Saturday, November 6, 2010
Mati itu SEDIA
"Macam mana ye?
Saya ni susah skit nak pakai tudung..
awak ada nasihat tak untuk saye?"
"erkk.. kenape ye? apa yang membuatkan awak tak boleh nak pakai tudung?"
"entah la.. keadaan sekeliling.. tak pernah mengizinkan.. family.. kawan-kawan.."
"owh.. awak pakai tudung sebab mereka ke.. atau sebab ALLAH?"
Senyap seketika.
"itulah sebabnya.. saya minta awak nasihatkan saya...."
Bunyinya menyedihkan.
"Hhhhmm..."
----------------------------------------------------------------------
"Soalan pertama untuk awak...
siapa yang menciptakan awak...?"
"erkk.. ALLAH?"
"macam tak yakin je.. hehe.."
"hehe.. ALLAH lah Tuhan kita.. yang menciptakan kita.."
"hhmm.. awak percaya tak kepada Allah?"
"mestilah percaya..."
"Jadi sudah sewajarnya awak memakai tudung..
yang memerintahkan awak menutup aurat itu bukan saya..
tapi ALLAH SWT.. Tuhan awak.. Tuhan kita..."
"Tapi kenapa? kenapa kena tutup aurat?"
"Aaaah.. kalau nak disenaraikan kelebihannya tentulah banyak....
tapi yang paling utama.. YANG MENURUNKAN PERINTAH itu.."
"Maksud awak?"
-------------------------------------------------------------------
"Allah itu Maha Bijaksana.. betul tak?
"Mestilah.."
"Buktinya..??"
"Dia menciptakan manusia.. alam sekitar.. planet-planet..."
"Ya, tepat sekali... Jadi?"
"Jadi??"
"Allah itu tidak bijaksanakah menurunkan perintah menutup aurat?"
"Errrkk..."
"Allah itu Maha BIJAKSANA.. jadi tidak usah mempertikaikan dengan kebijaksanaan kita..
yang SANGAT TERHAD..!!"
"betul juga.."
"Kesimpulannya.. tidak usah ber"KENAPA" dengan Allah.. itu menunjukkan kita belum yakin dengan DIA.."
------------------------------------------------------------------
"Tapi.. saya bukan TIDAK MAHU pakai tudung.. cuma TIDAK BERSEDIA.."
"Hhhmm.. kalau nak ikutkan tak sedia... semua benda tak bersedia...
nak solat tak sedia.
nak buat baik tak bersedia.
nak minta maaf tak sedia...
Jadi.. bila masanya ingin bersedia?"
"hhhmmmm...."
"satu perkara yang awak perlu tahu..
Satu kejadian yang bernama KEMATIAN itu sifatnya..
SENTIASA BERSEDIA...
dia sentiasa bersedia untuk menjemput kita pulang..
kembali kepada-Nya...
Jadi..
wajarkah kita tidak bersedia menutup aurat..
sedangkan MATI itu sentiasa bersedia menjemput kita?
wajarkah kita tidak bersedia menunaikan solat..
sedangkan MATI itu bila-bila masa sahaja BERSEDIA menjemput kita..?
wajarkah kita tidak bersedia berbuat kebaikan..
sedangkan MATI itu sentiasa bersedia...
MERAGUT kita?"
"Takutlah..."
"Siapa yang tak takut... saya pun takut.... kerana saya juga banyak salahnya.."
"Insya allah.. saya akan cuba..."
"awak jangan risau.. saya akan sentiasa berdoa kepada Allah.. supaya awak diberi kekuatan.."
"Insya Allah.. terima kasih.."
"Sama-sama.. awak doakan saya.. saya doakan awak... :)"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
VIEWS METER
About Me
- ajwadaie
- Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
Followers
Popular Posts
-
Kisah ini adalah berdasarkan kisah sebenar. Jika anda pernah atau sedang berada didalamnya, saya mengajak kita semua bermuhasabah. Mudah-mud...
-
Hazirat Yazid bin Maisarah r.a. pernah berkata.. Tangisan seseorang itu berlaku kerana 7 PERKARA.. Pertama.. Kerana gembira.. Kedua.. Kerana...
-
Pernah tak sesekali kita mencabar Allah? mencabar hukum Allah? Kadang-kadang kita tak sedar.. Hakikatnya kita pernah mencabar Allah. Mulut k...
Powered by Blogger.
3 comments:
assalamualaikum...
bila terbaca ayat KEMATIAN sentiasa BERSEDIA menjemput kita tu, mmg sgt menggerunkan...
smoga bila ajal dtg mnjemput kita,kita bersedia...
smoga kita mati dlm keadaan yg baik...husnul khatimah... insya Allah..
husna pun ada kwn yg mcm tu...selalu minta pndngan psl nak pki tudung ni.
wa'alaikumussalam..
terima kasih krana membaca.
ajwad hanya sekadar mencetus idea bagaimana mahu menegur kawan dengan berhikmah.
banyak perkara lagi kita boleh tekankan..
dalam menyentuh hati kawan2 kita utk menghayati Islam..
yang penting SABAR.
kerana org yg kita tegur..
tidak semudahnya menerima hujah kita.. :)
itulah yg sedang husna usahakan,ajwad...wlupun jalan tarbiyah ni susah,husna tetap akan cuba...
cuma husna perlukan sokongan orang sekeliling yg soleh dan solehah....
hmm,mmg btul..sbb tu la klu kita nak bawa seseorg ke jln Allah,biarla kita jadi org yg PALING HALUS... smpi org tu terbuka hatinya... insha Allah...
Post a Comment