Monday, June 6, 2011

Biar Susah...






Dalam suatu kesempatan, seorang sahabat Nabi SAW yang
bernama Ibnu Mas’ud r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW:

Ya Rasulullah, amalan apa yang paling disukai Allah SWT ?

Nabi SAW menjawab, "solat tepat pada waktunya".

Ibnu Mas'ud bertanya lagi, " kemudian apa lagi ?".

Rasulullah SAW menjawab, "berbakti kepada orang tua".

Ibnu Mas'ud bertanya lagi, "kemudian apa lagi ya Rasulullah ?".

Rasulullah SAW menjawab "Berjihad di jalan Allah".

~muttafaqun 'alaih


Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Al –Bukhari dan Muslim,

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“ Amalan yang paling disukai Allah ialah pekerjaan
yang berterusan (istiqamah) walaupun sedikit”.





"Susah la nak amalkan hadis ni..
tapi yang susah tu lah yang Allah suka!"

sahabatnya tertawa.

"biasalah tu, kawan.. inilah mahar kita untuk ke syurga."

"mahar? apa maksud kau?"

"yalah.. aku bagi contoh..
contoh la kau minat nak dapat kereta mahal, rumah besar
dan segala-galanya yang eksklusif..

agak-agak dengan mudah ke kau boleh dapat?

dia menggeleng.

"Begitu jugalah syurga Allah..
nak kecapinya..
kenalah berkorban sikit..."

sahabatnya tersenyum.

"Ini juga penanda aras sebenarnya.."

Ah! sudah.. penanda aras apa pula ni?

"Ini adalah penanda aras..
sejauh manakah cinta kita kepada Allah SWT...."

Hatinya terpagut dek kata-kata sahabatnya.

Ya. Penanda aras cinta kita kepada Allah.

Bukti? Peningkatan amalan kita.
Peningkatan diri kita dalam menjadi sebenar-benar hamba.
Hamba kepada Tuhan sekalian alam.

"ingat sahabat.. yang susah itulah yang akan menjadikan kita
manusia..

manusia yang hebat!
manusia yang bersedia untuk menghadapi
sebarang cabaran mendatang!"



.............................................................................





Pernah ada suatu kisah di zaman dahulu.
Kisah seorang Raja yang memerintah di sebuah negeri.

Raja ini telah terlajak menyetubuhi isterinya
di bulan Ramadhan.

Disebabkan rasa bersalah di atas perbuatannya,
Raja ini telah memanggil seorang ulama'
untuk menghukumnya.

"Wahai sang 'alim..
aku telah melakukan kesalahan.
Aku telah terlajak menyetubuhi isteriku di bulan Ramadhan yang mulia
ini..
sedangkan aku tahu perbuatanku itu haram!

Apakah Islam punya cara untuk menghukum kami?"


Ulama' itu berfikir panjang.

Hukuman bagi mereka yang menyetubuhi isteri
di bulan Ramadhan ialah..

1. MEMBERI MAKAN KEPADA 60 ORANG FAKIR MISKIN

atau

2. BERPUASA SELAMA 60 HARI BERTURUT-TURUT.


Namun ulama' itu keliru mahu membuat pilihan..
mahu menjatuhkan hukuman pertama..
atau hukuman kedua?


Akhirnya dia membuat pilihan..

"Kamu suami isteri perlu berpuasa selama 60 hari berturut-turut!"

......................................................................................



Raja dan Permaisuri itu pun melaksanakan hukuman itu.

Apa hikmah sebenar ulama' itu memilih hukuman kedua?

kerana bagi ulama'..

adalah perkara yang mudah jika seorang Raja
untuk memberi makan kepada fakir miskin..

Ah! harta mereka banyak..
melimpah-ruah..

Jadi sengaja ulama' itu menyuruh Raja dan permaisuri
itu berpuasa..
kerana itu lebih memberi kesan kepada pemerintah itu..
supaya tidak mengulangi perbuatan yang sama..

Biar susah! Kerana disitu..
ada hikmah yang besar buat manusia..
menjadi sebenar-benar manusia..
yang taat kepada Pencipta-Nya..

Wallahu 'alam. :)

0 comments:

VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga