Thursday, March 17, 2011
Keyakinanku..
Wahai orang-orang yang beriman,
kalau kamu membela (agama) Allah
nescaya Allah membela kamu
(untuk mencapai kemenangan)
dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
Muhammad: 7
Ayat Al-Quran ini sering menjadi penguat semangat untuk aku terus
menghayati dan menyebarkan Islam..
Kerana aku tahu,
keyakinan (IMAN) itu amat penting untuk menggerakkan segalanya.
Aku yakin bahawa janji-janji Allah itu benar dan tiada keraguan padanya.
Aku yakin..
bantuan Allah itu pasti hadir bagi mereka yang terus
tetap berada di jalan-Nya.
Aku yakin..
di akhirnya nanti..
Mereka yang BENAR-BENAR beriman akan dihimpunkan
di satu tempat yang membawa bahagia dan ketenangan yang abadi..
Allah kata itu SYURGA.
Aku yakin..
Suatu hari nanti..
Aku akan bertemu Tuhanku..
Disaat itu..
tiada perkataan yang dapat digambarkan melalui kata-kata.
Setelah seluruh hidup di dunia digadaikan untuk memperhambakan diri
di atas jalan agama-Nya..
Cuma bila saat ketikanya..
Aku tidak mengetahui..
Sedangkan Allah itu maha Mengetahui..
Maka di saat itu,
giliran Allah SWT untuk menilainya.
Allahu akbar!
Sungguh aku tidak sanggup mendengar jika masih
ada "ketidakcukupan" amal perbuatanku
ketika aku menghadap Allah Azza Wa Jalla.
Sungguh aku tidak sanggup mendengar
cacat-cela dosa yang aku lakukan selama hidup di dunia..
Maka dengan itu..
Aku menadah tangan setinggi-tingginya..
Memohon kepada Tuhan Pemilik Hari Pembalasan..
"Ya Allah..
Kau berkatilah perjuanganku ini..
Jangan kau biarkan umurku berlalu sia-sia.."
"Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya Engkaulah yang akan
menghimpunkan sekalian manusia,
untuk (menerima balasan pada)
suatu hari (hari kiamat)
yang tidak ada syak padanya.
Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya."
Ali Imran: 9
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
VIEWS METER
About Me
- ajwadaie
- Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
Followers
Popular Posts
-
Hazirat Yazid bin Maisarah r.a. pernah berkata.. Tangisan seseorang itu berlaku kerana 7 PERKARA.. Pertama.. Kerana gembira.. Kedua.. Kerana...
-
Suatu petang yang terik. Berkesempatan juga aku singgah di masjid Saujana Utama Untuk menunaikan solat 'asar. Setibanya aku di perkarang...
-
Seorang hamba Allah memberi pandangan.... "Dalam Islam.. Kalau tak silap saya.. bila kita dah suka kat seseorang.. kita akan ala-ala co...
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment