Tuesday, February 8, 2011

Bersabarlah Remaja...




"Dan janganlah kamu menghampiri zina,
sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan
yang keji dan satu jalan yang jahat
(yang membawa kerosakan)."

Al-Israk: 32



Tamat waktu persekolahan.

Termenung lama aku tatkala melihat
sepasang "pasangan remaja bercinta"..

Berjalan seiringan..
Saling berpandangan..

Dari jauh kelihatan mereka sedang berbicara
kata-kata manis..
Dapat digambarkan melalui senyuman mereka..

Sehinggakan orang disekeliling..
Seolah-olah tidak wujud di bumi serba luas ini.

Dalam hatiku berbisik..

"Indahnya 'dunia' mereka..."

kemudian aku tersenyum keseorangan.

entah bagaimana hari itu..
Aku berminat ingin mengkaji apa aktiviti mereka
selanjutnya..

Aku batalkan segala perancangan yang "telah dirancang"..
hanya untuk mengkaji pasangan dua sejoli ini..

Apakah yang mereka lakukan agaknya?


................................................................






Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir,
maka jangan sekali-kali bersendirian dengan
seorang perempuan yang
tidak bersama mahramnya,

kerana yang ketiga ialah syaitan"

(HR Ahmad)



Mereka terus berjalan.

Aku mengekori dari belakang.

Dah macam ejen perisik gamaknya..

Aku muat turun segala maklumat ke dalam otak..
yang boleh aku perolehi
daripada mereka..

OK.

Mereka berdua tingkatan 5.
Kedua-duanya sedang menggalas beg sekolah...

Kawasan: masih berada dalam kawasan sekolah..

Berpakaian sekolah.

Lelaki: 156cm tinggi.
Perempuan: Kurang beberapa cm dari tinggi aku.

Lokasi dituju: oh.. belum di kenal pasti.. teruskan mengintip!

Mereka menaiki tangga
sehingga ke tingkat dua.

Berjalan di koridor, kemudian menuju ke....

PERPUSTAKAAN!

apa?
perpustakaan?

wah! mereka 'study' bersama rupanya.
sungguh hebat pasangan ini..

study sama-sama..
buat kerja sekolah sama-sama..

sekali lagi hatiku berbisik..

"indahnya 'dunia' mereka.."

mereka mengambil tempat di sebuah meja.
Saling menghadap antara satu sama lain..

Aku mengambil tempat di sebuah meja kecil.
Jauh sedikit dari tempat mereka.

Mengambil sebuah buku sejarah yang membosankan..
Sekadar berpura-pura membacanya..
Sekali-sekali aku menjeling ke arah mereka..

OK.

mereka mengeluarkan buku Latihan Matematik Tambahan.
hampir serentak..

seperti biasa..
senyum-senyum..
gelak-gelak..

apa yang kelakar pun aku tak tahu..

dan mereka mula "mengerjakan" buku latihan itu..
Namun selang beberapa minit..

buku latihan sudah menjadi 'hiasan'..
pensel tekan sudah selamat disimpan..

yang tinggal sekarang hanyalah perbualan panjang..
yang membuatkan 'ejen perisik' mula mengantuk
dan bercadang ingin berhenti kerja.


"jangan mengalah..! teruskan mengintip!"

banyak lagi yang perlu aku tahu..
tentang apa kebahagiaan sebenar yang dimiliki "couple" ini..

Ejen perisik bercadang untuk berehat dulu..
(maksudnya tidur).

sementara menunggu perbualan mereka tamat.

"Sweet dream!!"

.............................................................





"Bangun!! bangun!"


Aku mengusap mataku perlahan-lahan.

Alamak! kerani perpustakaan!

"Oh! ini rupenye keje awak eh..
tido dalam library!"

Aduh! malunya.
Kelihatan beberapa pelajar perempuan di sudut perpustakaan
sedang ketawa terkekeh-kekeh.

Sempat juga aku menjeling ke arah meja tempat couple tadi
bersembang..

haaa? da takde!??

Ke mana mereka pergi?

Lama sangat ke aku tidur?

"errkk.. maafkan saye cikgu.. tak sengaja.. thehehe.."

Kemudian aku segera bangkit dan beredar dari
perpustakaan.

Mata aku melilau di sekitar koridor..
mencari kelibat pasangan itu.

tak jumpa!

Dengan pantas aku menuruni tangga.
budak-budak form 1 yang sedang membawa buku
yang banyak cuba menghalang jalanku.

"ke tepi!"

dengan kepakaran yang ada aku mencelah
di antara mereka.

Aku terus melompat menghabiskan baki anak tangga
yang belum aku jejak.
Berlari terus menuju ke lobi.

fuuhh..
dah macam filem "Ong Bak" da..


yes!
aku dah nampak mereka.

mereka berjalan perlahan menuju ke luar
pagar sekolah.

"tunggu aku!"

jeritku dalam hati.
dengan harapan mereka mendengarnya.

Aku berjalan laju..
cuba menghampiri mereka..

mujur.
mereka hanya mahu lepak di hadapan
pagar sekolah.

Jam menunjukkan pukul 3.30 petang.

Aku sengaja duduk di atas motorku
ditempat parking..

supaya aku boleh perhatikan gerak-geri mereka.

Aku renung lama-lama.

Si lelaki mula perasan ada "orang" sedang memerhati..
Kemudian dia memandang tepat ke arahku!

Aku yang sedang panik berpura-pura memulas
handle minyak sedangkan enjin belum dihidupkan.

Menyedari perkara itu..
aku meniru gaya bunyi motor.

"Vrroomm.. Vrroomm...!"

Lelaki itu memandang sinis kemudian
kembali berbual dengan kekasihnya.

Aku tahu..
mesti sempat dia labelkan aku "orang gila".

Aaarrgghh!!
biarkan..


**********************************





Selang beberapa minit,
sebuah kereta berjenama BMW
dari jauh sedang menghampiri pintu pagar
SMK Saujana Utama.

Lelaki tadi tidak semena-mena
beredar meninggalkan si perempuan.

tanpa salam, tanpa kata-kata akhir!

aku hairan.
Kenapa pulak ni?

OH!

Rupanya pemilik kereta BMW itu
adalah ayah kepada si perempuan.

Si ayah datang untuk menjemput
anaknya pulang.

Tapi..
kenapa si lelaki berlalu?

Bukanlah lebih baik dia beri salam..
beri kata-kata terakhir pada kekasihnya?

Bukankah lebih baik..
dia berjumpa sebentar dengan "bakal bapa mertua"nya..
bertanya khabar dan sebagainya?

Atau..
bukankah lebih baik..
dia meminta izin kepada ayah si perempuan..
untuk membawa si perempuan pulang ke rumahnya..
tinggal sehari dua?

Kenapa?
si ayah tidak tahukah hubungan di antara mereka?

Hubungan yang untuk beberapa ketika tadi..
ku lihat indah dan bahagia..

kenapa terhenti disini?


.................................................................





"Bersabarlah remaja..

"Remaja" merupakan satu tempoh masa
yang dipenuhi dengan pelbagai ujian dan dugaan.

hatta keseronokan itu juga menjadi "ujian"
yang Allah timpakan kepada kamu..

Remaja..
Berhati-hatilah kamu dalam menempuh ujian ini..
Teruslah pelihara imanmu..

Kerana IMAN sahajalah yang mampu menjadi
"security" kamu untuk terus survive di bumi sementara ini...

Jika IMAN kamu terus jatuh merudum..
dan kemudiannya terus hilang..

Maka Allah tidak akan ada lagi dalam hati kamu..

Jika Allah sudah tidak ada lagi dalam hati kamu..
Maka kasih sayang Allah juga akan mula menjauh darimu..

dan dari itu..

kamu akan mula menjadi orang yang tidak memahami tanggungjawab..
kamu mengkhianati tanggungjawab!

tanggungjawab kamu sebagai hamba kepada Allah..
kamu lupakan..

Tanggungjawab kamu sebagai seorang pelajar..
kamu pinggirkan..

Tanggungjawab kamu sebagai seorang anak..
Kamu sisihkan..

Remaja..
sedarlah bermula dari sekarang..
sebelum kamu tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi!"


Seorang pendidik meluahkan isi hatinya..
meluahkan harapannya..

Harapan yang tidak akan pernah luntur dalam hatinya..
Ingin melihat remaja bersungguh menongkah arus dunia..
Sehingga akhirnya berjaya menggapai kemuncak ni'mat
di akhirat sana.

Benar kata-kata pendidik itu.
Kelalaian remaja menjadikan remaja
tidak memahami tanggungjawab.

bagaimana itu berlaku?


.....................................................





Ramai remaja yang bercouple
hanya memandang "dunia" mereka
berkaitan dengan mereka 'berdua' sahaja.

Si lelaki tidak pernah terfikir
untuk membiayai hidup si perempuan..

Tidak pernah terfikir untuk memberi
nafkah kepada si perempuan..

Tidak pernah terfikir untuk
menyediakan tempat tinggal untuk si perempuan.

hah!
dan jauh sekali untuk berfikir tentang pendidikan
anak-anak apabila berlaku "kemungkinan" disatukan.

Yang mereka tahu hanyalah memuaskan nafsu cinta..
Hanya sekadar itu sahaja.

Mereka tidak pernah terfikir
untuk menjalinkan hubungan kekeluargaan
di antara mereka..

Pernah tak si lelaki berkata..

"Awak.. saya nak jumpa ayah awak..
manalah tahu.. boleh mengeratkan hubungan
kekeluargaan!"

tak pernah ada.

Si lelaki hanya ingin perempuan itu!
bukan keluarganya.

Di sini ramai perempuan telah tertipu.
Dan akhirnya akibat itu terpaksa
dihadapi oleh si perempuan..

Namun kesalahan ini tidak
patut dihumban pada kaum lelaki
jika kaum perempuan pula bertindak
rela menyerahkan cintanya
untuk dinikmati "orang lain."


Dan itulah yang dimaksudkan
dengan "mengkhianati tanggungjawab".

Semua perkara yang kita "tidak terfikir"
itulah yang kita akan hadapi apabila
sudah berumahtangga.

Namun dimana kekuatan untuk
kita menghadapi "masa hadapan" itu..

Jika pada waktu ini kita sedang mengkhianatinya?

"Alah.. aku couple ni pun.. nak praktis untuk
berumah tangga nantilah.. kau apa tahu..

nanti dah beristeri..
aku buat la betul-betul!"

wah, mudahnya..

Untuk pengetahuan kaum perempuan,
saya nak dedahkan satu rahsia kaum lelaki.

Tolong jangan beritahu mereka.

Majoriti lelaki yang bercouple hanya
ingin menjadikan pasangan 'couple'nya
sebagai "TESTING".

Dan majoriti kaum lelaki juga
langsung tidak berniat untuk
menjadikan couplenya itu sebagai ISTERI!

Isteri mesti dalam kalangan orang lain.

Ini bukan kata-kata kosong saya..
Ini adalah "survey" spontan yang dilakukan..
dan majoriti lelaki mengakuinya.

tak tahulah kaum perempuan macam manakan..


Dan persoalannya..
Perkara "main-main" inikah yang kita
mahukan dalam hidup kita?

Kalau begitu, murahlah kedudukan cinta kita
sebenarnya.

"Ajwad ni.. da sibuk fikir pasal rumah tangga dah..
rileks la.."


Saya tidak memikirkan soal rumah tangga.
Saya hanya menyatakan kerisauan saya tentang
apa yang sedang berlaku ini bakal menghancurkan future
rumah tangga kita!


"Ayah.. ayah.. boleh ayah ceritakan..
bagaimana kisah percintaan ayah dan ibu?"

"Eh.. mestilah boleh... tapi untuk pengetahuan
boboi.. ayah pernah bercinta dengan enam perempuan..

dan ibu kamu adalah yang ke tujuh!"

perkara seperti inikah yang ingin kita
ceritakan kepada anak-anak kita?

sekali lagi saya nyatakan..
saya tidak pernah memikirkan soal rumah tangga.
Saya sangat sedar dimanakah kedudukan saya sekarang...

Cetusan ini hanya mahu meminta pembacanya berfikir..
apa yang kita mahukan pada masa hadapan kita?

Bahagia atau sengsara?

Pesanan terakhir..

"BERSABARLAH REMAJA!"


"Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan
langit dan bumi serta segala
yang ada di antara keduanya;

oleh itu,
sembahlah engkau akan Dia
dan bersabarlah dengan tekun tetap
dalam beribadat kepadaNya;

adakah engkau mengetahui sesiapapun
yang senama dan sebanding denganNya?"

Maryam: 65




1 comments:

SyahidatulHusna :) said...
This comment has been removed by the author.

VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga