Sunday, August 8, 2010

Hikmah Ramadhan: Kembali PadaMu..

Ramadhan bakal tiba tidak lama lagi..
Membuatkan aku..

teringat Ramadhan yang sudah berlalu..
Ramadhan yang sangat indah bagiku..

Ramadhan yang...
telah "mengetuk" pintu hatiku..

Waktu itu..
tinggal beberapa minggu lagi..
Ramadhan akan tiba..

Aku..
masih dibuai mimpi dunia..
terus bergelumang dosa..
bangga....
dengan kejahatan yang dilakukan..

Dan pada waktu itu jugalah..
Allah telah hantar "dia"..
untuk menegur diriku..
dan dirinya..

"Ajwad..
kita sudah jauh menyimpang..
marilah..
kita patah balik..
masih punya masa..."

Katanya padaku..
sayu..
dengan harapan..
aku memahami maksud dihatinya...

aku tunduk..
malu...

aku selama ini..
tak sedar rupanya..
aku JAUH DARI-NYA!

namun..
kehadirannya..
kembali memimpin tanganku..
ke jalan yang benar..

Suatu hari..
di sepertiga malam yang hening...
waktu itu..
di hujung Ramadhan...

aku berjalan seorang diri..
dia telah mengajakku...
untuk sama-sama..
berqiamullail..
di surau..

hatiku rasa lapang sangat..
tak pernah aku rasa selapang ini...

waktu itu..
suasana seakan-akan..
memujuk..
hati yang berdosa ini..

aku..
hampir menitiskan air mata..
namun ku tahan...
aku terus berjalan....


setibanya di surau..
dia telah menunggu..
dengan senyuman..

aku membalas..
tenang rasanya..

seorang ustaz..
telah bersedia..
untuk memimpin qiamullail..

aku tekad..
menyerahkan seluruh jiwa dan raga kepada-Nya..

tatkala imam membaca doa..
aku tidak mampu lagi bertahan............

"Ya Allah! Kau ampunkanlah kami! kami hamba-hambaMu yang sering lalai....
sering bergelumang dengan dosa....

Apakah layak kami untuk memasuki syurgaMu??
Apakah sanggup kami menerima azab nerakaMu??!!

Ya Allah....
Ya Allah..
ya Allah....

bawalah kami.. berikan lah peluang kepada kami.. tunjukkanlah kami jalan...
untuk KEMBALI PADA-MU!"

air mata kubiarkan mencurah..
memang selayaknya..

sekian lama aku biarkan hati ini gersang..
tanpa mengingati-Nya!

sekian lama kubiarkan hati ini sengketa...
tanpa mengubatinya!

Ya Allah..
manusia bagaimanakah aku ini......


Kau ampunilah aku....

(terima kasih Ya Allah.. kerana telah menghantar mereka.. untuk Kembali PadaMu..)


0 comments:

VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga