Saturday, September 25, 2010

Diskusi Ilmu di Rumah Terbuka



Hari Sabtu..

25 September 2010..

Cuaca hari ini tidak menentu..


Sekejap panas..

Sekejap hujan..

Sekejap nyaman..


Hari ini juga..

saya bersama teman-teman..

Sibuk dengan rumah terbuka..

seperti orang korporat..

Padat sungguh jadual rumah terbuka..

yang perlu dihadiri..


Dan keesokan harinya..

pasti juga sama..

hujung minggu yang sesak..


dan yang pastinya..


Di antara ramai teman-teman..

Hafiz juga yang sudi menjadi penumpang motorku..

Terima kasih Hafiz..

sudi menemani..


Bukanlah Hafiz tak ada motor.

Cuma motor sedang digunakan oleh adiknya, Aiman...

Juga atas tujuan yang sama, OPEN HOUSE.


Kesempatan ini..

ku ambil..

Supaya dapat banyak masa untuk berbicara dengan Hafiz, rakan sinergiku..


Semestinya..

Disebabkan saya yang jenis suke bercakap..

terlebih dahulu akan membuka tajuk...


" Hafiz.. ana tersentuh bila tengok TANYALAH USTAZ malam tadi..

ustaz itu ada kata.. 'Kita apabila berada dalam kedudukan menyampai..

pertama sekali.. niatkan apa yang kita sampaikan itu..

untuk diri kita sendiri.. bukan untuk siapa-siapa.. sama ada orang yang kita sampaikan itu..

terima atau tidak.. itu dalam lingkungan kuasa Allah...'"


Aku meluahkan apa yang tersimpan. Dan apa yang kutonton malam tadi.


"hhhmmm.. benar tu ajwad.. kadang-kadang.. kita ni terlampau mengharap orang lain berubah..

tapi kita lupakan KITA. Kita lupa nak niatkan untuk kita..."


Hafiz memberi komentar.


"Mungkin itu yang menyebabkan da'wah kurang berkesan.. kerana kita lupa nak pulangkan..

apa yang kita sampaikan kepada diri sendiri.. Kita menyampaikan supaya dia berubah.. Apabila dia tidak menerima.. Kita memberontak.. Seolah-olah..

kita yang berkuasa memberikan hidayah!"


"Na'uzubillah.. Semoga kita sentiasa dipelihara Allah.. dikurniakan sifat sabar dalam berda'wah..

diberi hikmah dalam berkata-kata.. Soal hidayah.. seluruhnya kita serah kepada Allah.."


"Ameen.. Insya Allah!"


Diskusi kami terhenti disitu. Perjalanan untuk rumah seterusnya disambung..

Berat sebenarnyanya... melihat kawan-kawan yang mendedahkan aurat..

kata-kata yang kesat.. Seringkali diperlihat apabila menghadiri rumah terbuka..


Namun, kami tekad..

Untuk mengaut berkat ziarah...

dan menghormati jemputan rumah terbuka..


kami tetap akan terus berdoa..

Kerana hidayah Allah itu..

berhak untuk sesiapa sahaja...




Friday, September 24, 2010

Tempat Selepas Neraka?


Alhamdulillah..

Saya amat gembira sebenarnya..


Kerana sudah hampir sebulan saya menerima satu kaedah baru..

untuk menambah ilmu..


Bukanlah kaedah baru..

Cuma Allah BARU beri saya petunjuk..

untuk buat mende ni.. hehe


kaedah itu ialah..

dengan men"download" ceramah-ceramah berbentuk mp3

ke dalam telefon bimbit..


Kadang-kadang..

rasa menyesal juga..

kenapa la aku tak buat dari dulu lagi..


tapi Allah itu Maha Hebat aturan-Nya..

dan hamba-Nya langsung tidak dapat menjangka..

kerana hidayah-Nya mendahului segalanya..


Oleh itu, post kali ini mengabadikan tentang apa yang telah saya perolehi

dari kaedah ini.




Dan saya lebih memilih untuk mendengar ceramah Ustaz Shamsuri Haji Ahmad,

seorang penceramah yang terkenal di Malaysia terutama di negeri-negeri utara.


Ceramahnya sudah lama diikuti dari dulu lagi.


Dan telah dirakam dan dijual berupa kaset.

Dan kini diikuti dengan CD.


Saya suka ceramahnya kerana loghat utara yang menghiburkan...

Dan bentuk ceramahnya yang sungguh santai..

Yang pastinya, sangat menyentuh hati..


Selamat membaca post kali ini!







Kita semua sedia maklum..

dan mungkin kefahaman itu kita terapkan sejak kecil lagi...


Jika kita..

seorang muslim yang melakukan dosa...

kita perlu menghadapi siksaan neraka terlebih dahulu untuk beberapa tempoh..

barulah kita dibenarkan untuk masuk ke syurga..


dan ada kawan saya kata..


"Nanti bile masuk syuge kan..

ade kesan bekas luke..

menunjukkan die ahli nerake..!!"


selalu saya dengar macam tu.


Namun melalui kuliah Ustaz Shamsuri..

saya mendapat satu lagi ilmu baru.


Kata ustaz shamsuri..

melalui satu hadis nabi..

mafhumnya..


seorang muslim yang dimasukkan ke neraka terlebih dahulu..

Apabila selesai tempoh hukumannya..


Dia akan dibawa di satu kawasan tempat tinggi yang bernama Qamtarah.


Di tempat itulah akan dijalankan satu hukuman yang dipanggil HUKUMAN QISAS.


Hukuman Qisas ini ialah hukuman yang dijalankan kepada manusia setimpal dengan dosa yang dilakukan sesama manusia.


Contohnya didunia kita pernah memukul orang, di sana kita akan dibalas semula dengan

perkara yang sama kita buat.


Hal ini menunjukkan Neraka merupakan tempat yang akan dibalas segala perbuatan dosa yang belum selesai dengan Allah.


Manakala Qamtarah adalah tempat siksaan di atas perbuatan dosa yang belum selesai sesama manusia.


Dengan jelasnya kita dapat simpulkan bahawa Allah itu Maha Adil.

Setiap perbuatan dosa..

walaupun sekecil zarah sekalipun..


tidak akan terlepas dari pengetahuan-Nya.


Di sini juga kita dapat simpulkan betapa pentingnya kita menjaga hubungan dengan Allah.

Dan menjaga hubungan dengan manusia..


Janganlah kita berada dikalangan orang yang zalim..

janganlah kita melanggar perintah Allah..

jangan sesekali berani!


Jangan terdetik di hati kita untuk menganiaya orang..

Jangan terdetik dihati kita untuk berdendam dengan orang..


Itu semua kan membawa payah di akhirat sana!

Ketahuilah..

perjalanan di sana pastinya lebih panjang..

Mahukah kepanjangan itu penuh dengan penyiksaan?






Friday, September 17, 2010

Kita SUKA, Allah SUKA!




"Janganlah beribadah kerana KITA SUKA..

Selalunya tak kekal lama..

Beribadahlah kerana ALLAH SUKA..
...
Pastinya istiqamah (berterusan) dan terasa 'manis'nya..

Walaupun..

Pelbagai cabaran datang melanda..."


------------------------------------------------------------------


Seronok ingin saya menghuraikan kata-kata hikmah di atas...

Apa beza antara Ibadah "KITA SUKA" dan... "ALLAH SUKA"??


Secara mudahnya..
saya ambil contoh SEMBAHYANG BERJEMAAH DI MASJID..


Dahulu sewaktu kita kecil..
Kita selalu ikut ayah kita..
sembahyang berjemaah di masjid..

kalau tertinggal, mula lah nak merajuk..
payah pula si ayah nak pujuk..

Kenapa?
Sebab KITA SUKA ke masjid..

Namun bila meningkat remaja..
Bila meningkat dewasa..
Hubungan kita dengan masjid..
Makin lama makin renggang..
Makin renggang..
makin renggang...

Persoalannya,
mana hilangnya "KITA SUKA" itu??

----------------------------------------------------

Saya beri contoh lain..
Kita ini memang kaki ke masjid..

lagi-lagi..
masjidnya ada air-cond..
Huh! kalau dapat tidur terus memang best..

Suatu hari..
Kita pergi masjid..
Ya, seperti biasa..
Ingin menunaikan solat berjemaah..

Tidak semena-mena,
Bekalan elektrik di masjid terputus..
Pihak masjid awal-awal lagi sudah memberi pengumuman...

"Maaf, para jemaah.. Masjid sedang mengalami gangguan bekalan elektrik..
Kami mohon maaf, sebelum baik pulih selesai.. kita terpaksalah berpanas dahulu ya.."


Maka,
berbondong-bondonglah keluar ke masjid..
ingin solat dirumah..

Persoalannya, mana menghilangnya rasa "KITA SUKA" itu?
Mana?


--------------------------------------------------------


Jadi, berbaliklah kepada baris kata "ALLAH SUKA.."

Benar..
Apa yang KITA SUKA.. Juga perlu disandar kepada ALLAH SUKA.

Tidak boleh hanya kita suka!
Kerana apa?
Kerana tak kekal lama..

Kita rasa malas.. rasa terbeban.. rasa.. macam-macam rasalah!
pelbagai alasan direka..
untuk mengelak daripada melakukan ibadah..

Oleh itu sandarkanlah kepada ALLAH SUKA..


-----------------------------------------------------------


Jikalau kita lakukan ibadah kerana Allah suka..
Hendak melangkah ke masjid pun..
Tidak ada masalah...
kerana dalam hati kita..

"Aku ke masjid ni.. nak sembahyang berjemaah..
Allah suka orang yang sembahyang berjemaah....
Pahalanya pun berlipat kali ganda...!

Daripada aku sembahyang sorang-sorang..
banyak gangguannya..
dan belum tentu aku khusyuk..
dan belum tentu ALLAH terima solatku..!

Sembahyang jemaah..
ada juga kelebihannya..
kekhusyukan seseorang itu..
boleh menampung kekhusyukan orang lain..
kan bagus tu!"


Lihat.

Seperti kes letrik terputus tadi...
hayati dialog dibawah..

" Hhhmm.. takdak letrik pulak dah...
takpe lah.. yang penting solat berjemaah..
buat perkara yang Allah suka..
Rasulullah pun suka!

Aku ke masjid ni pun..
bukan nak sembah keselesaan..
Aku nak sembah Allah tuhan Pencipta..
Ya Allah, Engkau tetapkanlah hatiku..
Hanya untukMu..

Moga dengan kepanasan ini, Ya Allah..
Kau gugurkanlah dosa-dosaku..
yang tak terhitung banyaknya...

Ya Allah.. ampunkanlah dosaku......"


Jadi buatlah pilihan..

KITA SUKA?? atau.. ALLAH SUKA???




Tuesday, September 14, 2010

Memori Aidilfitri di Utara





" Apa tu, ajwad! silap tu...! pusing lagu ni...."

"lailaha illallah... macam mana boleh jadi macam tu??"

"awat hang terketaq-ketaq (terketar-ketar)??

"cuba lagi! cuba lagi!!"


Kadang- kadang dia hanya tersenyum, ketawa kecil.

Itulah paksu ku..
nama sebenar beliau Ikhsanuddin.
Dia yang paling bongsu sekali dalam adik beradik abah.


Usaha keras paksu nak ajar saya macam mana hendak
membikin "KETUPAT PALAS".

Bukan tak pernah di ajar..
Namun kali terakhir masa saya di Tingkatan 1!!!
macam mana nak ingat... hihi.

Kenangan itu takkan saya lupakan..
Tok (nenek) pernah cakap..

"esok bila tok dah takdak.. hangpa la cucu-cucu tok..
nak sambung buat benda-benda ni..
siapa lagi nak buat..."

Namun..
tidak akan sama dengan air tangan tok..

-------------------------------------------------------------------------------






Kenangan seterusnya..
yang takkan saya lupakan seumur hidup saya..
Apabila dapat bertandang ke rumah..
seorang ulama' Perlis..

Beliau terkenal dengan panggilan Ustaz Soleh.
Seindah namanya..
Dia orang soleh yang sangat peramah dan pemurah.

Tutur katanya..
Cara ustaz Soleh melayan tetamu..
Seperti dah lama kenal dengannya.
Kami sekeluarga amat menyenanginya..

Ustaz menghidangkan kami dengan pelbagai jenis buah-buahan..
yang sebahagian besar tak pernah saya lihat..
Berikut ada beberapa gambar yang boleh dikongsi..









ada yang namanya buah markisa, buah cermai labu, dan berbagai-bagai nama lagi lah..
langsung tak pernah dengar.

tapi itulah kenangannya bersama Ustaz Soleh.

Dan yang paling penting,
Ustaz Soleh sempat juga mendoakan kami sekeluarga..
Semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.

Jazakallahu khairan kathiran, Ustaz Soleh!!

-----------------------------------------------------------------------------------


Di kesempatan ini juga..
Saya sekeluarga ingin mengucapkan..
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin..
Kepada semua pengnjung-pengunjung ajwadaie.blogspot.com..

Mohon maaf diatas segala salah laku...
terkasar bahasa..
Dalam keadaan sengaja..
mahupun tidak sengaja...

Harap diampunkan..
Dan tidak ada yang lebih bermakna dari ucapan...

"KULLU 'AM WA ANTUM BIKHAIR!!!"

"SEMOGA SEPANJANG TAHUN INI KALIAN BERADA DALAM KEBAIKAN!!"




Saturday, September 4, 2010

Keranamu QIAMULLAIL


Naluri nafsuku..

Memang menolak semua itu..

Mengantuk.. memberontak.. terpaksa..

bercampur-baur..


Mataku waktu itu..

Seperti dihimpap benda berat..

aaaahh!!

Namun dipaksa juga menongkat..



Berlawan pula dengan air mengalir..

Menyucikan diri menghadap Ilahi..

Tak tertahan sejuknya..

Namun..

Tak ku sangka diakhirnya..

Kau pujuk hatiku..

Kononnya merajuk...


Kau siraminya dalam kesejukan malam..

Kau bawaku kembali mengenang dosa silam..

Hingga mengalir air mataku..

Air mata taubat keinsafan..

Membasuh percikan dosa dalam hati..

Hati yang memikul seribu tanggungjawab...

ditanggung... maka akan dijawab dihadapan Allah!


Allahu akbar..

Maka diambil peluang..

Duduk sebentar..

Menghadap-Mu..

Penuh makna..

Terima kasih ya Allah..


kerana mengurniakan QIAMULLAIL!

_____________________________________________



"Adoi! banyaknye nyamuk kat surau ni!! huh! tension betul...."

aku merungut.

Sedari tadi, nyamuk tidak henti-henti mencucuk batang tubuhku.

Seribu kali marah pun, langsung tidak menginsafkan si nyamuk.


"Alah, wad.. malam-malam ni la diorang kenduri..
darah halal.. mesti sedap..
lagi-lagi darah orang nak beribadat..
uuuuiiii..... menyegarkan..!"

Aliff berceloteh.

Kami semua ketawa.


Alhamdulillah.
malam 25 Ramadhan yang lepas..
kami mengambil peluang beriktikaf di surau.
amalam qiamullail ini terus istiqamah kami lakukan..

Bukan sekadar di bulan Ramadhan..
malah dibulan-bulan yang lain sebelum ini..
Alhamdulillah..

"La haula wa la quwwa ta illa billahil 'aliyyil 'azim...!"

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah!



VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga