Sunday, August 28, 2011

Menjelang Hari Raya




"Allahumma ausilna ila Ramadan Karim a’waman adidah.

Ya Allah, sampaikanlah (usia kami) hingga ke
Ramadan Karim tahun-tahun mendatang."



Ramadhan pergi meninggalkan..
Di saat aku rasa belum melakukan apa-apa lagi..

Belum puas rasanya mengisi ruang-ruang
di dalam Ramadhan dengan ibadah..

Sungguh cepat masa berlalu.

Aidilfitri menjelang tiba..
Disaat aku merasakan..
Kemenangan itu belum layak untuk aku miliki..

Cemburu aku bila mengenang mereka yang
benar-benar memanfaatkan Ramadhan dengan
sepenuh jiwa dan raga..

Mereka yang selayaknya meraikan
Aidilfitri dengan kegembiraan dan kesyukuran..

Aku pula hanya menumpang kegembiraan
yang mereka miliki...


Oleh kerana itu..
Aku memohon ampun kepada Allah..

diatas segala keuzuran sepanjang Ramadhan..
Segala kecacatan sewaktu menempuhnya..
dan segala kelalaian yang bermain-main sepanjang
menetap di bulan yang mulia ini..

Ya Allah!
Ampunkan segala dosaku..

Aku tahu..
Tiada jaminan untuk aku bertemu lagi Ramadhan akan datang..

Langsung tiada jaminan.

Maka dengan itu ya Allah..
Jika ini Ramadhan yang terakhir..
Nilailah segala amalan yang ku lakukan sebagai
amalan yang ikhlas kerana-Mu ya Allah..


"Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan
amalnya baik,
dikurniakan segala kebaikan

serta satu tambahan yang mulia
dan air muka mereka pula (berseri-seri)
tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan.

Mereka itulah ahli Syurga,
mereka kekal di dalamnya selama-lamanya"

Yunus: 26


....................................................................






"Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan
atau menyembunyikannya
atau kamu memaafkan kesalahan
(yang dilakukan terhadap kamu),

maka sesungguhnya Allah adalah
Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa."

An-Nisa': 149



Kalian yang membaca..

Disebabkan aku ini juga seorang hamba..
Yang tidak tahu bila akan pergi meninggalkan dunia..

Maka kalian maafkanlah aku..
Maafkanlah segala kekurangan yang menyusahkan..
Maafkan segala khilaf yang menyakitkan antara kita..

Moga Aidilfitri kali ini..
Kita berada di medan yang lapang, tenang dan bahagia..
Bahagia daripada sifat dendam, hasad dengki dan persengketaan..

Jadikan Aidilfitri ini medan untuk kita kembali kepada fitrah..

Fitrah kita iaitu ISLAM.

Kerana dengan "fitrah" ini sahaja,
kita akan menjadi umat yang "dipandang" Allah SWT..


"Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahan kamu,
supaya kamu bersyukur."

Al-Baqarah: 52


...........................................................................................





3 "S"


Ok. Baik.
Ada 3 Sunnah Rasulullah yang elok kita
amalkan sewaktu menyambut Hari Raya..



1. SENYUM


Rasulullah SAW dalam suatu kesempatan pernah bersabda,

”Tersenyum ketika bertemu dengan saudara kalian
adalah termasuk ibadah”.

(Riwayat At-Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Al-Baihaqi).



Biasakan diri untuk senyum apabila
berjumpa dengan orang...

Jangan bermasam muka,
kerana hari ini adalah hari kemenangan bagi
umat Islam.

Senyum adalah sunnah Rasulullah SAW yang
sangat mudah..

Bukankah senyum itu membahagiakan??

Senyumlah..
Maka dengan itu orang disekeliling juga akan tersenyum..

:)


”Tidak pernah aku melihat seseorang
yang lebih banyak tersenyum daripada
Rasulullah Sallahu ‘alaihi wa Sallam “.

(Riwayat At-Tirmidzi)


2. SYUKUR



“Jika kamu bersyukur nescaya
Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu,

dan Demi sesungguhnya,
jika kamu kufur ingkar
Sesungguhnya azabKu amatlah keras."

Al-Ibrahim : 7


Sambutlah Aidilfitri ini dengan kesyukuran..
Bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan..

Allah dah beri kita Ramadhan..
Dan kali ini Allah bagi lagi kita sambut Aidilfitri..

Bukankah ini satu nikmat/anugerah Allah yang sangat besar?

Lalu bersyukurlah..
Sambutlah Aidilfitri dengan kesyukuran..

Bila tahun ni tak ada baju raya baharu,
bersyukurlah..

sekurang-kurangnya kita masih berbaju.

Bila tahun ini sudah kurang duit rayanya,
bersyukurlah..

sekurang-kurangnya kita masih berduit.

Bila tahun ini "menu raya" kegemaran kita tak ada,
bersyukurlah..

Sekurang-kurangnya kita masih ada makanan...

Kita bukan tak tahu saudara-mara kita di Somalia..
tidak cukup makanan..
Hidup dalam kemarau, berpenyakit..
Malah hampir setiap hari ada yang mati kebuluran!

Maka sepatutnya kita pandang segala pemberian Allah
dengan pandangan syukur.

Bersyukur bukan kerana harta kita banyak,
tetapi bersyukur kerana ada manusia yang lebih
susah dari kita..

Waktu aku masih di zaman kanak-kanak,
abah dan ummi selalu pesan tentang syukur..

"Tanak ah makan! tak sedap!"

"ajwad.. untung lagi tau kita ada makanan..
ada orang kat luar itu..
takda benda pun nak makan!"


Ayuh, bersyukurlah.
Sunnah yang terindah.


Rasulullah SAW bersabda,

“Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin.
Sesungguhnya semua urusannya adalah baik.

Dan hal itu tidak akan diperoleh kecuali oleh seorang mukmin.
Apabila dia mendapatkan kesenangan,
maka dia bersyukur.

Maka hal itu merupakan kebaikan baginya.
Dan apabila dia tertimpa kesusahan maka dia bersabar.
Maka itu juga merupakan kebaikan baginya.”

(HR. Muslim)



3. SEDERHANA


Kita juga digalakkan bersederhana
di bulan yang mulia..

Ada orang fikir Aidilfitri ini adalah
misi membalas dendam..

Yalah, sebulan berpuasa di bulan Ramadhan..
dia pun "marathon" pesta makan sebulan
di Aidilfitri..

Allahu akbar..

tak boleh la macam tu..
pupuklah diri kita untuk bersederhana..

Tidak terlebih, dan tidak pula terkurang..

Selain itu,
perangai kita pun kenalah "sederhana" juga..

Kurang berkata perkara-perkara yang lagha..
Tidak mengisi masa dengan mengumpat..
tundukkan pandangan..

Tapi janganlah sampai tak bercakap langsung!

Aidilfitri adalah waktu yang terbaik
untuk mengeratkan silaturrahim antara
keluarga, sanak-saudara dan kawan-kawan..

Maka janganlah kita "selit-selitkan" ia
dengan perkara maksiat yang melalaikan..


Rasulullah SAW bersabda:

“Tidakkah kalian mendengar?

Tidakkah kalian mendengar?

Sesungguhnya kesederhanaan itu
sebahagian daripada iman!”

(HR Abu Daud)



Semoga Allah beri kita kekuatan untuk
mengamalkan sunnah Rasulullah ini..

INSHA ALLAH!


p/s: Salam Aidilfitri dari saya, Muhammad Ajwad bin Amaluddin
dan keluarga... :)










Tuesday, August 23, 2011

Mendongaklah ke Langit!




"Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan
dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan
(yang dibina dengan kukuhnya)

dan diturunkanNya air hujan dari langit,
lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan
yang menjadi rezeki bagi kamu;
maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu,
padahal kamu semua mengetahui
(bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)."

Al-Baqarah: 19


Orang tua-tua kata..
Jangan selalu mendongak..
nanti lama-lama akan jadi sombong..
bongkak, riak, takabbur dan sebagainya..

Aku menolak sekerasnya fahaman kolot ini..
Sepatutnya galakan "mendongak" ini perlu disebarkan..

Maksud aku disini,
bukanlah mendongak tanpa sebab 24 Jam..

Tetapi mendongak yang bersebab.
"mendongak" yang mampu membangun jiwa..

MENDONGAK KE LANGIT!!


itulah yang aku maksudkan.

Bagiku,
pada langit itu penuh hikmah yang tak boleh kita
pandang sepi..

Setiap kali mendongak ke langit..
rasa diri ini kerdil, lemah, tidak berdaya.

Setiap kali mendongak ke langit,
rasa kehebatan dan keutuhan ciptaan Allah SWT..
Allah yang menciptakan langit tanpa tiang mahupun paksi..

Setiap kali mendongak ke langit..
rasa mahu terbang terus hingga ke syurga!

Sampai macam tu sekali.

Subhanallah..

Sungguh besar hikmah yang ada pada langit..

Sebab itu kita tidak boleh bosan mendongak ke langit..
Mendongaklah..

kerana disitu ada seribu satu rahsia..
yang tidak akan termampu kita terokainya..

Allah SWT itu maha Penyayang..

yang lebih penting,
kita mendongak dan memohon pertolongan hanya
kepada Allah SWT..

Tuhan yang menciptakan langit..

Dan Tuhan yang menciptakan kita.

:)


"Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah
dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu
atau kamu memyembunyikannya,

nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu.

Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya
dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya
(menurut undang-undang peraturanNya)

Dan (ingatlah),
Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

al-Baqarah: 284

Saturday, August 20, 2011

"Sahaja Aku Mencintai-Mu"




Kawan-kawan yang masih belum "view" single pertama dari
kumpulan nasyid saya, DU'A..

ini videonya.

Juga boleh saksikan video ini di youtube dan di facebook.

Dan jangan lupa untuk "like" kami di laman sesawang facebook..

ini linknya: www.facebook.com/fanpagedua

Semoga Allah redha!


p/s: mencipta fenomena.. :)


Wednesday, August 10, 2011

Ummah Yang Hilang





Ummah kini benar-benar hilang..
Hilang peduli..
Hilang harta dalam diri..

Usah ditanya peduli mahu mencari..
Kerana Ummah benar-benar sudah hilang..

Menanti bangkit semula..
Apa yang sudah melayu..

Ah!
Dagu dibiar sahaja menongkat..

Apa nilai jasa seekor anai-anai..
Banding dengan melangitnya pintu kayu istana..

Kita lebih rela menunggu masa..
Melihat yang satu itu terseksa..
Kerana kita, yang dipanggil Ummah..
benar-benar sudah hilang...

Aku lihat..
Perisai berani benar-benar makin terhakis..

Takut dengan siapa sebenarnya?

Kita lebih rela melihat pedang yang tumpul...
Kerana terpana dengan kahak bertatahkan emas..

Kita tunduk pada siapa sebenarnya?

Oh, Ummah benar-benar sudah hilang..

Hilang kerna takut..
Takut hilang emas dunia..
Takut hilang puji dan gula-gula...

Maka benarlah kata pejuang itu..

"Kamu mengisi perut..
Kerana menjual kalimah-kalimah suci..
agamamu..

Aku terpenjara..
kerana menegakkan kalimah-kalimah benar Tuhanku!"



~Ummah Yang Hilang~
~12.30am~
~11 Ramadhan 1432H~
~Ruang Tamu~
~Saujana Utama~



VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga