Tuesday, August 17, 2010

Bicara Tentang NAFSU





Nafsu merupakan "MUSUH yang kita CINTAI"

Apa yang nafsu suka, kita pun suka...

Kenapa??
Kerana nafsu itu ada dalam diri kita!

Kita cuba untuk mengawalnya..
Namun kadang-kadang gagal..

Nafsu makan, nafsu seks, nafsu "kebendaan"(material) dan sebagainya..

Hingga nafsu ini dikatakan lebih susah dilawan berbanding syaitan!
kenapa?

Kerana nafsu menentang dari dalam diri kita..
Syaitan pula menghasut dari luar..

Lalu..
mana satu lebih sukar?

Musuh berhadapan..
ataupun musuh dalam selimut?
fikir-fikirkan..



NAFSU TIDAK BOLEH DIHAPUS!!!
namun ia boleh DIURUS.

Bagaimana hendak mengurus nafsu??

haaaa...

ada 3 cara..
cuba try dulu.


Pertama.. kita perlu melemahkan kekuatan nafsu...
Kita kurangkan makan... kurangkan minum..
sure, nafsu nak wat jahat pun tak larat..

Kedua.. kita perlu bebankan nafsu dengan ibadah..
dengan solatnya.. tadarusnya.. solat sunatnya.. bersedeqah..
Wah! dah la lapar.. kena beribadah pula..
pasti nafsu akan tunduk..

dan yang ketiga...
banyakkan DOA kepada Allah, Tuhan Sang Pencipta..
Supaya sentiasa memberi pertolongan kepada kita..
untuk mendidik dan mengawal nafsu..
Sesungguhnya Allah lah sebaik-baik Penolong..


Apa yang saya ingin simpulkan daripada ketiga-tiga kaedah ini ialah..
ketiga-tiganya berkaitan dengan Puasa di Bulan Ramadhan..
betul tak?

Menahan diri dari lapar dahaga, menahan pancaindera dari melakukan
perkara yang mungkar, menyibukkan diri dengan ibadah dan banyak berdoa..

Jadi tunggu apa lagi?
Jangan sia-siakan Ramadhan anda..
inilah masa paling sesuai untuk mendidik nafsu..

Ayuh, perangi nafsu kita bermula dari bulan Ramadhan yang mulia ini!


Sumber: Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Surau Al-Mustaqim



1 comments:

azril said...

Asalamualaikum Saudara

Satu huraian yang lengkap tentang NAFSU

Terima Kasih kerana sudi berkongsi

Semoga Allah membalas jasa baik saudara

VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga