Friday, December 31, 2010

Jangan Terburu-Buru!





Suatu petang yang terik.

Berkesempatan juga aku singgah di masjid Saujana Utama
Untuk menunaikan solat 'asar.

Setibanya aku di perkarangan masjid,
azan terus kedengaran.

Alhamdulillah, dapat juga aku mengejar solat awal waktu hari ini.


Segera aku berlari menuju ke tempat mengambil wudhuk.
Di dalam hati aku berkata,

"kena cepat ambil wudhuk ni.. selesai azan, boleh terus
solat sunat rawatib sebelum asar."


...............................





Tiba di tempat mengambil wudhuk,
Aku lihat seorang pakcik sedang berdiri.
Dia memandangku.
aku berhenti seketika.

Pada pemerhatianku, dia pastinya hendak mengambil wudhuk.
seluar kakinya dilipat. lengan bajunya juga dilipat.
Tapi dia masih berdiri.
Hanya memeluk tubuh.
Terus memandang tajam ke arahku sambil tersenyum kecil.

Tak sedap hati pula rasanya..

Aku mempedulikannya.
Lalu aku terus berjalan menuju ke batang paip..
ya, untuk mengambil wudhuk.

"Ehem!!"

Pakcik itu memberi isyarat.
Dia tersenyum sekali lagi.

sekarang baru aku faham, dia minta aku berhenti.
Azan sedang dikumandangkan.

aku tersenyum malu.
Lalu terus berdiri sepertinya sehingga azan selesai dikumandangkan.

....................................




"adik.. apa salahnya kita berhenti seketika..

tunggulah sehingga selesai azan.. hormat azan..
baru ambil wudhuk.
Tak ada apa-apa yang perlu diburu-burukan..

tak lari ke mana batang paip tu!"


dia menasihatiku.
Masih tak lekang senyuman dibibirnya.

Aku hanya mengangguk.
Malu juga rasanya..

Benar.
Kalau nak diikutkan, boleh sahaja aku mengambil wudhuk
ketika itu.

Tapi pakcik itu mengajar aku sesuatu.

Jangan terburu-buru!


...................................





sifat terburu-buru@ kelam kabut itu..
Banyaknya datang dari bisikan syaitan..


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ;


" Ketenangan adalah daripada Allah manakala
terburu-buru adalah daripada syaitan. "
( Imam Al-Baihaqiy)



Lagi-lagi bila kita hendak melakukan banyak kerja..

pernah dengar pepatah inggeris?

"kill two bird in one stone"?

haaa.. melakukan dua kerja dalam satu masa.
Syaitan tentu akan mengganggu kita..

akhirnya..

"yang dikejar tak dapat,
yang dikendong berciciran!"

satu kerja pun tak jalan.

sebab apa?
sebab terburu-buru!

..............................





Tenang.
Sifat yang sangat terpuji.


"Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati
orang-orang yang beriman
supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman
dan keyakinan mereka yang sedia ada;

Al-Fath: 4



latih diri kita untuk "rileks" dalam melakukan sesuatu perkara.

tapi jika ada situasi yang menuntut kita "laju",
jangan kita rileks pula!


contohnya ada tetamu menziarahi kita.

"abang man! ada tetamu datang ziarah.. pegi la layan.."

"ala.. rileks la.. kita mesti tenang..!"

mana boleh macam tu.


Tenang biar bertempat.
"laju" juga, biar bertempat.

Tapi hakikatnya...


kita kena terima satu kenyataan.

Dalam kelajuan, perlu ada ketenangan.

Kerana dengan ketenangan, timbul rasa berhati-hati.


"Abahnye.. bawak la kete slow sikit!!"

"Mana boleh! nanti lambat sampai majlis tu!!"

Lihat.

tanpa tenang, kita lupa hendak berhati-hati.


Orang itu bijak..

apabila dia dapat melakukan sesuatu aktiviti
dengan CEPAT dan TENANG.

Orang itu juga bijak..
apabila dia tahu..
kerjanya memakan masa yang lama.
tapi dia masih mampu TENANG!

sebab dia tahu..
Dia tidak dapat apa-apa..
malah membahayakan dirinya sendiri..

apabila dia terburu-buru!

0 comments:

VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga