Diperintah oleh Allah SWT..
supaya menyembelih Nabi Ismail..
Ah! sungguh..
Itu benar-benar ujian yang sangat berat..
Adakah nabi Ibrahim ingkar?
tidak..
kerana baginda benar-benar yakin..
bahawa pengorbanannya benar-benar dinilai oleh Allah..
Lalu siapa yang menjadi saksinya?
Allah SWT adalah saksinya..
Sekarang..
sudah tiba masanya kita nilai diri kita..
Sejauh manakah pengorbanan yang telah kita zahirkan?
Masih berterusan?
Ataupun sudah terhenti?
TEPUK DADA, TANYA IMAN.
Dan sesungguhnya pengorbanan itu indah sifatnya..
..........................................................................

"Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil) dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): Sesungguhnya aku akan membunuhmu!. (Habil) menjawab: Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa."
Al-Ma-idah: 27
Kisah yang dipetik dari Al-Quran ini..
benar-benar mengajar kita erti pengorbanan yang sebenar..
Sejauh manakah kesungguhan kita menyatakan pengorbanan..
dan pengorbanan yang sebenarnya..
pengorbanan yang ikhlas..
Itulah pengorbanan yang diangkat oleh Allah..
Sebagai pengorbanan YANG DITERIMA..
Lantas bermonologlah pada diri..
"apakah pengorbananku diterima?"
...............................................................................

Dengan pengorbanan...
Maka terhapuslah sifat kesombongan dan keegoan..
Dengan pengorbanan..
Akan terbinalah satu ikatan persaudaraan yang sangat kukuh..
Dengan pengorbanan..
Kita akan benar-benar mengenal ni'mat kehidupan pada MEMBERI..
Dengan pengorbanan..
kita benar-benar mengiktiraf diri kita..
sebagai hamba kepada Yang Maha Pencipta..
Pengorbanan terasa sangat indah..
Jika kita benar-benar memahaminya..
Pengorbanan terasa sangat indah..
walaupun jalan-jalan untuk menzahirkannya..
perit dan menyakitkan..
Oh! beruntunglah mereka yang SEDIA berkorban..
IKHLAS hanya kerana ALLAH SWT..
KAMU BERSEDIA?
p/s: Salam 'Eidul Adha dari saya Muhammad Ajwad bin Amaluddin sekeluarga.. :)
Friday, November 12, 2010
Naungan di Mahsyar

Di saat huru-hara..
Kelam-kabut...
Suasana yang sangat dahsyat..
Ibu lari dari anaknya..
Suami lari dari isteri..
Masing-masing memikirkan tentang diri-sendiri..
"Bagaimanakah aku ini?
bagaimanakah amalanku?
bagaimana aku akan berhadapan dengan Allah?"
Itulah keadaan yang sangat mengerikan di padang Mahsyar..
tempat dimana amalan baik dan buruk akan dihisab...
Banyak baiknya..
mudahlah perjalanannya ke syurga..
Banyak buruknya..
Panjanglah tempoh perhitungannya di hadapan Allah SWT..
Namun Allah Maha Penyayang..
Ada 7 GOLONGAN yang akan dinaungi Allah dari terik Mahsyar nanti..
Siapakah tujuh golongan itu?
ikuti sedikit bingkisan ini..
Moga menjadi renungan buat semua pembaca..
....................................................................
1. Pemimpin Yang Adil

2.pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah

3.lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid

4.dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah

5. seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”

6. seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya

7. seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Tuesday, November 9, 2010
ASAP Yang Meliputi Dunia

"Maka tunggulah hari ketika langit membawa
asap yang nyata yang meliputi seluruh manusia.
Inilah azab yang pedih."
(Surah Ad-Dukhan: Ayat 11)
Antara tanda kiamat yang akan berlaku di akhir zaman..
ialah Ad-Dukhan(asap)..
Asap yang akan meliputi seluruh isi dunia..
Akan berlaku pada satu pertengahan Ramadhan..
asap hitam meliputi seluruh alam..
menghalang cahaya matahari..
Lalu membiak buas virus dan bakteria..
Membawa penyakit berbahaya..
maka beruntunglah bagi ORANG BERIMAN yang berpuasa..
Allah lindungi mereka dengan amalan itu..
dan binasalah orang yang mendustakan Allah..
mereka menghidap pelbagai jenis penyakit..
akibat keingkaran mereka..
terhadap janji-janji Allah..
Dan aku sangat yakin..
Ia belum berlaku...
Bila?
Hany Allah sahaja yang tahu..
Dan itu benar-benar merisaukan aku..
Ya Allah, kau peliharalah imanku..
Sumber:
buku "ARMAGEDON 2012: Bencana Akhir Zaman",
Tulisan Muhammad Alexander,
Penulis bestseller "Yakjuj Makjuj",
keluaran PTS

Subscribe to:
Posts (Atom)
VIEWS METER
About Me
- ajwadaie
- Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
Followers
Popular Posts
-
Kisah ini adalah berdasarkan kisah sebenar. Jika anda pernah atau sedang berada didalamnya, saya mengajak kita semua bermuhasabah. Mudah-mud...
-
"Maka tunggulah hari ketika langit membawa asap yang nyata yang meliputi seluruh manusia. Inilah azab yang pedih." (Surah Ad-Dukha...
-
VERSI SATU Sayyidina Ali bin Abi Talib . Sahabat nabi yang sangat cerdik dan luas ilmu pengetahuannya. Jelas terbukti kecerdikan menantu dan...
Powered by Blogger.


