Wednesday, November 3, 2010

DIA Lebih Mengenalimu..





Pernah ketika kita inginkan sesuatu..
Lain pula yang kita dapat...

Pernah sekali kita rancang sesuatu..
lain pula yang terhasil..

Kita mengharapkan semua subjek "A+" di dalam peperiksaan...
Tapi tak pula kita dapat..
Ada juga B..
Dan ada juga C..

Kita mengharapkan kesenangan hidup berpanjangan..
"ENJOY" tidak henti..
Tetap juga tidak pernah dikecapi..
Adakala stress..
Adakala kecewa, tertekan..

Kita mengharapkan "couple" yang sentiasa setia disisi..
Menemani saat suka dan duka..
Tapi tidak pernah seorang pun yang setia disisi..
Disisih.. Dianggap kolot zaman purba..
Tidak tahu bercinta..
Malah ada pula yang berkata..
Tidak mengikuti trend perkembangan barat..


Kenapa Allah tidak memberikan semua peluang ini?
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Allah tidak mendengarkah hajat kita?

------------------------------------------------------------





Soalan yang pertama..
SIAPA YANG MENCIPTAKAN KITA?

Jawapan orang beriman mengatakan..

ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA..

Allah menciptakan kita..
Adakah Allah tidak mengenali kita..?

Oh, sudah tentu.
Pencipta lebih mengenali apa yang dicipta.

Adakah Allah itu tidak memahami kita?

-----------------------------------------------------





"Sesiapa yang
beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan."


Allah tidak memberi kita A+ dalam peperiksaan..
Tetapi Allah beri kita A+ dalam menjaga solat fardhu..

Allah tidak memberi kita kesenangan hidup berpanjangan..
Allah beri kita kebahagiaan dan ketenangan hidup yang berkekalan..

Allah tidak memberi kita pasangan "couple" yang sudi menemani..
suka dan duka..
Tetapi Allah ingin mengurniakan bidadari, iaitu isteri yang setia bersama
sehingga ke syurga..
Dengan ikatan nikah yang suci..

Allah tidak memahami kitakah?
Oh tidak..

Allah sangat memahami kita..
Dan oleh itu juga Allah mahu memelihara kita..

Allah tidak mengurniakan sesuatu itu..
kerana ada sesuatu yang lebih baik..
yang hendak Allah kurniakan..

Hatta sehingga tidak ada balasan sekalipun didunia..
Diakhirat nanti.. PASTI..

CONFIRM..

jaminannya..

SYURGA!

Allah Tuhan Pencipta..
Tak usah pertikaikan Pemberian-Nya..

Kerana..

DIA LEBIH MENGENALI KITA!


0 comments:

VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga