Friday, December 31, 2010

Jangan Terburu-Buru!





Suatu petang yang terik.

Berkesempatan juga aku singgah di masjid Saujana Utama
Untuk menunaikan solat 'asar.

Setibanya aku di perkarangan masjid,
azan terus kedengaran.

Alhamdulillah, dapat juga aku mengejar solat awal waktu hari ini.


Segera aku berlari menuju ke tempat mengambil wudhuk.
Di dalam hati aku berkata,

"kena cepat ambil wudhuk ni.. selesai azan, boleh terus
solat sunat rawatib sebelum asar."


...............................





Tiba di tempat mengambil wudhuk,
Aku lihat seorang pakcik sedang berdiri.
Dia memandangku.
aku berhenti seketika.

Pada pemerhatianku, dia pastinya hendak mengambil wudhuk.
seluar kakinya dilipat. lengan bajunya juga dilipat.
Tapi dia masih berdiri.
Hanya memeluk tubuh.
Terus memandang tajam ke arahku sambil tersenyum kecil.

Tak sedap hati pula rasanya..

Aku mempedulikannya.
Lalu aku terus berjalan menuju ke batang paip..
ya, untuk mengambil wudhuk.

"Ehem!!"

Pakcik itu memberi isyarat.
Dia tersenyum sekali lagi.

sekarang baru aku faham, dia minta aku berhenti.
Azan sedang dikumandangkan.

aku tersenyum malu.
Lalu terus berdiri sepertinya sehingga azan selesai dikumandangkan.

....................................




"adik.. apa salahnya kita berhenti seketika..

tunggulah sehingga selesai azan.. hormat azan..
baru ambil wudhuk.
Tak ada apa-apa yang perlu diburu-burukan..

tak lari ke mana batang paip tu!"


dia menasihatiku.
Masih tak lekang senyuman dibibirnya.

Aku hanya mengangguk.
Malu juga rasanya..

Benar.
Kalau nak diikutkan, boleh sahaja aku mengambil wudhuk
ketika itu.

Tapi pakcik itu mengajar aku sesuatu.

Jangan terburu-buru!


...................................





sifat terburu-buru@ kelam kabut itu..
Banyaknya datang dari bisikan syaitan..


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ;


" Ketenangan adalah daripada Allah manakala
terburu-buru adalah daripada syaitan. "
( Imam Al-Baihaqiy)



Lagi-lagi bila kita hendak melakukan banyak kerja..

pernah dengar pepatah inggeris?

"kill two bird in one stone"?

haaa.. melakukan dua kerja dalam satu masa.
Syaitan tentu akan mengganggu kita..

akhirnya..

"yang dikejar tak dapat,
yang dikendong berciciran!"

satu kerja pun tak jalan.

sebab apa?
sebab terburu-buru!

..............................





Tenang.
Sifat yang sangat terpuji.


"Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati
orang-orang yang beriman
supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman
dan keyakinan mereka yang sedia ada;

Al-Fath: 4



latih diri kita untuk "rileks" dalam melakukan sesuatu perkara.

tapi jika ada situasi yang menuntut kita "laju",
jangan kita rileks pula!


contohnya ada tetamu menziarahi kita.

"abang man! ada tetamu datang ziarah.. pegi la layan.."

"ala.. rileks la.. kita mesti tenang..!"

mana boleh macam tu.


Tenang biar bertempat.
"laju" juga, biar bertempat.

Tapi hakikatnya...


kita kena terima satu kenyataan.

Dalam kelajuan, perlu ada ketenangan.

Kerana dengan ketenangan, timbul rasa berhati-hati.


"Abahnye.. bawak la kete slow sikit!!"

"Mana boleh! nanti lambat sampai majlis tu!!"

Lihat.

tanpa tenang, kita lupa hendak berhati-hati.


Orang itu bijak..

apabila dia dapat melakukan sesuatu aktiviti
dengan CEPAT dan TENANG.

Orang itu juga bijak..
apabila dia tahu..
kerjanya memakan masa yang lama.
tapi dia masih mampu TENANG!

sebab dia tahu..
Dia tidak dapat apa-apa..
malah membahayakan dirinya sendiri..

apabila dia terburu-buru!

Tahniah, Akhi!





Pada 23hb Disember yang lalu,
telah diumumkan keputusan
Penilaian Menengah Rendah (PMR)
bagi tahun 2010.

Rasanya masih belum terlambat untuk
saya menzahirkan ucapan tahniah kepada
sahabat saya,

Mohammad Aiman bin Rozali

kerana berjaya dengan cemerlang
dalam PMR.
Beliau mendapat keputusan
semua A (8A) dalam peperiksaan umum ini.

Saya tumpang gembira dengan pencapaiannya.
Tahniah Aiman!

berkat usaha, doa, dan tawakkal
yang tak putus-putus,

Alhamdulillah.
Allah telah tunjukkan hasilnya.

Tidak lupa juga buat sahabat-sahabat yang lain..
Zulhilme, Syukri, Zakri, Syafwan, Nik dan lain-lain..

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!

sesungguhnya Allah tidak menilai keputusan kita..
Allah menilai USAHA kita!

Allah menilai..
sejauh mana kita bergantung harap pada-Nya.

Dan ajwad akan kata..
semua keputusan yang kamu dapat..

ITU ADALAH YANG TERBAIK!

kerana apa?
Kerana itu semua datangnya daripada Allah.

Adakah buruk pemberian Allah?
Tidak.

Pemberian Allah itu..
pasti ada sebabnya..
pasti ada hikmahnya..

Semua itu bersesuaian dengan
apa yang kamu mampu pikul..

Ketahuilah,
Sesungguhnya ALLAH lebih mengenalimu.

TAHNIAH SEKALI LAGI!
Friday, December 24, 2010

Jangan Cabar Allah!






Pernah tak sesekali kita mencabar Allah?
mencabar hukum Allah?

Kadang-kadang kita tak sedar..
Hakikatnya kita pernah mencabar Allah.

Mulut kita berkata..
"Allah Tuhan kita."
"Aku sayang Allah!"

Tapi perlakuan kita..
sebaliknya..

Tidakkah kita sedar?


........................................................





Waktu solat.

Subuh, Zohor, 'Asar, Maghrib, Isya'.


Pernah kita mungkirinya?
Pernah kita pertikaikannya?


"Dengan ini telah diumumkan..
telah masuknya waktu solat fardhu Zohor
bagi wilayah persekutuan Kuala Lumpur
dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya..

Bagi mereka yang sedang sibuk bekerja,
waktu solat zohor anda adalah pada pukul 3 petang.

bagi mereka yang sedang rileks,
waktu solat anda adalah pada pukul 1.15 tengah hari.

selamat menunaikan solat!!"


Adakah seperti itu pengumuman solat kita sekarang?

Tidak!

Jadi mengapa kamu menunaikan ibadah wajib ini..
pada bila-bila masa sahaja yang kamu suka??

kamu ingin mencabar Allah?


Jangan. sesekali jangan.

Zalimnya kita..
Kita hidup di bumi Allah..
Kita hirup udara Allah..
Kita makan rezeki pemberian Allah..

Allah minta kita jumpa dia..

5 KALI SEHARI SAHAJA!

kenapa kita mungkirinya?


"Demi masa!
Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan kesabaran"

Al-Asr: 1-3




setiap kali kita dengar azan..
pernah tak terdetik di hati kita..

Bahawa Allah sedang memanggil kita?

Oh, hinanya kita yang berstatus hamba..
Berlagak sombong bagai raja di istana..

Rendahkanlah hatimu dibumi Allah.
Jangan cabar Allah!



"Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong,
kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi
dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang."

Al-Isra': 37


.............................................





Puasa juga contohnya..


"Mad, bulan depan dah masuk Ramadhan da..
puasa la gamaknya.."

"Ah! xnak.. aku nak pose bulan Syawal..."


Bolehkah begitu?


"Telah masuk waktu berbuka puasa.

pukul 7.00 pm bagi orang kaya..

dan pukul 8.00 pm bagi orang miskin..

selamat melantak!!"


adakah begitu bentuk pengumumannya?

tidak....

Allah tidak pernah membeza-bezakan kita..

Oleh itu, sekali lagi saya beri amaran..

Jangan cabar Allah!


"...kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka
(sebagaimana yang kamu -Yahudi dan Nasrani- membeza-bezakannya)
dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat)
kepada Allah semata-mata."

Al-Baqarah: 136



....................................






Tidaklah Allah jadikan sesuatu itu sia-sia..

pasti semuanya ada kebaikannya untuk kita..
Ada manfaatnya untuk kita..

Jangan kita cuba mengubah "anugerah" Allah..

Allah telah kurniakan kita..
pemberian yang sangat cantik..
sangat indah..

jangan mengubahnya!

kerana itulah yang terbaik untuk kita.


"Allah menentukan pemberian rahmatNya itu
kepada sesiapa yang dikehendakiNya;
dan (ingatlah),
Allah
mempunyai limpah kurnia yang besar."

Ali Imran: 74


Kita semua tak mahu menjadi seperti
orang kafir..

mereka suka mencabar Allah..

Namun mereka tidak sedar..
Kata-kata mereka itu memakan diri mereka sendiri.



"Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad)
tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya)
mengenai Tuhannya,

kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan?

Ketika Nabi Ibrahim berkata:

Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan.

Dia menjawab:

Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan.

Nabi Ibrahim berkata lagi:

Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur,
oleh itu terbitkanlah ia dari barat?

Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu)
dan (ingatlah),

Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim."


Al-Baqarah: 258




Kamu sayang Allah? jangan cabar Allah!




Thursday, December 23, 2010

KASIH SAYANG SAMA RATA





tajuk kali ini agak menarik untuk dibincangkan..

"KASIH SAYANG SAMA RATA."

apa yang anda faham tentangnya?

saya mendengar perkataan ini dari ceramah MP3
yang disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz.

Beliau menerangkan..
bagaimana kita sebagai individu mahu memahami
erti kasih sayang yang sebenar..

dan beliau memberi contoh yang sangat menarik..
berkenaan situasi..

seorang anak dan ibu.

Mari ikuti sedikit bingkisan ceramah
yang berbahagia Ustaz Kazim.

........................................





"Seorang ibu memiliki 5 orang anak.
berbeza umurnya, berbeza fi'il (perangai) nya..

Mana mungkin seorang ibu mampu
memberikan kasih sayang sama rata
kepada semua anaknya..

kerana ibu bukan malaikat..
ibu juga manusia biasa..
sifatnya lemah dan ada kekurangan..

persis MANUSIA BIASA!

Pasti dalam kalangan anaknya itu..
Ada seorang yang paling dia sayang.
Betul bukan?
tak usah menipu dengan saya..

Dan ibu tidak pernah berdosa..
jika dia tidak mampu memberi kasih sayang..
sama rata kepada semua anaknya..

saya ulang sekali lagi..
kerana IBU MANUSIA BIASA!

Cuma ibu dikira berdosa..
jika dia tidak memberi nafkah zahir..
yang sama rata kepada anak-anaknya..

contohnya apa?

contohnya..
Ibu beli beg sekolah kepada Dol.
Oleh itu, ibu mesti beli beg sekolah kepada
Salmah, Pe'ah, Dollah dan Bedah.

Ibu bagi Ahmad makan nasi.
Maka anak-anak yang lain mesti makan nasi!

Lihat..
bagaimana Islam membahagikan kasih sayang..
dengan sangat adil!!"

Saya hanya mampu mengangguk..
mendengar MP3 ceramah melalui telefon bimbit..
Benar-benar masuk di dalam kepala.


................................................





Oleh itu, kita sebagai anak..
Janganlah terasa sangat dengan ibu.

Hakikatnya ibu sudah berusaha mencurahkan
kasih sayangnya..

dari kita kecil..
sampailah kita sudah dewasa..

Seburuk mana pun ibu..
Dialah ibu kita..
Ibu tidak pernah membuang kita dalam
tong sampah sewaktu kita dilahirkan..

Ibu jaga kita!

Ibulah ibu dunia akhirat.
teruslah menyayangi ibu..
teruslah mencari redha ibu..


Kerana..

"Syurga di bawah telapak kaki ibu.."


"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

Al-Isra': 24




.................................







Kasih sayang sama rata" ini jugalah..
Menjadi dilemaku dalam hubungan persahabatan..

aku ada ramai kawan..
kawan lama..
kawan baru..

Dan aku selalu tanya diriku..
kenapa? kenapa? kenapa?

Kenapa mesti kawan lama ditinggalkan..
Selepas tibanya kawan baru?

Aku sayang kawan lama..
dan aku juga sayang kawan baru..

Aku sering rasa bersalah..
Bila kawan lama beranggapan..
seperti aku sudah melupakan mereka..

Tidak! sama sekali tidak..


aku tak pernah lupakan mereka..

Setiap kali berjumpa..
rasa macam makhluk asing pula..

padahal sudah hampir 3 tahun bergelar kawan!

Sekarang..
Baru aku faham..
kasih sayang tidak akan pernah sama rata..
di antara kawan baru dan kawan lama..

Kerana aku juga..
KAWAN BIASA.
tidak ada yang lebih..
tidak ada yang sempurna.

namun aku akan tetap berusaha..
dalam mencurahkan kasih sayang..
kepada semua manusia di sekelilingku..

termasuk kamu..
yang setia menemani blogku..

Syukan jazilan! :)


"Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Al-Mumtahanah: 7
Monday, December 20, 2010

Jalan Masih Panjang





Berjuang terus-menerus..

Mengira hari semalam..
sebagai peristiwa yang sudah berlalu..

Yang baik, terus istiqamah..
Yang buruk, segera dipisah..
supaya tidak diulangi lagi..

Perjalananku masih panjang..
Usah kata dunia..
Dunia sememangnya sementara..

Bermaknanya aku..
Di kala perjalanan alam pembalasan..
Perjalanan yang sangat panjang..

Sungguh tak terdaya aku memikirkan..
Alangkah sukarnya perjalanan di sana..

Dosaku melata..
Amalan ku tak seberapa..
Dunia masih berkuasa dalam jiwa..

Allahuakbar!

Bahagianya mereka yang benar-benar menjadi hamba..
Senyumanku disini..
Takkan seiras senyuman mereka di sana.

Mereka bahagia!
Jalan mereka penuh kesenangan..
Penuh kegembiraan..
Hakiki selama-lamanya..

Mereka juga hebat di dunia!
Namun tak ramai mengakuinya..

Konsistennya mereka dalam ibadah..
Jihad benar mereka memohon taubah..
Dunia mereka bukan di hati untuk dikasihi..
Dunia mereka di tangan untuk dimanipulasi..

Ya Allah! aku kenal siapa diriku..
Dan Engkau lebih mengenali siapa diriku!

Maka Kau berilah aku kekuatan dalam perjuangan..
Berilah aku petunjuk dalam menangkis tipuan dunia..

Jalan masih panjang..
Jangan tinggalkan aku seorang..

Allah.. (....)



"Tunjukilah kami jalan yang lurus"

Al-Fatihah: 6
Friday, December 17, 2010

A.M.A.N.A.H.





Berkata tentang amanah..
Sakit kepala dibuatnya..

24 JAM memikirkan tentangnya..

Amanah= tanggungjawab..

Kamu menanggung satu-satu amanah itu..
Maka kamu perlu jawab dihadapan Allah..
di akhirat kelak..

Persoalannya..
Adakah aku sudah menjalankan amanah yang telah diberikan?

Amanah aku terhadap manusia?
Sudah selesai?

lagi satu..

Amanah aku terhadap Allah?
Apa yang aku janjikan..
KHALIFAH..

Apakah benar aku telah menjalankan tanggungjawab sebagai
KHALIFAH di bumi ini..??

Allahu akbar.


"Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "

Al-Anaam: 165



...............................................






Abah pernah kata..


"Rasulullah wafat..
meninggalkan ummatnya yang dicintai..

Namun..
Rasulullah tidak berjaya mengISLAMkan..
semua manusia dibumi ketika itu..

sekarang abah nak tanya..

adakah Rasulullah TIDAK BERJAYA?


Lama aku termenung..
ada benarnya..
Bukan semua orang memeluk ISLAM
ketika zaman Rasulullah SAW.


"Ajwad tak tahu..."


"Pada nilaian Allah..
Nabi Muhammad TELAH BERJAYA!

Allah tidak memerintahkan baginda..
untuk mengISLAMkan semua orang..

Allah memerintahkan baginda..
MENYAMPAIKAN apa yang Allah perintahkan..
MENYAMPAIKAN ajaran Islam..
MENYAMPAIKAN yang haq yakni kebenaran.."



"Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai muhammad) Kitab Suci Al-Quran yang menyatakan segala kebenaran (untuk menjadi panduan hidup) kepada umat manusia seluruhnya.

Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayat petunjuk (beramal menurutnya), maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang sesat (tidak berpandu kepadanya),
maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri;

dan engkau (wahai muhammad hanyalah penyampai) bukanlah menjadi wakil yang menguasai (keadaan dan bawaan) mereka."

Az-Zumar: 41



........................................................





Rasulullah telah menjalankan tanggungjawabnya..

Bagaimana kita?

Di saat dunia semakin huru-hara..

Pemimpin semakin gilakan jawatan dan pangkat..

Asalkan ada 'nama', sudah memadai.

Aduh, bagaimana ini?

Janganlah kita menjadi seperti itu.
Sangat bahaya!

Tahu atau tidak..
antara penyebab PANJANGNYA hisab (perhitungan)
di hari kiamat kelak ialah..

AMANAH kita.

Satu persatu akan ditanya.

Apakah kamu sudah menjalankan tanggungjawab kamu?

Apakah yang kamu telah lakukan kepada pimpinan kamu?

Jika kita tidak dapat menjawabnya..
Maka terimalah padahnya..

dan INGAT!

Di antara golongan yang mendapat lindungan arasy..
di padang mahsyar nanti ialah..

PEMIMPIN YANG ADIL.


sabda Rasulullah, "Setiap kamu adalah pemimpin dan
bertanggungjawab ke atas pimpinannya"




Jalankanlah tanggungjawab kita dengan sebaiknya..
Lakukanlah berdasarkan kemampuan kita..
Jangan kita berjanji diluar keupayaan kita..


Antara peristiwa ganjil yang dilihat Rasulullah SAW..
Sewaktu peritiwa israk dan mikraj ialah..



Menyaksikan sekelompok manusia yang memikul kayu, walaupun beban kayu yang tanggung olehnya telah berat namun ia masih lagi menambah beban kayu itu ke atas bahunya. Ini adalah contoh bagi mereka yang suka mengambil amanat tetapi tidak pernah menunaikannya.





Na'zubillahi minzalik.

Semoga Allah lindung kita dari sebarang bahaya dan azab..
di dunia mahupun di akhirat..

AMIN.



Wednesday, December 15, 2010

Tauliah Masa Kini




Zaman sekarang, semua pekerjaan memerlukan tauliah.

Mahu jadi doktor, perlu tauliah.
Mahu jadi engineer, perlukan tauliah..
Mahu jadi penda'wah, perlukan tauliah!

Semua ini membuatkan akalku terdetik..

Semua perkara..
Semua pekerjaan..
Semua aktiviti..

yang dilakukan dengan niat yang baik..
Terutamanya perkara yang bermanfaat pada orang lain..

Pastinya dikenakan banyak syarat..
Syarat itu..
Syarat ini..

Kamu tidak mematuhinya, kamu tidak layak untuk melaksanakannya..

Kamu melanggarnya, terimalah akibatnya..
terimalah tindakan undang-undangnya..

Itulah suasana umat akhir zaman sekarang ini..

adakah aku bermaksud tauliah itu tidak penting?
Bukan... sama sekali bukan.
Tauliah itu sangat pemting untuk mengesahkan
kelayakan kita.

Cuma..
Aku ingin mengungkit ketidak adilan..
yang sedang berlaku sekarang ini..

.......................................................





Semestinya aku sebagai penganut agama ISLAM..
aku ingin berkata tentang nasib ISLAMku..



"bagaimana sekarang ini?
Apa sudah terbalikkah dunia?

Penda'wah yang menyebarkan kefahaman Islam..
menyebarkan berita gembira bagi orang beriman..

Dan berita azab bagi orang yang mungkar..

Namun mereka dipertikaikan tentang tauliah mereka??

Namun..
bagaimana dengan artis-artis kini?
Adakah mereka-mereka ini memiliki tauliah?

Bukankah mereka ini lebih memberi kesan
yang buruk kepada generasi kita?

Masalah sosial, masalah keluarga, kerosakan akhlak..
pakaian mendedahkan aurat..

ini yang dipertonton oleh anak-anak kita saban hari..

namun kenapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan..
tentang apa yang telah mereka salurkan kepada pemikiran masyarakat?

Kerosakan akhlak sedang berleluasa..
Sekarang saya mahu bertanya..
di mana keadilannya!!?"


Luahan seorang ustaz di dalam ceramah umumnya..

Panas telingaku mendengar semua ini.
Kasihan aku mengenang umat masa kini.

UMAT AKHIR ZAMAN!

Allahu akbar..

giliran aku yang bertanya, apa yang kamu faham tentang tauliah?


.............................................................................





Tauliah itu sangat sinonim maksudnya dengan KELAYAKAN.

Persoalannya sekarang berada di antara dua..
LAYAK atau TIDAK LAYAK.


"eh, kau ingat artis takda tauliah ke??!!"


"artis pun ada tauliah taw.. haa, tengok sijil tauliah ni!"

"tengok la kelulusan aku ni.. kelulusan seni..
kau apa tahu??"


ya benar..
berkata tentang tauliah bertulis yang kamu
tunjukkan itu..
semua orang mampu memilikinya..
Sekarang aku ingin bertanya..
sebagai seorang muslim..
kepada seorang muslim..
yang tinggal di negara ISLAM agama rasminya!

Apa yang kamu perjuangkan sebenarnya?

Kamu perjuangkan seni kamu?
Kamu perjuangkan bakat kamu?
Kamu peragakan pakaian mendedah aurat kamu?

Apa sasaran kamu sebenarnya?
Mahu semua orang mengikut cara kamu?
Mahu semua orang meninggalkan syariat Islam?
Mahu semua orang mengkhianati ISLAM aku?
ISLAM kamu?

Fikirkanlah..
kamu boleh buktikan "orang-orang" kamu..
mengatakan kamu layak..

adakah ISLAM melayakkan kamu?

Sungguh, aku katakan semua ini..
Bukan omong kosong..
marah tak tentu hala..
ingin menjatuhkan karier orang lain..

JAUH SEKALI!

Aku katakan semua ini..
kerana aku sayangkan ISLAMku..


.............................................................................





yang terbaru dalam tahun ini..
Malaysia telah mengalu-alukan..
kedatangan penyanyi terkenal, Adam Lambert
untuk membuat konsert besar-besaran
untuk peminat-peminatnya di sini..

Adam Lambert, semua orang sedia maklum..
mengamalkan cara hidup sejenis (gay)..
heboh media memperkata tentang beliau..

Aku tidak terkejut.
Kerana dia bukannya Islam..
dan tidak pelik kalau dia jenis yang begitu.

Cuma aku pelik..

Disaat umat Islam yang lain..
Mengecam kehadirannya ke negara Islam Malaysia..

Ada pula sekelompok manusia yang mempertahankan..
siapa mereka?

Mereka adalah orang Islam kita sendiri!

Allahuakbar..
sedih, sangat sedih..

kita benar-benar berada di akhir zaman.

Di sini aku ingin mengajak pembaca..
Mari sama-sama kita renung..

janganlah kita hanya memandang tauliah
di mata kita..

Lihatlah tauliah(kelayakan) itu di mata Islam..

Kamu orang Islam yang memiliki akal yang sempurna..
Berfikirlah dengan jelas..

kamu sendiri mampu menilai..
KELAYAKAN yang sebenar.

Sekali lagi aku luahkan..
Aku menulis kerana AKU SAYANGKAN ISLAM.
Dan aku sayangkan kamu, penganut ISLAM..


"Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu."

Al-Baqarah: 143
Saturday, December 11, 2010

Walau Kita Berbeza





Aku sering mempunyai masalah..
Dalam menilai hati seseorang..

Setiap kali aku bersuara..
Pasti ada rasa..
Risau, gelisah, takut..

Takutkan apa?
Aku takut..
Apa yang aku suarakan..
Berbeza dengan pandangan mereka..

ya memang benar, zahirkan sahaja kebenaran..
walaupun ia pahit!

namun kerisauan itu tetap ada..

............................................................





"aku cadang.. program kali ini kita batalkan.."

"lah.. kenapa pulak??"

"aku tak nampak faedahnya.. buat habis beras je.."

"tapi.. bukankah bagus?"

"bagus.. tapi tak untung wat apa!!??"

"erk.. hmm.. terpulanglah.. aku tetap akan pertahankan..
kau taknak buat.. kau boleh blah!!!"


Berikut antara contoh dialog..
tentang berbezanya pendapat..
Akhirnya timbul pergaduhan...

Apakah ini yang kita minta?
Apakah ini yang kita minta dalam persahabatan,
keluarga dan masyarakat kita?

lalu... bagaimanakah cara untuk merungkainya?


......................................................





Kita berbalik kepada soal hati.

Kita semua berkeinginan, berkemahuan..
Menyatakan yang benar dengan MENEGUR.

Adakala kita mahu menegur ibu ayah kita..
Adakala kita mahu menegur sahabat kita..
Adakala kita mahu menegur guru kita!

Atas sebab apa?
atas sebab "perbezaan" yang timbul..

jadi pertama..
apa yang perlu kita perlukan dalam teguran?

itulah dia HIKMAH!

Apakah itu hikmah?

Hikmah ialah ilmu pengetahuan.

Dalam menegur, kita perlukan ilmu..

Kita semua tidak mahu menyakitkan hati orang..
Kita tak mahu sakitkan hati ibubapa, kawan..
dan sesiapa sahaja!!

Oleh sebab itu..
kita perlukan ilmu...

........................................................




"Biasanya abang belanja dia makan dulu..
bagi hadiah ke.. lepas tu..

baru abang tegur dia baik-baik..

sambil nyatakan..
yang teguran abang tu..

tanda sayang abang padanya..

Then, doa pada Allah..
moga dia dibukakan hati..."


Saya gembira, saya teruja.
Berikut merupakan "reply message" dari HILAL ASYRAF,
seorang penulis buku dan novelis yang terkenal di Malaysia.

Saya berpeluang memiliki nombor telefonnya..
Sewaktu perjumpaan penulis di Pejabat Galeri Ilmu
beberapa bulan lepas..
dan saya benar-benar memanfaatkan peluang ini..

Saya mengajukan soalan kepada beliau..

"Bagaimana abang ingin menegur sahabat abang..
tanpa sedikit pun menyakiti hatinya?"

Dan itulah jawapan yang abang hilal beri.

saya gembira.
Cara abang hilal menegur sahabatnya..
sangat hikmah, sangat halus..
dan sangat berilmu!

Dan saya tersenyum melihat frasa yang saya "highlight" kan..

"TANDA SAYANG"..

Benar.
Kita mungkin sudah menegur..
Tapi ada "sayang" tak dalam teguran kita?

atau.. kita tegur dia sebab kita marah?

Dan di situ kita sudah dapat menilai..
sejauh mana teguran kita diterima olehnya..

Fikir-fikirkan..


............................................................




Setiap kali teguranku tidak endahkan..
Walau sehikmah mana sekalipun..

Aku cuba mendidik hatiku..
KAMU JANGAN KECEWA!

Mendidik manusia..
bukan seperti mengajar burung kakak tua bercakap..

Mendidik manusia itu perlukan kesabaran yang tinggi..

Setiap kali aku temui jalan buntu..
Aku renung diriku sendiri..

Aku renung dosa-dosa yang terdahulu..
Kerana mungkin itu menjadi penghijab..
Aku juga merenung dalam-dalam..
Kini sudah tiba masanya..

Aku pula DITEGUR!

Sibuk memikirkan "perbezaan" pada orang..
Namun lupa menilai "perbezaan" yang ada pada diri..

Ya Allah, ampunilah hamba-Mu ini..
yang ingin Kembali Pada-Mu..





"Walau kita berbeza..
Tapi kita masih sahabat bukan?

Islam tidak pernah memecah-belahkan kita..

Dan aku gembira..
Jika engkau masih menerima aku sebagai sahabatmu..

Namun jika tidak..
terus jadikan aku..
"MUSUH"mu..

Kerna aku tahu..
Aku bukanlah malaikat..
Taat setiap tempat dan waktu..
Benar setiap detik dan sesuatu..

Cuma aku mohon satu...
aku mohon..
Kamu doakan aku..
supaya dapat aku..

menjadi seperti..
APA YANG KAU MAHU!"


~Ajwad~
~2:45pm~
~Saujana Utama~
~Walau Kita Berbeza~
Wednesday, December 8, 2010

FANZURU (Maka Lihatlah!)





Mata ini..
telah melihat pelbagai ragam dunia..


Mata kasar ini..

Banyak menilai hanya pada muka..
Tidak pada dasar..


Mata bulat ini..

Sukar benar mahu berbaik sangka..
Ada sahaja yang salah, tidak kena..


Maka aku kini..

bersaksi dengan mata..


wahai mata..

Kamu tidak boleh melihat sendiri..

Kamu perlu melihat dengan HATI!


Dan itulah yang mereka kata..

melihat dengan..


MATA HATI!



Maka lihatlah..

Lihatlah dengan mata hati..


Agar dapat kita..

memahami..
erti hidup sebenarnya...


FANZURU (maka lihatlah!)

Tuesday, December 7, 2010

Musibah Berganda!




"Assalamu'alaikum!"

"Wa'alaikumussalam...!"

"mmm.. hazim.. hari ni ana duk rumah sengsorang...
family semua pergi MAHA.."

"laa... nape tak pegi skali??"

"pagi tadi ada kursus KPP. nak amik lesen motor..
tu yang tak dapat pegi tu.."

"oowhh.. gitu.. jadi??"

"Ana ngah lapo (lapar) skarang ni.. jom teman ana gi makan luar?"

"owh.. boleh.. tapi ana nak gi balik dulu.. mintak izin mak..
mmm.. boleh ajak kengkawan len?"

"boleh.. ana belanja taw.."

"huh! wajib pergi ni.. heheh.."

................................................................................






Nak dipendekkan cerita..

KAMI: Aku, Hazim, Nazim, Aizat, Arsyaad.

berderamlah enjin motor kami..
menuju ke Restoran Fareed..

Setibanya di sana..

"nak order apa??"

"order je ape2.. bukan korang bayar pun..."

"okey.. kalau da bagi lesen....."

"Jus carrot!"

"Jus mangga!"

"nasi goreng USA!"

"nasi goreng paprik satu!!


Selesai membuat pesanan...............



"Ajwad.. kau ni biar betul.. cukup ke tak duit..?? aku risau ni.."

Hazim gelisah.

"kau jangan la risau.. ada.. jangan risau..."

"aku tak caye.. aku nak tengok duit lu.."

"Allah.. kalau tak cukup pun... apa salahnya..
kita basuh la pinggan sama-sama.. kata ukhwah.. hehehe.."

"Wad.. jangan ar camni..."

"yelah.. yelah... tak caye gak tu.."

Aku pun menyeluk poket seluarku..
mengeluarkan dompet.

Lalu ku selak sehelai demi sehelai..
mencari helaian wang kertas yang bernama RM50.

Cari, cari, cari......

"Alamak..... mana duit aku!!!!!!!!!???"

"Wad.. kau jangan main-main..
aku balik kang..."

Hazim risau.

"tunggu jap eh..."

aku tak tentu arah. aku cari lagi sekali..
tetap tak ada!

Dalam kepala aku waktu itu hanya fikir satu perkara....

BANK ISLAM!

Mujur ada Bank Islam berdekatan..
boleh la cover.

"mm.. tggu jap eh.. ana pegi amik duit.."

"wad.. jangan lari lak..'

"hehe.. tak lah..."


Mana pergi RM50 aku??


..........................................................................




"Alhamdulillah... air sudah sampai.."

"Nazim.. baca doa.."

selesai doa, makanan nazim sampai dulu..
nasi goreng pattaya!

"mmm.. tunggu kawan-kawan dulu la.."

"mmm.. makan je sekarang.. nanti sejuk tak sedap.."

"takpe.. tunggu kejap jer.."

Sedang duduk tenang, aman, damai... tiba-tiba.........

"SPLLAASSSHH!!!"

"Allah! sori-sori.. ana tak sengaja!!"

Jus mangga Hazim tertumpah di atas meja makan.
Entah macam mana tangan dia boleh tertampar gelas itu.

"Sori-sori.. macam mana la boleh tertolak pulak.."

"takpa-takpa.. rileks.. nak wat macam mana.. takda rezeki.."

Kami pun bantu angkat gelas, lap meja.
Dibantu pekerja restoran itu..

Tak sampai seminit.. tiba-tiba!

"PAAANGG!!"

Sepinggan nasi goreng pattaya yang belum disentuh..
terbalik di atas lantai!!

"Allah.. haha.. sabar-sabar.. takda rezeki.. takda rezeki.."

Semasa Nazim hendak mengalih pinggannya..
entah macam mana....
boleh terbalik...

Semua pelanggan memandang sinis kepada kami..

Ada yang hanya tersenyum.. lalu berkata..

"Sabar.. tarik nafas.. baca doa banyak-banyak..
gam pinggan tu kat atas meja!!"

Kami hanya mampu ketawa.


...............................................................





"Allahu akbar.. berganda-ganda musibah kita malam ni..

Mula-mula duit hilang...
sampailah jadi macam ni..

kita istighfar banyak-banyak...
manalah tahu..
kita ada buat salah...

semoga apa yang berlaku malam ini..
ada hikmahnya..

kita bersangka baik sahajalah kepada Allah.."

"ana pun tak sangka boleh jadi sampai macam ni..."

Malam itu, semua hilang selera nak makan.
Namun dipaksa juga makan sehingga habis.

Aku renung dalam-dalam...
Apa yang Allah mahu tunjukkan sebenarnya?

"Haaaaa!!"

"Huh! nape wad??"

"sebenarnya musibah ini semenjak kita sampai restoran lagi..

ana hampir langgar kereta di simpang tadi...
mujur ana sempat brek.."

"Ha'ah la.. kami pun rasa macam tu..
sejak sampai dari restoran lagi..."

Aku cuba mencari kesimpulan.
fikir, fikir, fikir...
sampai buntu..

akhirnya..

"Mungkin Allah nak sedarkan kita...
atas dosa-dosa yang kita lakukan..
kita minta ampun kepada Allah..

Mungkin Allah nak uji kita..
bagaimana kita menghadapi satu-satu musibah...
Kita berjaya menghadapinya..

atau kita gagal menanganinya..


yang penting kita terus bersabar..
dan BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH!"

Selesai baca doa selepas makan..
kami baca pula doa naik kenderaan..

Entah sebelum ini..
tidak pernah pula rajin baca doa naik kenderaan...

"semoga Allah selamatkan perjalanan kita!!"
Monday, December 6, 2010

Kini 1432!




Alhamdulillah..
jejak juga kita di tahun baru hijrah 1432.

Pejam celik..
Sudah 1432 tahun..
Peristiwa hijrah baginda, Nabi Muhammad SAW..
dan para sahabat...

berjuang mempertahan agama yang suci..
Agama yang membawa rahmat ke seluruh 'alam..

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR!

Aku bukanlah mahu "mengulang" tayang peristiwa hijrah..
yang telah diceritakan..
dari sekolah rendah lagi..

Cuma mahu mengajak kalian..
Sejauh mana kita menghayati hijrah..
yang kini sudah 1432..

Apa sudah benar-benar kita berhijrah??


.......................................................................





"Baginda dan Abu Bakar mendaki Gua Thur...!

ketika itu umur baginda sekitar 50-an..

namun masih gagah baginda dan Abu Bakar mendakinya..

Saya pernah menunaikan umrah.. sekitar tahun '87..
Dan saya tidak lepas kan peluang..

untuk mendaki gua Thur..
Umur saya ketika itu 33 tahun..

Ya ALLAH! malu saya tuan-tuan...
nabi yang umurnya 50-an..
mampu mendaki setinggi ini!!

saya yang 30-an ini..
sudah termengah-mengah..

malu tuan-tuan...
kita tak diminta untuk merasai semua itu...

Namun sejauh mana kita menyahut seruan Rasulullah..

Supaya menghijrahkan diri kita??!!"


Sedikit petikan dari ceramah Ustaz Hashim tempoh hari..
Saya hanya mampu tunduk.

Malu.


..............................................................................





Rasulullah telah berjaya menjalankan tanggungjawabnya.

Berjaya.

Baginda telah menyampaikan...
Baginda telah beritahu..

apa yang umatnya perlu tahu..

Umat Islam dahulu..
telah berhijrah..

Mereka telah menunjukkan kepada kita..
Apa erti hijrah yang sebenar..

Mereka tidak meminta kita mengulangi sejarah..

Harapan Rasulullah dan seluruh umat Islam..

Supaya kita umat akhir zaman ini..
menjadi penyambung hijrah...

Hijrahkan diri dari cengkaman jahiliyyah..
Hijrahkan diri dari belenggu syaitan..
Hijrahkan diri dari nafsu yang mengongkong..

Ayuh hijrah hati kita..
Untuk lebih dekat dengan Tuhan.

Kita hidup di dunia tidak lama..
Aku anggarkan hidup seorang individu itu 100 tahun.

Dan kamu rasa itu lama?

Sekejap sangat!
Dan sikit sangat amalan yang mampu ditumpuk..

jikalau hendak dibandingkan dengan.
umur akhirat..

yang berkali-kali ganda lamanya..

Tidakkah engkau tahu?

manfaatkanlah dunia yang sementara..
berusahalah untuk akhirat yang selama-lamanya..

Salam ma'al hijrah!
Wednesday, December 1, 2010

3 Sahabat "Ha"






post kali ini..
saya berminat hendak memperkenal 3 orang sahabat saya..
sahabat rapat saya..

Bukanlah bermaksud mereka sahaja sahabat rapat saya..

Cuma kaitan sahabat kali ini..
Nama mereka semua ada huruf "Ha"..
hehe

OK.
Selamat berkenalan dengan mereka!


....................................................................




Muhammad "HA"fiy bin Abdul Razak.

Mula bersahabat sejak darjah 5..
Sehinggalah kami berpisah..
di tingkatan 1..

Hafiy dapat tawaran ke SMAP Labu, Seremban..
Asrama penuh..
Dia dapat 5A.

Manakala aku terus kekal di sini..
bersekolah di SMK Saujana Utama.

Sedih memang sedih..
Tapi nak buat macam mana..
Takdir telah tertulis..

Namun apa yang menarik tentang persahabatan kami..
Kami tetap akan berjumpa..

Bila waktu cuti..
mesti jumpa..
setiap tahun..
Dan itu yang membuatkan persahabatan kami terus kekal..

Sehingga sekarang..

Antara kenangan yang tak boleh dilupakan..
Kami masuk pertandingan robotik..
wakil sekolah..
dengan 2 orang sahabat lagi..
Azim Syahmi dan Amirul Hafiz.
memang satu "kepala" yang gila suatu ketika dahulu..
hahah..

lagi satu memori yang tak boleh dilupakan..
makan burger..
hehe

Bagiku, Hafiy seorang yang bijak dan intelek..
dan sangat mementingkan akademik..

Dan dia sentiasa mahukan aku
berusaha bersungguh-sungguh..
jangan malas-malas..

aku sangat menghargai dia.
Syukran Hafiy!

......................................................




Far"HA"n Azrayl Zailani.

Mengenali beliau sejak darjah 5.
Mula rapat tahun ini..

Setelah ditakdirkan Allah..
kami satu kelas (form 4)..
4 Eris..
ambil Sains Tulen..

seronok berkawan dengannya.
Sebab kami menyimpan minat yang sama..

MUZIK.

KARTUN (hehe..)

dan banyak persamaan yang lain..

Hari di sekolah..
Ada saja benda yang hendak disembangkan..

Sehinggakan bila bergurau tu..
kami sahaja yang faham apa yang "diguraukan"..
Orang lain tak faham..

Antara kenangan yang tak boleh dilupakan..

Pergi tuisyen same-same..
Main FIFA sama-sama..
hehe..

Bagiku, Farhan seorang yang sangat terbuka...
Sangat mementingkan emosi..

Dan benar-benar mengajarku..
supaya melakukan sesuatu dengan ikhlas..

dan seorang yang sangat mementingkan TUJUAN.
Apa tujuan sebenar kau melakukan sesuatu perkara.

Syukran, Farhan!


..................................................................




Mohamad "HA"fiz bin Rozali


Sahabatku yang paaaaaling rapat.
pertemuan kami sangat unik..
dan sangat indah..

Mengenali beliau..
Sewaktu tingkatan 2..

Mula rapat..
hujung tahun sudah..

Persahabatan berlaku..
kerana perubahan..

Aku dan Hafiz..
kami berdua awalnya..

sudah jauh dengan Allah..
Namun Allah itu maha Berkuasa..

Di atas nama Hijrah..
Allah pertemukan kami..

Kalau ingin dicerita..
panjanglah ceritanya..

Cukuplah sekadar pembaca tahu..

Kami berusaha untuk kembali pada Allah..

dan sekarang..
Kami berada dalam satu landasan perjuangan.

Walaupun sekarang..
Hafiz bersekolah di SMK Bukit Gading..
Namun kami "wajib" berjumpa..

Seminggu tidak berjumpa dengan Hafiz..
aku rasa boleh jadi gila..

Kerana dialah sumber kekuatanku...

Setiap kali aku gembira,
Hafiz sentiasa ada mewarnai kegembiraanku..

Setiap kali aku sedih,
hafiz sentiasa ada menemani
hari-hariku yang menyedihkan..

Dan itu membuatkan aku..
tidak sewenang-wenangnya.
akan menyakiti hati dia..

persahabatan kami baru genap setahun..
Namun pelbagai kenangan..
yang takkan aku lupakan..

penat lelah dalam perubahan..
Pengorbanan dalam perjuangan..

Dan semua itu terasa amat manis..
kerana ditempuh bersama.

Bagiku, Hafiz adalah separuh dari diriku.

Dia sumber kekuatanku..
Orang yang mampu menegurku..
Orang yang mampu mendengar luahan hatiku..

Sahabat dunia akhirat.

Jazakallahu khairan kathiran, ya akhi!!

VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga