Saturday, January 15, 2011

Segera Tinggalkan...





"Mat! kau nak gi mane tu??"


Dol menegur Mat.
Kebetulan Dol ternampak Mat lalu di hujung jalan.

"Erk.. ada la.. tak payah la kau tahu..."

Mat dahulunya adalah seorang penagih dadah.
Dia baru sahaja selesai hukuman penjara dan
kini dia bergelar bekas banduan.

Dia benar-benar tekad hendak berubah.
Dia mahu tinggalkan najis itu!
Dia tidak mahu lagi menyusahkan keluarganya.

Dol pula kawan "sampah"nya..
Dol masih lagi menagih dadah.
Badannya kurus kering, susut.
Cengkung benar pipinya.

Mujur dia masih selamat..
Dia belum bergelar banduan.
Mungkin kerana dia jauh dengan masyarakat.

"wei mat.. lepak dulu.. sembang-sembang jap..."


..........................................................................................





Sebenarnya Mat dalam perjalanan menuju ke surau.
Dia mahu mendekati surau.
Bergaul dengan ustaz-ustaz supaya dapat
membimbingnya untuk menghayati agama.

Fikir Mat, itu sahajalah jalan
yang mampu membersihkan hatinya.

Keluarganya sudah tidak mahu menerimanya..
Seolah-olah dia tidak wujud di dunia ini.



"Mat.. ade barang baik Mat..
jom layan jap hujung kampung.."

"Taknak Dol.. aku da taknak da...
cukup la cerita lama..

Taubat ar.. aku taknak buat keje bodoh ni.."

"Alaa mat... kau bajet alim pulak...
aku tau kau sangap lagi..
jom la layan... ni baik punye barang ni...
"fresh" lagi... jom la.."

Sekejap-sekejap Dol meraba hidungnya.
matanya kuyu bagai orang mengantuk.
Tak kurang macam mayat hidup..



"tak boleh Dol.. orang kampung tahu..

mati aku.. cukup la.. aku taknak masuk jail lagi..."

"kau nak takut ape, bodoh!! hujung kampung tu..
mane ader orang.. orang-orang cam kite je duk situ..

jom la mat.. teman aku.. jom eh..??"


Mat berfikir panjang.
Fikirannya bercelaru.

Dia mahu menolak, tapi dia masih "cinta" najis itu.
Berat rasanya mahu dilupakan.

Mat tak mampu tahan lagi..
Dia tekad, ini yang terakhir!!

lepas ini dia takkan jumpa Dol lagi.
Dia benar-benar tekad..

"Boleh la.. janji ni last!! kau jangan hasut aku lagi lepas ni!!"


"hehehe... ok..
aku tahu.. kau mane boleh lupe mat.."

lalu mereka terus menaiki motor,
menuju ke tempat yang tiada siapa akan nampak.

Namun mereka lupa, Allah sentiasa melihat mereka.

Mat batalkan niatnya hendak ke surau.
Diikutnya Dol untuk menikmati hidangan terakhirnya.

Mereka tidak tahu..
apa yang bakal mereka hadapi selepas itu.

..............................................................





Dol menunggang motor bagai orang gila.
Terhuyung-hayang, laju tak terkata.

Naik pening Mat yang menumpang di belakang.


"Dol!! slow sikit..!! kau nak mampus ke??"

"haha.. rileks la.. aku da biasa da.."

Sekejap-sekejap dia mengangkat motornya.
Bergeraklah motornya dengan satu tayar.

Mat sudah terkial-kial.
Dalam hati, dia berdoa.

"Ya Allah!! selamatkan aku!!"


Tiba-tiba ada sebuah lori bergerak
dari arah bertentangan.

Terkejut mereka.
Dol tidak mampu mengawal motor lagi..

Dia benar-benar takut.
Mukanya pucat tanpa darah.

Bunyi hon lori itu langsung tidak
membuatkan motor itu berhenti.


lalu...

berlanggar kedua-dua kenderaan itu.
Dol terjatuh dari motor.

Kepalanya tepat-tepat mencium tanah
dibawah lori.

Berlaku pendarahan yang sangat banyak.
Kemudian..
Kepalanya digilis pula oleh tayar lori.

putus kepalanya!!!
terpisah dengan badan.
terpancut-pancut darah keluar.
sangat mengerikan.

Mat juga tidak kurang parahnya..
namun mujur dia terpelanting ke dalam semak.

tangan dan kakinya patah.
dia koma.


.......................................................





Mat membuka matanya perlahan-lahan..
Dia nampak kipas berpusing-pusing di atas siling.


Kemudian dia menoleh ke kiri.
dia nampak mak dan ayahnya..

Kemudian di toleh ke kanan..
Dia nampak adik-beradiknya..

Mengalir air matanya perlahan-lahan.

kemudian dipaksa matanya melihat seluruh badannya..

Penuh dengan balutan.
Kaki nya bergantung.
tangan bersimen.

Semakin deras air matanya mengalir..

"mak.. dol mana mak..??"

giliran maknya pula menangis teresak-esak.

"mat.. Dol dah takda mat.. dia dah pergi.."


Mat benar-benar menyesal di atas perbuatannya..
di membayangkan..

kalaulah kepalanya yang digilis tempoh hari..
adakah dia masih hidup hari ini?

Adakah dia sempat memohon taubat kepada Allah?

"Allah masih sayangkan aku..
Allah masih beri peluang kepada ku untuk hidup..
Allah masih beri peluang kepadaku untuk bertaubat.

terima kasih ya Allah!!!"


.............................................................





Sahabat..
segeralah tinggalkan maksiat..

kita tidak pernah tahu..
bagaimana mati kita..

husnul khatimah (mati baik) ataupun su'ul khatimah (mati buruk)?

Bila-bila sahaja Allah boleh tarik nyawa kita..

terdetik untuk melakukan kebaikan,
jangan bertangguh-tangguh!

terdetik untuk melakukan kejahatan,
segera tinggalkan!

kerana kita tidak pernah tahu bagaimana penghujung kita..

boleh jadi waktu kita sedang melakukan kebaikan,
waktu itulah ajal kita..

Boleh jadi waktu kita sedang melakukan kejahatan,
waktu itulah malaikat ragut nyawa kita!

na'uzubillahi min zalik.

Jangan tunggu waktu tua..
mula dari sekarang!

kerana waktu tua tidak pernah menjamin
perubahan kita..

semoga Allah beri kekuatan kepada kita, INSHA ALLAH.


"Tiap-tiap diri akan merasai mati
dan Kami menguji kamu dengan kesusahan
dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada
Kamilah kamu semua akan dikembalikan."

Al-Anbiya: 35









0 comments:

VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga