Sunday, March 6, 2011
Bas Da'wah
"Dan janganlah engkau berjalan di bumi
dengan berlagak sombong,
kerana sesungguhnya engkau
tidak akan dapat menembusi bumi
dan engkau tidak akan dapat
menyamai setinggi gunung-ganang."
Al-Israk: 37
dengan berlagak sombong,
kerana sesungguhnya engkau
tidak akan dapat menembusi bumi
dan engkau tidak akan dapat
menyamai setinggi gunung-ganang."
Al-Israk: 37
Tiba-tiba fikiran kembali
mengimbau kenangan sewaktu dalam perjalanan
pulang ke kampung..
Kampungku yang terletak jauh di Kangar, Perlis.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 hingga ke 7 jam.
Pastinya suatu perjalanan yang sangat memenatkan...
Dan antara aktiviti utamaku di dalam kereta adalah tidur.. (hehe)
Kawasan perhentian rehat sentiasa menjadi peneman
di sepanjang perjalanan..
Di suatu senja..
Di lokasi kawasan rehat..
Mataku terpandang sebuah bas..
Hanya sebuah bas biasa..
Tiada yang lebih, tiada yang kurang..
Tapi ada satu perkara yang membuatkan aku "jatuh cinta"
pada bas tersebut..
Apa istimewanya bas itu ya?
..........................................................
"Ya Allah, Selamatkanlah Perjalanan Bas ini"
Ya.
Itu yang membuatkan aku tertarik dengan bas itu.
Terpampang jelas "sticker" besar yang melekat di dinding bas.
Malah sticker itu lebih menjadi perhatianku daripada
bas itu sendiri.
Tersenyum lebar aku memandangnya..
Bagiku bas itu benar-benar lain daripada yang lain..
Bas tersebut bukan lagi sekadar bergelar pengangkutan awam.
tetapi juga boleh digelar sebagai "DA'WAH BERGERAK!"
Mereka boleh berkata..
Bas itu hanyalah sekadar perkhidmatan..
tidak lebih dari itu..
Namun apa yang aku lihat sekarang..
Bas itu berfungsi lebih daripada itu..
Dengan hanya sekeping STICKER,
bas itu boleh menterjemahkan keindahan
Islam yang sangat luas.
Kalau mereka berkata..
"Aku pemandu bas!"
"Aku pengurus bas!"
"Aku penjual tiket bas!"
Maka tidak akan wujud lagi persoalan..
"Bagaimana bidang kerja kami ini boleh terlibat dengan da'wah..?
merepek betul..."
dan jawapannya kini terpampang jelas di hadapan mataku.
Semua orang ada peluang untuk berdakwah.
Semua orang ada kelebihan untuk mengajak orang lain
memahami Islam..
dan langsung tidak wujud kenyataan yang mengatakan..
"da'wah itu hanyalah untuk ustaz, ustazah.."
"da'wah itu tempatnya di masjid, surau.."
Tidak. Sama sekali tidak.
Da'wah itu universal. Da'wah itu fleksibel.
Menjadi kerugian yang besar apabila da'wah cuba disempitkan.
"Dan hendaklah ada di antara kamu
satu puak yang menyeru (berdakwah)
kepada kebajikan (mengembangkan Islam)
dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik,
serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji)
dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."
Ali Imran: 104
satu puak yang menyeru (berdakwah)
kepada kebajikan (mengembangkan Islam)
dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik,
serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji)
dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."
Ali Imran: 104
...............................................................................
"Tengok bas itu.. ada nampak apa-apa yang special tak?"
"errkk.. tak nampak apa-apa pun.. biasa je.."
"Hiisshh.. takkan tak nampak apa-apa kut.."
"Tak la.. mane ade yang special pun.. biasa jer.."
"cuba tengok sticker dia.. sticker yang bertulis..
"Ya Allah, Selamatkanlah Perjalanan Bas Ini"
"oohh.. nampak-nampak.. jadi.. apa yang special nya?
Aku mengeluh.
Susah benarkah hendak melihat dengan mata hati?
"Ajwad.. Ajwad.. janganlah over sangat..
semua orang boleh tampal sticker macam tu.."
"Semua orang? kau yakin semua orang boleh buat
macam tu??"
Dia terdiam.
"benda remeh macam ni lah orang selalu terlepas
pandang..
Kita senang berkata..
"eleh.. takda apa yang boleh dibanggakan.."
tetapi benda 'takda apa yang boleh dibanggakan"
itu lebih baik daripada kita yang tak buat apa-apa kan..??
"Oh.. kau perli aku eh!!??"
"Oh tak.. jauh sekali.. aku pun tak tampal
sticker apa-apa kat motor aku..
Cuma sekadar peringatan..
jangan suka merendah-rendahkan
kerja da'wah orang..
Walaupun nampak hasil kerjanya kecil..
tapi nilaian di sisi Allah itu sangat besar..
Cuba bayangkan..
Setiap kali penumpang ingin
memasuki bas..
mereka pasti akan terbaca sticker itu..
Jika 10 orang telah membaca..
maka pemilik bas telah berjaya berda'wah kepada 10 orang!
Jika 50 orang? 100 orang?
Bukankah itu menguntungkan?
"tapi.. apa isi da'wah yang berjaya disampaikan??
macam tak tinggalkan kesan je.."
"hhmm..
mudahnya kau menilai..
bukankah melalui sticker itu..
pemilik bas 'mengajak' penumpangnya bertawakkal dan
berserah diri kepada Allah?
Bukankah itu juga salah satu kaedah da'wah?
Hal ini menunjukkan pemilik bas sangat
faham akan konsep Islam yang sebenar.
pemilik bas tahu..
keselamatan perjalanan bas itu bukan terletak
pada si pemandu bas..
tetapi terletak pada ketentuan Allah
dan sejauh mana kita bergantung harap pada-Nya.."
"Dialah yang menjalankan kamu di darat dan di laut
(dengan diberi kemudahan menggunakan
berbagai jenis kenderaan);
sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera
dan bahtera itu pula bergerak laju
membawa penumpang-penumpangnya
dengan tiupan angin yang baik
dan mereka pun bersukacita dengannya;
tiba-tiba datanglah kepadanya
angin ribut yang kencang
dan mereka pula didatangi ombak
menimpa dari segala penjuru,
serta mereka percaya bahawa
mereka diliputi oleh bahaya;
pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah
dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata
(sambil merayu dengan berkata):
Demi sesungguhnya!
jika Engkau (Ya Allah)
selamatkan kami dari bahaya ini,
kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur."
Yunus: 22
(dengan diberi kemudahan menggunakan
berbagai jenis kenderaan);
sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera
dan bahtera itu pula bergerak laju
membawa penumpang-penumpangnya
dengan tiupan angin yang baik
dan mereka pun bersukacita dengannya;
tiba-tiba datanglah kepadanya
angin ribut yang kencang
dan mereka pula didatangi ombak
menimpa dari segala penjuru,
serta mereka percaya bahawa
mereka diliputi oleh bahaya;
pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah
dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata
(sambil merayu dengan berkata):
Demi sesungguhnya!
jika Engkau (Ya Allah)
selamatkan kami dari bahaya ini,
kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur."
Yunus: 22
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
VIEWS METER
About Me
- ajwadaie
- Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
Followers
Popular Posts
-
Hazirat Yazid bin Maisarah r.a. pernah berkata.. Tangisan seseorang itu berlaku kerana 7 PERKARA.. Pertama.. Kerana gembira.. Kedua.. Kerana...
-
Suatu petang yang terik. Berkesempatan juga aku singgah di masjid Saujana Utama Untuk menunaikan solat 'asar. Setibanya aku di perkarang...
-
Seorang hamba Allah memberi pandangan.... "Dalam Islam.. Kalau tak silap saya.. bila kita dah suka kat seseorang.. kita akan ala-ala co...
Powered by Blogger.
2 comments:
Ana dah belajar satu bende baru...trimas...^^
hu3.....great
Post a Comment