Friday, September 16, 2011

FITRAH






" Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus
kepada agama (ALLAH);
tetaplah atas fitrah ALLAH yang telah menciptakan
manusia menurut fitrah itu.

Tidak ada perubahan pada fitrah ALLAH.
Itulah agama yang lurus;
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. "

(Ar Rum: 30 )



Dahulu sewaktu saya darjah 6..
Saya dapat masuk kelas pertama
di SK Saujana Utama, Sungai Buloh.

Nama kelas saya waktu itu 6 Fitrah...

Saya teringat waktu cikgu umumkan saya
dapat masuk kelas tu..

"Ajwad! awak kelas 6F.."

Terkejut gila.
Selalu kelas pertama mesti huruf "A" kat depan (waktu tu la)..
Sekali dapat huruf "F".

Siapa tak terkejut.
Lepas tu barulah cikgu cakap..

"kelas ni kelas pertama la..."

Huh.. lega.

Kalau tidak, nak cakap apa ngan ummi abah..

"Ajwad dapat kelas F!!"

"ape???!!!"

"6 FITRAH.. kelas pertama.."

hahaha..


p/s: aku masih belum mampu berfikir...



........................................................................................




" Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang
membersihkan hatinya (nafsunya)
dan rugilah orang yang mengotorinya. "

(Asy Syams: 9 - 10)





Haaaahh.. alangkah indahnya bercinta.

Waktu itu..
aku masih di Tingkatan 2.

Usia remajalah katakan..
Cinta menjadi tajuk utama dalam kehidupan seharian..

Menjejakkan kaki di sekolah menengah,
telah memperkenalkan aku dengan istilah-istilah
baharu seperti "love", "couple" dan sebagainya...

Kalau dulu waktu di sekolah rendah..
Bukan main alergik dengan cintan-cintun ni..

lagi-lagi alergik dengan ayat seperti :


"Kau suke die eh!!!"

"eeee.. suke perempuan...."

"kau ni.. gatal la...!!"


Sekarang, ayat-ayat tu dah jadi biasa.
Tak rasa apa-apa..

Pernah aku luahkan kat seorang kawan..

"weh.. aku ade minat kat sorang pompuan ni la.."

"sape?? sape??"

"mane leh gitau...!!"

"alaaarrhh... bagi la tau..."

"hhmm... tapi kan, boleh ke "bercinta-cinta" time skola ni??"

"alaahh.. rileks la kawan.. cinta tu kan FITRAH.. hehe.."

"hehehe.."

Cinta itu FITRAH?? Fitrah tu ape??
Aaaaahh.. lantaklah.. asalkan dapat bercinta..


hehehehe.

Ketawa seorang remaja yang masih belum memahami CINTA..


p/s: masih lagi belum mampu berfikir...



.............................................................................................





"Selamat Hari Raya!! kepada saudara serta saudari!!"


Aaarrgghh....

Raya yang semakin tidak bermakna.
Tak tahulah kenapa..

Sekarang aku berada di Tingkatan 5.

mungkin sebab tu kot..
sebab dah TUA!!!

Tapi lebih berat kepada teringatkan Ramadhan juga..

Rasa tak layak nak sambut raya..
Sebab "sambut Ramadhan" pun tak seberapa..

Tapi tak apa lah..

mungkin tahun depan best kot...

(harapan yang tiada kepastian..)

OK.
Kita tolak isu tu..

Sekarang aku nak tengok TV..

Aaahhh!! seorang ustaz sedang berkata-kata
dengan penuh bersemangat..

Slot Raya kot..

"Di hari raya yang mulia ini..
kita perlu kembali kepada FITRAH!!"


FITRAH??? macam aku pernah dengar perkataan itu..
tapi di mana ya??


apa maksud FITRAH sebenarnya??


p/s: aku mula berfikir.. dan bergerak untuk mencari!!!"



......................................................................................................




Aku dah baca beberapa artikel tentang FITRAH untuk
pengisian post kali ni..

Tapi aku tak suka "copy paste" apa yang telah aku baca.

Aku nak kongsi apa yang aku faham dari pembacaan itu..

Maksudnya, kalau kalian yang membaca ingin input-input
yang lebih, kalian juga perlu bergerak mencari..

itu lebih bermakna bukan??

Ok.

apa yang aku faham..

FITRAH itu bermakna SEMULA JADI.

Allah ciptakan manusia dengan sifat semula jadi yang pelbagai.
Tiada guru yang mengajar sifat-sifat ini..
Tiada silibus yang diperuntukkan untuk
manusia memahaminya..

kerana ia semula jadi.

Semula jadi dari Allah SWT
yang menciptakan manusia..


Semula jadi sayang..
Semula jadi cinta.
Semula jadi takut.
Semula jadi marah..
Semula jadi sedih..


Semuanya berlaku secara semula jadi..
Sesuai dengan ciri-ciri kita sebagai seorang manusia.

Bila kita pandang orang yang kita cinta, semula jadi terasa sayang..

Bila orang hina kita, semula jadi rasa marah..

Bila datang ujian, semula jadi kita rasa sedih..


Hebatnya Allah SWT yang menciptakan manusia..

Semua ini bukti kekuasaan Allah SWT..
Tidakkah kita melihat??



.......................................................................................




" Kami telah menunjukkan kepadanya
dua jalan (jalan kebaikan dan jalan kejahatan)."

(Al Balad: 10)




Hakikatnya Fitrah itu bersih.

cuma bila ia terbeban ke atas manusia,
fitrah itu terpaksa dibahagikan kepada dua.

pertama, FITRAH yang POSITIF.
Kedua, FITRAH yang NEGATIF.


Fitrah yang positif berlaku apabila
kita memandang ibu kita dengan perasaan kasih sayang..

Fitrah yang negatif berlaku apabila kita
memandang sahabat kita dengan pandangan benci dan marah..

Fitrah yang positif berlaku apabila kita
rasa simpati dengan orang yang ditimpa kesusahan..

Fitrah yang negatif berlaku apabila kita
menghina dan memperkecilkan orang susah..

Fitrah yang positif berlaku apabila
kita benci dengan orang yang melakukan kejahatan..

Fitrah yang negatif berlaku apabila
kita benci dengan orang yang melakukan kebaikan...


Dan disini, hanya fitrah positif yang diterima Allah SWT..

Dan Allah tidak membiarkan kita terumbang-ambing
dengan fitrah yang tidak menentu..

Allah menurunkan agama yang suci dan indah..

itulah agama ISLAM, untuk merungkai apa itu FITRAH yang sebenarnya..

Contoh paling mudah ialah CINTA.
Benar, cinta itu fitrah.

Allah tahu, manusia itu tidak lari dari cinta..
Kenapa pula Allah tidak tahu, sedangkan Allah
yang menciptakan kita..

Dan Allah yang mencurahkan cinta di setiap diri manusia..

Tapi jangan kita lupa, Allah juga turunkan Islam..
untuk menunjuk arah ke mana fitrah cinta itu perlu berada..

Allah halalkan nikah, perkahwinan..
Supaya fitrah CINTA itu sentiasa terpelihara.

Allah haramkan zina, ikhtilat (couple), pergaulan bebas..
Untuk menjaga kesucian fitrah cinta itu sendiri..

Supaya kita hamba-Nya..
Sentiasa berada di landasan FITRAH yang sebenar..


Subhanallah, maha suci Allah..
Sungguh, Allah lah sebaik-baik Penolong..


p/s: kini aku mengerti.. tinggal mahu membumikannya!


:)





0 comments:

VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga