Friday, June 3, 2011

"Jalan Ceritaku"




"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan
orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah
(untuk menegakkan agama Islam),

mereka itulah orang-orang yang
mengharapkan rahmat Allah dan (ingatlah),
Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Al-Baqarah: 218



"Woi mad!! sini jap!"

Ahmad.
Baru sahaja ingin menghidupkan enjin motor
sudah ditegur kawan lamanya,
Sufian di seberang jalan.

Rutin baharu Ahmad hari ini.
Beliau ingin menyertai kuliah Dhuha di Masjid Saujana Utama..
Apa salahnya cuti dua minggu..
Isi masa untuk mengisi ilmu di dada.

"Assalamu'alaikum, Sufian!"

"errkk.. wa'alaikum salam...."

Ahmad berjabat tangan dengan Sufian.
Rindu juga Ahmad akan kawan lamanya ini..
Hampir 2 tahun tidak berjumpa..
semenjak Ahmad sudah "berhijrah",
dia jarang berada di rumah.

Tapi ada satu benda yang Ahmad kurang selesa......

"Eh Pian.. kuatnye bau!!"

"bau ape??"

"amboi.. lagi mahu tanye.."

Ahmad hanya mampu tersenyum.

Sufian sedang merokok sebenarnya.
Sengaja disorokkan puntung rokokdibelakang badan..
Segan pula dia dengan Ahmad yang sudah berubah..

"tak perlulah nak sorok-sorok dengan aku..
kitakan kawan.."

Sufian tersengih malu.
Dia mungkin boleh sorok tabiat merokoknya,
tetapi bibir hitamnya tak ada siapa boleh sorok..

Jelas sangat dia perokok tegar..

"Dahulu dia tak macam tu.."
Bisik Ahmad di dalam hati.

"aku segan dengan kau..
kau pun dah alim semacam jer aku tengok.."

Ahmad tersengih.

"yela.. dulukan kau....."

"Pian!!"

Terus Ahmad potong kata-kata Pian.

"Tak perlu cakap..aku tahu siapa diri aku.."

Ahmad kembali mengoyak senyum.

"kita semua ada jalan cerita, Pian..
semuanya Allah dah takdirkan..

Aku tahu..
Jalan cerita aku..
Bukannya bagus sangat.."

Suasana sepi seketika.
Hanya kadangkala angin yang meniup..
Memberi ketenangan kepada penghuni bumi.

"Tapikan Pian..
Allah itu maha Penyayang..

Allah bagi najis macam aku ni..
ruang untuk aku berubah..
Aku bersyukur sangat..
Dan aku takkan berpatah balik.."

Sufian menunduk.

"dan aku tahu..
kau pun boleh berubah.."

Ahmad memandang tepat ke arah Sufian.
Ahmad melebarkan senyum.

Senyum semangat kepada Sufian untuk berhijrah!
...........................................................................





Pagi yang sungguh indah.
Anis masih membetul-betulkan tudungnya
yang berwarna hijau muda itu.
Lantas dia bergerak ke ruang tamu,
melihat cermin dinding besar yang tersedia.

"Alhamdulillah..."

Langsung terbit kalimah itu dari mulutnya.

Hari ini merupakan permulaan yang sangat baik.
Anis tatap wajahnya lama.

Kemudian Anis menadah tangan,

"Allahumma kama..
Hassanta khalqi..
Fahassin khuluqi.."

Ya Allah..
Sebagaimana Engkau mengindahkan rupa lahirku..
Maka Indahkanlah juga budi pekertiku..
Amin.."


Doa melihat cermin yang diajar naqibahnya
langsung tidak dilupakan.

Dia menghela nafas dan tersenyum.

"Anis...."

Anis tersentak.
Tiba-tiba ada suara menyapa.

"Oh, ayah.. buat orang terkejut sahaja.."

Anis memuncungkan bibir.

Ayahnya datang menghampiri lantas memaut bahu Anis.
Diiringi senyuman seorang ayah yang pastinya
penuh dengan kasih dan sayang yang tidak terhingga
kepada anak gadisnya ini.

"Mengelamun jauh nampak.."

Anis tersengih.
Perasan juga ayah akan tingkahlakunya.

"Baguslah.. anak ayah dah berhijrah..
Ayah senang sangat melihat anak ayah sekarang..
Lebih manis.. lebih ayu.."

Si ayah menyakat.

Anis menunduk.
Mukanya merah dipuji begitu.

"Ada-ada sahaja ayah ni.."

"Ayah.. jomlah.. nanti lewat pula Anis ingin ke perpustakaan.
Kawan-kawan dah tunggu disana.."

"mmm.. jomlah.."

Kereta Waja milik ayah dihidupkan enjinnya.
Terus menderu menuju ke perpustakaan.

Di dalam kereta, Anis masih tersenyum keseorangan.
Namun apabila dia teringatkan sesuatu,
senyumannya langsung mengendur.

Ada perkara yang masih dia risaukan..

....................................................................

Pintu perpustakaan dikuak.
Sayup kelihatan wajah dua orang rakannya
di meja belakang.

Hampir sahaja mereka tidak mengenali
gadis bertudung yang baru sampai ini.

Apabila Anis mendekat, barulah....

"Eh, itu Anis lah!!"

Seorang daripada mereka membisik.

Anis menyedari perbuatan rakannya itu.
Dia kurang selesa sebenarnya,
tapi dia berusaha juga untuk
menguntumkan senyum.

"Assalamu'alaikum.."

Anis memberi salam.

"Wa'alaikum salam...."

Mereka menjawab serentak.

Aleesya dan Farisa.
Itulah nama dua orang rakan karibnya.

Aleesya. Berambut kerinting yang telah didandan rapi.
Memakai t-shirt pink dan berseluar jeans.

Farisa pula berambut lurus panjang hingga ke bahu.
Memakai t-shirt hitam.
Juga berseluar jeans.

Ternyata mereka terkejut dengan penampilan baharu Anis.

Bertudung litup menutup bahagian dada.
Berbaju t-shirt lengan panjang yang labuh hingga ke lutut
dan berseluar slack hitam.

Ah! dan berstoking!

Mereka memandang Anis atas bawah.

"Kenapa? macam tengok hantu sahaja."

Anis tersengih.
Hairan melihat Aleesya dan Farisa
seakan tidak bergerak seperti patung.

"takde lah.. cuma terkejut."

Jawab Aleesya.

Farisa cuma menunduk,
kadang-kadang dia menjeling juga ke arah Anis.

"Ok! jom mula buat kerja!"

Anis bersemangat.

Aleesya dan Farisa yang masih dalam
"kezutan" terus tersedar.

"oh.. eerrk.. ya.. jom!"

Anis menguntuk senyum.

"Ya Allah, beri aku kekuatan!"

..............................................................


"Hhhmm.. tak sangkalah..
macam mana kau boleh berubah sampai macam ni haa??

Aleesya musykil.

"Hidayah Allah.."

Anis menjawab pendek.
Dia tersenyum.

"Hhhmm.. terkejut kitorang.
yela.. sebab dulu kau kan......."

"Aleesya.."

Lantas Anis memotong daripada Aleesya terus berkata-kata.

Anis tersenyum.
Matanya memandang buku ditangan.
Kemudian dia memandang Aleesya dan Farisa.

"Kita semua ada jalan cerita..
Semuanya Allah dah tentukan..

Aku tahu..
Jalan cerita aku pada mulanya..
Tidaklah berjalan dengan baik.

tapi aku bersyukur sangat..
Walaupun jalan cerita aku sebegitu..

Allah masih beri aku peluang untuk aku berubah.."

Bergenang air mata Anis.
Namun senyuman masih tidak lekang di bibir.

"Aleesya... Farisa..."

Anis memaut tangan kawannya itu.
Tangan kanan memegang tangan Aleesya.
Tangan kiri memegang tangan Farisa.

"Aku Anis..
Aku tetap kawan korang..
Aku bukan orang lain.

Cuma aku perlukan semangat dari korang berdua..
bantulah aku.. ya?"

Farisa mengangguk.
Aleesya menunduk.

Alhamdulillah!
Ya Allah.. Engkau telah membuka hatiku..

Dahulu..
Aku gagal menundukkan hatiku
untuk mentaati perintah-Mu..

Hari ini..
aku tidak mahu sekadar bertudung di kepala..
Kau "tudung"kanlah jua hatiku..

"Tudung"kanlah hatiku ini untuk menjadi muslimah yang solehah...

Ya Allah..

Aku juga bermohon..
kau bukakanlah jua hati rakan-rakanku..
Berilah mereka kekuatan..
untuk mentaati perintah-Mu..
"Tudung"kanlah jua hati mereka
dengan limpahan kasih-sayang-Mu...
Amin..."


"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah
(untuk membela dan menegakkan Islam),
nescaya dia akan dapati di muka bumi ini
tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur

dan sesiapa yang keluar dari rumahnya
dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya,
kemudian dia mati (dalam perjalanan),

maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya
di sisi Allah dan (ingatlah)
Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

An-Nisa': 100

0 comments:

VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga