Sunday, July 18, 2010
Warkah dari Hafiz
Ke hadapan sahabatku yang disayangi selalu,
Saudara Muhammad Ajwad bin Amaluddin.
Semoga gembira dan tenang mengharungi noda-noda hidup
yang khas untuk akhi lalui.
Tidaklah ana menulis surat ini tanpa tujuan yang kosong.
sungguh, ana memang tak pandai menulis surat ini.
Harap akhi memahaminya.
Sebelum ana meneruskan coretan dalam surat ini, ana ingin megucapkan
"Selamat Hari Lahir Yang Ke- 16".
Moga-moga hidup akhi lebih banyak memberi daripada menerima.
Bak kata moto hidup Ustaz Hasrizal, "Erti Hidup Pada Memberi".
Ingat tak lagi sewaktu akhi bersama rakan yang lain
menyambut hari lahir akhi,
ana dan khalid sedang berjalan berlawanan dengan akhi?
Waktu itu akhi sedang bermain tepung.
Ana amat-amat bengang dengan akhi waktu itu sebab ana rasa yang
main-main tepung tu buang masa. (Waktu itu, ana baru nak berubah).
Tak sangka sekarang kita menjadi sahabat satu fikrah.
Betul kata akhi, semakin kita berusaha mengejar redha Allah,
semakin bertalu-talu ujian yang hadir.
Tetapi ana yakin dengan kekuatan jemaah kita beserta dengan
keintelektualan yang ada pada akhi,
INSYA ALLAH kita dapat tempuhi keadaan ini.
Tidak lupa juga SPM yang bakal kita tempuhi tidak lama lagi.
Harapnya akhi sudah bersedia. Insya Allah.
Sampai disini sahaja celoteh ana.
Moga bermanfaat buat akhi.
"Hadirkan SINERGI dalam persahabatan kita!"
-Jazakallahu khairan kathiran!-
(p/s: wahai sahabatku hafiz.. kerendahan hatimu membuatkan aku sentiasa menghormati
dan menyayangimu. uhibbuka fillah, ya akhi!)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
VIEWS METER
58638
About Me

- ajwadaie
- Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
Followers
Blog Archive
-
▼
2010
(64)
-
▼
July
(14)
- Siapa Pencipta Semua Ini?
- Menunggu "Dia Yang Terpilih"
- Soal Jawab Isu COUPLE
- Maafkan Aku...
- Aku dan MIRWANA
- Warkah dari Hafiz
- Terima kasih.
- DIA kini 16 tahun.
- Bola VS Gaza
- Bulan JULAI= Bulan Hari Jadi..
- Profesor dan Si Pendayung Sampan
- HAPPY BIRTHDAY> Selamat Pendek Umur..
- Barakallahu fika, ya UBAIDAH!
- Sejarah tanggal 4 Julai 2010...
-
▼
July
(14)
Popular Posts
-
Kisah ini adalah berdasarkan kisah sebenar. Jika anda pernah atau sedang berada didalamnya, saya mengajak kita semua bermuhasabah. Mudah-mud...
-
Berjuang terus-menerus.. Mengira hari semalam.. sebagai peristiwa yang sudah berlalu.. Yang baik, terus istiqamah.. Yang buruk, segera dipis...
-
post kali ini.. saya berminat hendak memperkenal 3 orang sahabat saya.. sahabat rapat saya.. Bukanlah bermaksud mereka sahaja sahabat rapat ...
Powered by Blogger.
Halwa Telinga
1 comments:
uhibbuka fillah Ajwad.
semoga kita dalam perlindungan-Nya.
Post a Comment