Tuesday, November 16, 2010
Ucapan 'Eidul Adha
Bismillahirrahmanirrahim...
"Pengorbanan."
Satu perkataan yang mudah diungkap..
Namun tidak mudah dizahirkan..
Tidak mungkin satu pengorbanan itu..
di hujung perjalanannya ialah PUTUS ASA.
Kerana pengorbanan itu sifatnya 'berterusan.."
Di saat Siti Hajar berlari anak..
berulang-alik..
Dari Safa ke Marwah..
Mencari sumber air..
Buat anak yang bernama Ismail..
Yang tidak henti menangis kehausan..
Dari sana ke sini..
Dari sini ke sana..
Adakah waktu itu Siti Hajar mengenal erti putus asa?
Oh tidak..
kerana disitu terletak erti pengorbanan yang sebenar..
Di saat Nabi Ibrahim..
Diperintah oleh Allah SWT..
supaya menyembelih Nabi Ismail..
Ah! sungguh..
Itu benar-benar ujian yang sangat berat..
Adakah nabi Ibrahim ingkar?
tidak..
kerana baginda benar-benar yakin..
bahawa pengorbanannya benar-benar dinilai oleh Allah..
Lalu siapa yang menjadi saksinya?
Allah SWT adalah saksinya..
Sekarang..
sudah tiba masanya kita nilai diri kita..
Sejauh manakah pengorbanan yang telah kita zahirkan?
Masih berterusan?
Ataupun sudah terhenti?
TEPUK DADA, TANYA IMAN.
Dan sesungguhnya pengorbanan itu indah sifatnya..
..........................................................................
"Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil) dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): Sesungguhnya aku akan membunuhmu!. (Habil) menjawab: Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa."
Al-Ma-idah: 27
Kisah yang dipetik dari Al-Quran ini..
benar-benar mengajar kita erti pengorbanan yang sebenar..
Sejauh manakah kesungguhan kita menyatakan pengorbanan..
dan pengorbanan yang sebenarnya..
pengorbanan yang ikhlas..
Itulah pengorbanan yang diangkat oleh Allah..
Sebagai pengorbanan YANG DITERIMA..
Lantas bermonologlah pada diri..
"apakah pengorbananku diterima?"
...............................................................................
Dengan pengorbanan...
Maka terhapuslah sifat kesombongan dan keegoan..
Dengan pengorbanan..
Akan terbinalah satu ikatan persaudaraan yang sangat kukuh..
Dengan pengorbanan..
Kita akan benar-benar mengenal ni'mat kehidupan pada MEMBERI..
Dengan pengorbanan..
kita benar-benar mengiktiraf diri kita..
sebagai hamba kepada Yang Maha Pencipta..
Pengorbanan terasa sangat indah..
Jika kita benar-benar memahaminya..
Pengorbanan terasa sangat indah..
walaupun jalan-jalan untuk menzahirkannya..
perit dan menyakitkan..
Oh! beruntunglah mereka yang SEDIA berkorban..
IKHLAS hanya kerana ALLAH SWT..
KAMU BERSEDIA?
p/s: Salam 'Eidul Adha dari saya Muhammad Ajwad bin Amaluddin sekeluarga.. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
VIEWS METER
About Me
- ajwadaie
- Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
Followers
Popular Posts
-
Kisah ini adalah berdasarkan kisah sebenar. Jika anda pernah atau sedang berada didalamnya, saya mengajak kita semua bermuhasabah. Mudah-mud...
-
Hazirat Yazid bin Maisarah r.a. pernah berkata.. Tangisan seseorang itu berlaku kerana 7 PERKARA.. Pertama.. Kerana gembira.. Kedua.. Kerana...
-
Pernah tak sesekali kita mencabar Allah? mencabar hukum Allah? Kadang-kadang kita tak sedar.. Hakikatnya kita pernah mencabar Allah. Mulut k...
Powered by Blogger.
1 comments:
Salam aidil adha buat akhi dan keluarga :D
Pengorbanan adalah mahar kita untuk ke syurga.
Biarlah kita kini menderita, daripada terseksa menderita disana..
Post a Comment