Wednesday, February 2, 2011

Ada Apa Dengan Solat?

Solat13



"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah)
dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang;
dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; "


Al-Baqarah: 43



Solat.

Ibadah wajib yang dilaksanakan umat Islam
LIMA KALI SEHARI.

Ibadah yang sering menjadi keutamaan
(aulawiyyat) melebihi ibadah-ibadah yang lain.

Ibadah yang pertama akan ditanya pada
hari kiamat nanti juga adalah solat.

Namun pada saat ini..
Sejauh mana kita menghargai solat
sebagai "aktiviti" yang sangat penting
dalam hidup kita?

Subuh, Zohor, 'Asar, Maghrib, 'Isyak.

Bagaimana kita memandang waktu-waktu ini?

Adakah kita sekadar menganggap waktu-waktu
ini rutin yang perlu dipandang ringan sahaja?

Atau lebih berat lagi..

Adakah kita sekadar memandang solat ini..

sebagai ibadah "nak buat, buat.. taknak buat sudah.."?

Lalu,

di nombor berapakah solat dalam hidup kita?

............................................................................





Saya ada beberapa "gadget" yang saya kategorikan
sebagai "penting".

Antaranya ialah telefon bimbit.

Telefon bimbit bagi saya merupakan salah satu sumber
yang sangat penting.

Perhubungan dan komunikasi.

Penyimpanan maklumat.

bahan rujukan sejarah.

aplikasi tambahan yang memudahkan.

dan pelbagai fungsi yang lain.

Kehilangan telefon bimbit merupakan satu
ujian yang paling berat perlu saya hadapi
(tapi belum berlaku).

Lihat..
betapa pentingnya telefon bimbit dalam hidup saya..
sehingga saya dapat menyenaraikan fungsi-fungsinya,
perkhidmatan-perkhidmatannya dan kemudahan-kemudahan
yang diberikan "TANPA DISURUH".

Bagaimana pula dengan solat?

Adakah kita menghargai solat SAMA seperti kita
menghargai telefon bimbit kita?

OK, baik. jika jawapannya "YA".

Atau mungkin ada yang akan marah pada saya..

"Woi! solat lagi penting la dari henpon!!"

rileks. jangan terlampau emosi.
Saya hanya mahu menguji sejauh mana kecintaan
kita pada SOLAT.

Jika benar solat bagi kamu berkali-kali ganda
lebih penting dari telefon bimbit,

terangkan pada saya apa fungsi solat, apa kelebihan solat,
apa yang solat sudah lakukan pada diri kamu dan apa
kesan solat dalam kehidupan seharian kamu.

Ini bukan soalan-soalan SPM 2011.

Saya juga bukan mahu melihat sejauh mana "kecemerlangan"
kamu menjawab soalan-soalan ini.

Saya mahu "kita" nilai semula hubungan kita dengan solat..

adakah kita makin cinta dengan solat?

Atau semakin lama cinta itu makin pudar?


"Wahai sekalian orang-orang yang beriman!
Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah
dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan)
dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang;
kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong)
orang-orang yang sabar"

Al-Baqarah: 153


...................................................................................

Solat6



"Zul, aku beli henpon baru!!"

"huiyyo.. ni model terbaru ni.. kaye betul kau.."

"huh.. mesti la.. henpon aku sentiasa up to date.."

"tula.. tahun ni jer.. da 4 kali kau tukar henpon...
dahsyat.."

"memang dahsyat..!"


Ghairahnya kita setiap kali dapat memperbaharui
telefon bimbit kita.

Dalam setahun..
Beberapa kali agaknya kita memperbaharui@ memperbaiki solat kita?

Adakah kita rasa solat kita sangat sempurna?

Seringkali kita rasa..
hubungan kita dengan Allah makin renggang..
makin jauh..

Sebab apa?
Sebab kita tidak pernah bersungguh-sungguh menjaga
hubungan kita dengan solat.

Kita tidak istiqamah menjaga kecintaan kita terhadap solat.

Lalu bagaimana mahu menggapai rahmat Allah
jika solat pun dilayan sambil lewa?

Kita mudah menceritakan kecanggihan telefon bimbit.
telefon bimbit aku terbaik.
up-to-date.
pelbagai fungsi.

tak pernah sesiapa pun suruh..

tapi kita tetap bersemangat menceritakan tentangnya..

SOLAT?

kita solat sebab "disuruh" atau "tanpa disuruh"?

rela atau terpaksa?

selesa atau terseksa?

Perbaikilah hubungan dengan solat.
Semoga hubungan kita dengan Allah makin erat.


Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan
sempurna pada waktunya)
segala sembahyang fardu,
khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar)

dan berdirilah kerana Allah
(dalam sembahyang kamu)
dengan taat dan khusyuk.

Al-Baqarah: 238


...............................................................






Setiap kali berkumandangnya azan..

Berapa ramai 'hamba" yang merasakan..

ALLAH SEDANG MEMANGGILNYA.

Lima kali sehari Allah panggil kita
untuk menyembah-Nya..

Oh..

dan berapa ramai pula yang menyahut seruan-Nya?


"Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk
mengerjakan sembahyang,
mereka menjadikan sembahyang itu
sebagai ejek-ejekan dan permainan.
Yang demikian itu ialah kerana mereka
suatu kaum yang tidak berakal. "

Al-Maidah: 58



Isu meninggalkan solat masa kini bukanlah
isu yang jarang-jarang kita dengar..

Isu meninggalkan solat sudah menjadi kebiasaan
dalam kalangan orang Islam yang mendiami negara Islam
MALAYSIA.

Masyarakat sibuk berdebat tentang jenayah-jenayah
yang berlaku.

Kes jenayah meningkat.

Buang bayi.
Berzina.
Merompak.
Membunuh.
Rasuah.
Riba'.

dan 1001 jenayah yang tidak pernah ada hujungnya..

jika ditanya kepadaku..

apakah jenayah yang paling berat pernah berlaku
dalam kalangan umat Islam?

aku akan menjawab..

"JENAYAH MENINGGALKAN SOLAT."

Meninggalkan solat adalah punca lahirnya
berjuta jenayah yang lain..

Solat.
Kita sembah siapa?

Kita sembah Allah!

Jika kita meninggalkan solat..
Kita cari pasal dengan siapa sebenarnya?

Sememangnya wajar kita menempa murka
Allah apabila saban hari ada yang tidak mahu sujud kepada-Nya.

Lalu apa yang perlu dihairankan jika dunia tidak
pernah selamat dari malapetaka?


Aku menyeru..
wahai umat Islam..

marilah kita kembali menghayati solat.
LIMA KALI SEHARI.

beratkah?

tidaklah berat jika kamu benar-benar bersungguh
untuk memelihara cintamu terhadap Penciptamu..

Pencipta yang masih menghidupkan kamu..
Pencipta yang terus-menerus memberi rezeki kepadamu..
Pencipta yang masih memberi peluang kepada kamu..
untuk menghayati kesedaran ini..

Lalu untuk siapa lagi selayaknya kita sandarkan rasa syukur?

semestinya kepada Allah SWT.

Dan solat merupakan kaedah "ciptaan Allah"..
kaedah yang paling berkesan untuk mendekatkan diri kepada-Nya.

Wallahu 'alam.


"Dan (diperintahkan):

Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang
dan bertakwa kepadaNya dan
Dialah Tuhan yang kepadaNya
kamu akan dihimpunkan
(pada hari akhirat kelak)."

Al-An'am: 72




2 comments:

SyahidatulHusna :) said...

salam...solat kdg2 khusyu', alhamdulillah, kdg2 tak... bila fikiran terganggu, solat pun jd krg khusyuk.
kdg2, wktu solat tu la nak ingat mcm2.. tu la, syaitan kan.KREATIF...
mcm mana nak dapat solat yg BETUL2 KHUSYU' dan SENTIASA KHUSYU' ? tlg,bantu~

ajwadaie said...

Wassalam. kita yg memiliki iman ORANG AWAM ni, mmg tak trlepas dari gangguan waktu solat.
ajwad pun lebih kurang jer.. cuma bila da tersedar dari kelalaian itu, kita kembali
sedar. "AKU SEDANG BERSOLAT!"

kalau kita mahu khusyuk dalam solat, kita perlu lihat sejauh mana kita "melayan" solat.

1. solat awal waktu
2. pakaian bersih, wangi
3. mata tidak melilau,
pandang tempat sujud
4. memahami surah yg dibaca
5. menghayati makna alfatihah

dan banyak lagi...

dan keyword yg paling penting..

bersolatlah sebagai seorang HAMBA.
tiada status lain selain itu..

moga Allah kurniakan khusyuk
dalam solat kita!

VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga