Wednesday, January 26, 2011

Jika Angin Bisa Digambarkan





"Dan Dialah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai
berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya...."

Al-Furqan: 48



Angin..

Jika engkau bisa digambarkan..
Mahu sahaja aku peluk cium kamu..
Tanda penghargaan terima kasih yang tak terhingga..
Kerana sering memberi ketenangan kepadaku..

Namun itulah kamu..
Kamu terlampau halus untuk mataku..
Kamu terlampau rumit pada gambaranku..

Aku tercari-cari..
Dimanakah kamu sebenarnya?

Ucapan terima kasihku..
Tak pernah sekalipun di balas "sama-sama"..

Namun aku tahu kamu mengerti maksudku..
Kerana kamu makhluk Allah juga..

Angin..
Kau tidak pernah letih..
meniup kelembutan dalam nyaman..
membelai jiwa dalam keresahan..

Aku kagum dengan istiqamahmu..
Aku sangat-sangat bersyukur kepada Allah..
kerana menciptakan kamu..

Namun sesekali hatiku diuji..
Dengan ketiadaan kamu..

Aku tunggu dengan penuh sabar..
Kerana aku yakin..
ujian ini pasti ada hikmahnya..

Bila kamu hadir..
Aku menyambut dengan kata syukur
pada PenciptaMu..

Kerana menghadiahkan kamu..
Setelah mengujiku..

Angin..

Belailah aku dengan kasih sayang..
Selagi mana kasih sayang Allah masih bersamaku..

Angin..

Jangan kamu hembus aku dengan hembusan kebencian..
Aku tidak mahu kemurkaan Allah..
singgah walau sesaat pun padaku..

Kamu makhluk patuh..
Kamu makhluk taat..

aku mahu berusaha menjadi sepertimu..



"......demikian juga (pada) peredaran angin dan awan
yang tunduk (kepada kuasa Allah)
terapung-apung di antara langit dengan bumi;

Sesungguhnya (pada semuanya itu)
ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah
kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya)
bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran."


Al-Baqarah: 164



0 comments:

VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga