Friday, October 1, 2010

Sabar dan Redha



"Assalamu'alaikum!"


Tiba-tiba ada satu suara memberi salam.

aku menoleh ke arah pintu kelas.


"Eh, wa'alaikumussalam!"


Rupanya suara itu milik Adri.

Dia terus menuju ke arah tempat dudukku.


Kami berjiran.

Kelas Adri cuma bersebelahan sahaja dengan kelasku.

Kelasku 4 Eris.

Kelas dia 4 Kejora.

Kami tingkatan 4!


Hatiku terus berdetik.

Mesti kelasnya sekarang tak ada cikgu.

Kalau tidak, takkanlah sewenang-wenangnya

dia bertandang ke kelasku.


Aku tersenyum melihat senyumannya.

Dia mengambil tempat duduk di sebelahku.


"Ape yang membuatkan enta datang ke mari?


Aku terus mula bicara pada persoalan utama.


" Ana ada hal nak cakap ngan enta ni..."


Katanya sambil tersenyum. Namun bunyinya serius.


"Huh? Hal apanya?"


"Begini......."







"Semua benda yang ana buat.. Kebanyakannya dalam keadaan terpaksa. Perintah Allah tu tetap ana buat... tapi.. rasa macam.. perintah Tuhan yang ana buat tu.. penuh dengan sabar dan terpaksa.."


Luah Adri.

Aku hanya memandang meja.

Mendengar dengan teliti.


"Ana harap enta ada pesanan buat ana.. ana sangat memerlukan.."


"Hhhhmm...."


kusut fikiranku memikirkan solusi yang sesuai untuk Adri.

Lama benar aku berfikir.

Sebenarnya waktu itu aku sedang menelaah buku teks Biology.

Dengan secara tiba-tiba ilham itu datang.

Aku ada jawapannya!





"Enta nampak tak apa yang ana tengah buat sekarang ni?"


Aku bertanya.


"eerrkk... bace buku teks Biology??"


"Ya betul!!"


"Jadi.. apa kena-mengenanya?"


"Apa kena-mengenanya? Ana baca buku teks ni sebab terpaksa tau tak! Exam nak dekat ni..!"


aku berterus terang tanpa selindung.


Adri ketawa besar.


"Dan itulah jawapan ana untuk enta... ana bace buku.. sebab takut exam nak dekat...

enta lakukan perintah Tuhan.. semestinya sebab takutkan kemurkaan-Nya.. walaupun terpaksa!"



"Owh.. haha.. tapikan.. tak seronok la macam tu.."


"hhmmm.. betul.. ada satu perkara lagi ana nak cakap..."


"Apa dia..?"






"Manusia secara tidak langsungnya terlibat dengan dua fasa. Fasa pertama ialah SABAR. Dan fasa kedua ialah REDHA.


SABAR.

Banyak benda kita buat dengan penuh rasa sabar.


Kena baca buku.

Sabar.


Kena ejek, kena maki..

Sabar.


Kena marah.

Sabar.


Tapi hati tetap panas..

perasaan nak balas balik itu tetap ada.

Namun takkan sekali kita lakukan.

Sebab kita tahu.. kita dalam situasi sedang bersabar..

Kita pun kata..


"sabar jela... hari ini bukan hari aku!"


Hari esoknya tetap sama.

Penuh dengan sabar.

Penuh dengan kemasaman muka!


Bukankah sabar itu bagus?


Memang betul sabar itu bagus.

Namun sabar yang terlalu lama boleh menjadi HILANG SABAR!

sudah tiba masanya kita melangkah ke fasa kedua.

Itulah REDHA!


Apa maknanya sabar bertukar redha?

Begini.

Ana bagi contoh.


Kita memang suka subjek Biology. Seronok belajar Biology.


"Hhhmm.. bestnya baca buku Biology. Banyak benda aku dapat tahu.

Dan sememangnya cita-cita aku ingin menjadi seorang doktor!"


Lihat bagaimana kita mempositifkan minda kita.

Dari sabar, bertukar redha!


Contoh lain.

Kita ni tiap-tiap hari kena ejek.

Kena maki dan sebagainya.

Namun bagaimana kita mempositifkannya menjadi REDHA?


"hhhmm.. takpelah.. mungkin diorang tak faham..

salah aku juga.. tidak memberi nasihat.. biar sahaja telinga berasap..

jika apa yang mereka katakan kepadaku itu benar, aku perlu perbaikinya..

namun jika salah, pedulikanlah.. semoga Allah membuka hati mereka.."


ana tahu.. memang mudah diungkap..

tapi tak mudah dilaksanakan..

tapi yang penting itu usaha!

Teruslah enta melakukan ketaatan kepada Allah..

INSHA ALLAH..

kemanisan dalam beribadah itu akan datang...

kita ikhlaskan sahaja..

percayalah...


"Terima kasih, ajwad.. serba sedikit terlerailah juga konflik di hati..."


"Alhamdulillah... sebenarnya keberanian enta meluahkan itu.. yang memberi ketenangan..

Kadang-kadang.. Luahan sahaja boleh menyelesaikan masalah."


"Oh betul ke? Okeylah ajwad.. nak balik kelas.. terima kasih taw!

Assalamu'alaikum!"


"Wa'alaikumussalam.."


Aku meneruskan pembacaan.

Buku teks Biology.

Masih terpaksa??


(hehe...)



0 comments:

VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga