Tuesday, June 21, 2011

Manis Tika Susah






"orang-orang yang apabila mereka
ditimpa oleh sesuatu kesusahan,

mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah
dan kepada Allah jualah kami kembali."

Al-Baqarah: 156



"Ujian musibah, OK. Ujian ni'mat, KO."

Ramai yang tiada masalah nak menghadapi ujian musibah..
Lambat atau cepat, ujian itu pasti akan dapat kita ditempuhi..

Bila datang sesuatu musibah..
Kita akan segera mencari Allah..
Minta pertolongan Allah..
mulalah terpacul setelah sekian lama
kalimah...

"Allah.. Allah.."

Namun bila diuji dengan Ujian Ni'mat..
Ramai yang kecundang..

Nama "Allah" entah ke mana..
semua benda kita hentam sahaja.

sebab apa?

kita fikir kita dah senang..
Apa perlu lagi Allah dalam hidup kita??


Hhhmm..
itu yang kita takutkan..

Dimanakah Allah sewaktu kita senang??

Dihati kitakah..
Atau dimana?


................................................................................






"Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya
kamu bersyukur (akan nikmatNya)
serta kamu beriman (kepadaNya)?

Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas
dengan sebaik-baiknya
(akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya),
lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka)."

An-Nisa: 147



"Macam mana nak ingat Allah waktu kita senang??"

Ada hamba Allah yang bertanya.

Memang..
Syaitan biasalah..
waktu kita susah, dia "pijak-pijak" kita....
waktu kita senang, dia "bunga api"kan kita..

Namun mujur bila susah,
kita ada ruang untuk kembali mengingati Allah..

disaat manusia tiada yang membantu..
Maka Allahlah sebaik-baik tempat mengadu.

Bila kita senang, bagaimana??

selalu orang akan jawab..
kita kena banyak bersyukur..

banyak bersyukur dengan pemberian Allah..

kena banyak sebut "Alhamdulillah".

Namun aku lebih suka membina satu istilah baharu..
apabila kita diuji dengan ujian ni'mat dan kesenangan..


"INGAT SEMULA KENANGAN MANIS BERSAMA ALLAH
DI WAKTU SUSAH.."

ya.
bagiku, itulah yang terindah.


"Ya Allah..
dahulu, aku bahagia bersama-Mu..
rasa dekat dengan-Mu waktu aku dalam kesempitan..
Rasa ada yang mendengar rintihan hati dikala resah..

Kini,
Kau uji aku dengan kesenangan..
kelapangan hidup..

Jangan Engkau buang kenangan manis itu, ya Allah..
Aku ingin terus mengingati-Mu..

tak kira diwaktu aku susah..
mahupun diwaktu aku senang..
jangan hilangkan rasa cinta ini..
SAMPAI BILA-BILA!!"


Sebab itu aku jadi malu dengan sahabat-sahabat Rasulullah SAW.

Mereka merasakan bahawa Allah telah meninggalkan mereka..
Apabila mereka lama tidak ditimpa apa-apa ujian...
Mereka rasa Allah lupakan mereka..

Namun apabila mereka diuji, mereka bersyukur..
mereka tersenyum!!

kerana mereka tahu..
Allah masih bersama mereka..

Kenapa boleh jadi sampai macam itu?

Sebab mereka dah rasa "manis"..
Manisnya bersama Allah waktu diri diuji..

Mereka risau sangat berada di waktu yang dipanggil "senang"..
Risau mereka lupa untuk mengingati Allah..

Allahu akbar.

Lalu, muhasabah diri kita...
ayuh, cari kemanisan dalam kesusahan!


"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu
mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka):

Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka);
Aku
perkenankan permohonan orang yang berdoa
apabila dia berdoa kepada-Ku.

Maka hendaklah mereka menyahut seruanku
(dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman
kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul."

Al-Baqarah: 186





Wednesday, June 8, 2011

Hidup INSHA ALLAH, Mati PASTI!






Hidup ini tidak pernah tenang memikirkan
tragedi yang dipanggil mati.

mati yang semakin mendekat.
mati yang sering mengejar..

dan juga..

mati yang sering dilupakan hamba-hamba-Nya yang lalai..
seperti insan yang bernama..

"AKU."


Saat hati AKU terdetik ingin melakukan maksiat,
Tiba-tiba muncul satu bayangan di dalam fikiran AKU..

Ah!
bayangan diri AKU sendiri.

Itulah AKU! ya, bukan orang lain!

Itulah diri AKU apabila sudah berada di pembaringan..
Diri AKU yang dikelilingi manusia-manusia..
manusia-manusia yang sedang membacakan surah Yasin..
meratapi pemergian AKU..

Kemudian muncul pula satu suara di dalam bayangan itu..

"Kamu sudah bersedia menghadapi kematian??"

"AKU belum bersedia..!! lepaskan AKU!!"

mata AKU dipejam rapat.
Berkerut dahi AKU apabila suara itu terus mengulang-ulang.

"Kamu sudah bersedia?? sudah bersedia untuk MATI!!??"

terngiang-ngiang!
berdesing telinga AKU dibuatnya.

Baru sahaja AKU terlonjak ingin melakukan maksiat,
kini jiwa meronta untuk dilepaskan..

Jiwa memberontak!!
memberontak memohon diri dilepaskan
dari bayangan yang menakutkan ini..

"hiaaaaaaarrgghh!!!!!!!!!!!!!"

AKU menjerit.

Terus berderai segala visual yang dipertonton sebentar tadi..

"AKU belum bersedia.. AKU belum bersedia... ya Allah.."

AKU berkata sambil menangis teresak-esak.



"Dan sudah tentu mereka tidak akan
mencita-citakan mati itu selama-lamanya,
dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan
dan Allah sentiasa mengetahui akan
orang-orang yang zalim itu."

Al-Baqarah: 95








Suara itu kembali menjengah..

"Kalau belum bersedia..
Sediakanlah dirimu dari sekarang..

HIDUP ini perkara yang kita TIDAK PASTI, AKU..
Dengan izin Allah, kamu dapat terus hidup esok..
Dengan izin Allah juga, nyawa kamu esok akan dikembalikan-Nya..

jadi dimana jaminan yang kamu akan terus hidup?

kerana mati itu PASTI!
bukan perkara TIDAK PASTI!

cuma bila?
Allah sahaja yang mengetahui-Nya..

Persiapkanlah dirimu, AKU..
jangan terus hanyut dengan maksiat..

ingat pesanku ini..."

Suara itu bergema.
Kemudian terus lesap dari fikiran AKU.

Aku terus menangis tanpa henti.
Dia terbaring..
sambil memeluk kakinya..

"Ya Allah.. maafkan AKU.. AKU belum bersedia.."

teresak-esak.
keseorangan.............



"Tidakkah mereka melihat dan memikirkan
bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya,
kemudian Dia akan mengembalikannya
(hidup semula sesudah matinya)?

Sesungguhnya yang demikian itu
amatlah mudah bagi Allah."

Al-Ankabut: 19

Monday, June 6, 2011

Biar Susah...






Dalam suatu kesempatan, seorang sahabat Nabi SAW yang
bernama Ibnu Mas’ud r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW:

Ya Rasulullah, amalan apa yang paling disukai Allah SWT ?

Nabi SAW menjawab, "solat tepat pada waktunya".

Ibnu Mas'ud bertanya lagi, " kemudian apa lagi ?".

Rasulullah SAW menjawab, "berbakti kepada orang tua".

Ibnu Mas'ud bertanya lagi, "kemudian apa lagi ya Rasulullah ?".

Rasulullah SAW menjawab "Berjihad di jalan Allah".

~muttafaqun 'alaih


Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Al –Bukhari dan Muslim,

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“ Amalan yang paling disukai Allah ialah pekerjaan
yang berterusan (istiqamah) walaupun sedikit”.





"Susah la nak amalkan hadis ni..
tapi yang susah tu lah yang Allah suka!"

sahabatnya tertawa.

"biasalah tu, kawan.. inilah mahar kita untuk ke syurga."

"mahar? apa maksud kau?"

"yalah.. aku bagi contoh..
contoh la kau minat nak dapat kereta mahal, rumah besar
dan segala-galanya yang eksklusif..

agak-agak dengan mudah ke kau boleh dapat?

dia menggeleng.

"Begitu jugalah syurga Allah..
nak kecapinya..
kenalah berkorban sikit..."

sahabatnya tersenyum.

"Ini juga penanda aras sebenarnya.."

Ah! sudah.. penanda aras apa pula ni?

"Ini adalah penanda aras..
sejauh manakah cinta kita kepada Allah SWT...."

Hatinya terpagut dek kata-kata sahabatnya.

Ya. Penanda aras cinta kita kepada Allah.

Bukti? Peningkatan amalan kita.
Peningkatan diri kita dalam menjadi sebenar-benar hamba.
Hamba kepada Tuhan sekalian alam.

"ingat sahabat.. yang susah itulah yang akan menjadikan kita
manusia..

manusia yang hebat!
manusia yang bersedia untuk menghadapi
sebarang cabaran mendatang!"



.............................................................................





Pernah ada suatu kisah di zaman dahulu.
Kisah seorang Raja yang memerintah di sebuah negeri.

Raja ini telah terlajak menyetubuhi isterinya
di bulan Ramadhan.

Disebabkan rasa bersalah di atas perbuatannya,
Raja ini telah memanggil seorang ulama'
untuk menghukumnya.

"Wahai sang 'alim..
aku telah melakukan kesalahan.
Aku telah terlajak menyetubuhi isteriku di bulan Ramadhan yang mulia
ini..
sedangkan aku tahu perbuatanku itu haram!

Apakah Islam punya cara untuk menghukum kami?"


Ulama' itu berfikir panjang.

Hukuman bagi mereka yang menyetubuhi isteri
di bulan Ramadhan ialah..

1. MEMBERI MAKAN KEPADA 60 ORANG FAKIR MISKIN

atau

2. BERPUASA SELAMA 60 HARI BERTURUT-TURUT.


Namun ulama' itu keliru mahu membuat pilihan..
mahu menjatuhkan hukuman pertama..
atau hukuman kedua?


Akhirnya dia membuat pilihan..

"Kamu suami isteri perlu berpuasa selama 60 hari berturut-turut!"

......................................................................................



Raja dan Permaisuri itu pun melaksanakan hukuman itu.

Apa hikmah sebenar ulama' itu memilih hukuman kedua?

kerana bagi ulama'..

adalah perkara yang mudah jika seorang Raja
untuk memberi makan kepada fakir miskin..

Ah! harta mereka banyak..
melimpah-ruah..

Jadi sengaja ulama' itu menyuruh Raja dan permaisuri
itu berpuasa..
kerana itu lebih memberi kesan kepada pemerintah itu..
supaya tidak mengulangi perbuatan yang sama..

Biar susah! Kerana disitu..
ada hikmah yang besar buat manusia..
menjadi sebenar-benar manusia..
yang taat kepada Pencipta-Nya..

Wallahu 'alam. :)

6/6 Untuk Ummi








Selamat Ulang Tahun ke- 4o buat ummi tercinta,
Ruzana binti Mohammad Hamim.

Tarikh birthday tahun ini: 6/6/2011.


Tadi dah pi makan KFC ngan family maklong..

diorang pun join sekali..
memeriahkan sambutan birthday ummi hari ni.

Tq maklong sekeluarga!!

Doa kami buat ummi,
semoga bergembira mengharungi

hari yang semakin mencabar.
Semestinya mengharapkan ummi
sentiasa sihat dan diberi rezeki yang melimpah-ruah
dari Allah SWT..


Sayang ummi sampai bila-bila! <3


p/s: artikel ke 90 ini khas buat ummi! hehe..


Friday, June 3, 2011

"Jalan Ceritaku"




"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan
orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah
(untuk menegakkan agama Islam),

mereka itulah orang-orang yang
mengharapkan rahmat Allah dan (ingatlah),
Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Al-Baqarah: 218



"Woi mad!! sini jap!"

Ahmad.
Baru sahaja ingin menghidupkan enjin motor
sudah ditegur kawan lamanya,
Sufian di seberang jalan.

Rutin baharu Ahmad hari ini.
Beliau ingin menyertai kuliah Dhuha di Masjid Saujana Utama..
Apa salahnya cuti dua minggu..
Isi masa untuk mengisi ilmu di dada.

"Assalamu'alaikum, Sufian!"

"errkk.. wa'alaikum salam...."

Ahmad berjabat tangan dengan Sufian.
Rindu juga Ahmad akan kawan lamanya ini..
Hampir 2 tahun tidak berjumpa..
semenjak Ahmad sudah "berhijrah",
dia jarang berada di rumah.

Tapi ada satu benda yang Ahmad kurang selesa......

"Eh Pian.. kuatnye bau!!"

"bau ape??"

"amboi.. lagi mahu tanye.."

Ahmad hanya mampu tersenyum.

Sufian sedang merokok sebenarnya.
Sengaja disorokkan puntung rokokdibelakang badan..
Segan pula dia dengan Ahmad yang sudah berubah..

"tak perlulah nak sorok-sorok dengan aku..
kitakan kawan.."

Sufian tersengih malu.
Dia mungkin boleh sorok tabiat merokoknya,
tetapi bibir hitamnya tak ada siapa boleh sorok..

Jelas sangat dia perokok tegar..

"Dahulu dia tak macam tu.."
Bisik Ahmad di dalam hati.

"aku segan dengan kau..
kau pun dah alim semacam jer aku tengok.."

Ahmad tersengih.

"yela.. dulukan kau....."

"Pian!!"

Terus Ahmad potong kata-kata Pian.

"Tak perlu cakap..aku tahu siapa diri aku.."

Ahmad kembali mengoyak senyum.

"kita semua ada jalan cerita, Pian..
semuanya Allah dah takdirkan..

Aku tahu..
Jalan cerita aku..
Bukannya bagus sangat.."

Suasana sepi seketika.
Hanya kadangkala angin yang meniup..
Memberi ketenangan kepada penghuni bumi.

"Tapikan Pian..
Allah itu maha Penyayang..

Allah bagi najis macam aku ni..
ruang untuk aku berubah..
Aku bersyukur sangat..
Dan aku takkan berpatah balik.."

Sufian menunduk.

"dan aku tahu..
kau pun boleh berubah.."

Ahmad memandang tepat ke arah Sufian.
Ahmad melebarkan senyum.

Senyum semangat kepada Sufian untuk berhijrah!
...........................................................................





Pagi yang sungguh indah.
Anis masih membetul-betulkan tudungnya
yang berwarna hijau muda itu.
Lantas dia bergerak ke ruang tamu,
melihat cermin dinding besar yang tersedia.

"Alhamdulillah..."

Langsung terbit kalimah itu dari mulutnya.

Hari ini merupakan permulaan yang sangat baik.
Anis tatap wajahnya lama.

Kemudian Anis menadah tangan,

"Allahumma kama..
Hassanta khalqi..
Fahassin khuluqi.."

Ya Allah..
Sebagaimana Engkau mengindahkan rupa lahirku..
Maka Indahkanlah juga budi pekertiku..
Amin.."


Doa melihat cermin yang diajar naqibahnya
langsung tidak dilupakan.

Dia menghela nafas dan tersenyum.

"Anis...."

Anis tersentak.
Tiba-tiba ada suara menyapa.

"Oh, ayah.. buat orang terkejut sahaja.."

Anis memuncungkan bibir.

Ayahnya datang menghampiri lantas memaut bahu Anis.
Diiringi senyuman seorang ayah yang pastinya
penuh dengan kasih dan sayang yang tidak terhingga
kepada anak gadisnya ini.

"Mengelamun jauh nampak.."

Anis tersengih.
Perasan juga ayah akan tingkahlakunya.

"Baguslah.. anak ayah dah berhijrah..
Ayah senang sangat melihat anak ayah sekarang..
Lebih manis.. lebih ayu.."

Si ayah menyakat.

Anis menunduk.
Mukanya merah dipuji begitu.

"Ada-ada sahaja ayah ni.."

"Ayah.. jomlah.. nanti lewat pula Anis ingin ke perpustakaan.
Kawan-kawan dah tunggu disana.."

"mmm.. jomlah.."

Kereta Waja milik ayah dihidupkan enjinnya.
Terus menderu menuju ke perpustakaan.

Di dalam kereta, Anis masih tersenyum keseorangan.
Namun apabila dia teringatkan sesuatu,
senyumannya langsung mengendur.

Ada perkara yang masih dia risaukan..

....................................................................

Pintu perpustakaan dikuak.
Sayup kelihatan wajah dua orang rakannya
di meja belakang.

Hampir sahaja mereka tidak mengenali
gadis bertudung yang baru sampai ini.

Apabila Anis mendekat, barulah....

"Eh, itu Anis lah!!"

Seorang daripada mereka membisik.

Anis menyedari perbuatan rakannya itu.
Dia kurang selesa sebenarnya,
tapi dia berusaha juga untuk
menguntumkan senyum.

"Assalamu'alaikum.."

Anis memberi salam.

"Wa'alaikum salam...."

Mereka menjawab serentak.

Aleesya dan Farisa.
Itulah nama dua orang rakan karibnya.

Aleesya. Berambut kerinting yang telah didandan rapi.
Memakai t-shirt pink dan berseluar jeans.

Farisa pula berambut lurus panjang hingga ke bahu.
Memakai t-shirt hitam.
Juga berseluar jeans.

Ternyata mereka terkejut dengan penampilan baharu Anis.

Bertudung litup menutup bahagian dada.
Berbaju t-shirt lengan panjang yang labuh hingga ke lutut
dan berseluar slack hitam.

Ah! dan berstoking!

Mereka memandang Anis atas bawah.

"Kenapa? macam tengok hantu sahaja."

Anis tersengih.
Hairan melihat Aleesya dan Farisa
seakan tidak bergerak seperti patung.

"takde lah.. cuma terkejut."

Jawab Aleesya.

Farisa cuma menunduk,
kadang-kadang dia menjeling juga ke arah Anis.

"Ok! jom mula buat kerja!"

Anis bersemangat.

Aleesya dan Farisa yang masih dalam
"kezutan" terus tersedar.

"oh.. eerrk.. ya.. jom!"

Anis menguntuk senyum.

"Ya Allah, beri aku kekuatan!"

..............................................................


"Hhhmm.. tak sangkalah..
macam mana kau boleh berubah sampai macam ni haa??

Aleesya musykil.

"Hidayah Allah.."

Anis menjawab pendek.
Dia tersenyum.

"Hhhmm.. terkejut kitorang.
yela.. sebab dulu kau kan......."

"Aleesya.."

Lantas Anis memotong daripada Aleesya terus berkata-kata.

Anis tersenyum.
Matanya memandang buku ditangan.
Kemudian dia memandang Aleesya dan Farisa.

"Kita semua ada jalan cerita..
Semuanya Allah dah tentukan..

Aku tahu..
Jalan cerita aku pada mulanya..
Tidaklah berjalan dengan baik.

tapi aku bersyukur sangat..
Walaupun jalan cerita aku sebegitu..

Allah masih beri aku peluang untuk aku berubah.."

Bergenang air mata Anis.
Namun senyuman masih tidak lekang di bibir.

"Aleesya... Farisa..."

Anis memaut tangan kawannya itu.
Tangan kanan memegang tangan Aleesya.
Tangan kiri memegang tangan Farisa.

"Aku Anis..
Aku tetap kawan korang..
Aku bukan orang lain.

Cuma aku perlukan semangat dari korang berdua..
bantulah aku.. ya?"

Farisa mengangguk.
Aleesya menunduk.

Alhamdulillah!
Ya Allah.. Engkau telah membuka hatiku..

Dahulu..
Aku gagal menundukkan hatiku
untuk mentaati perintah-Mu..

Hari ini..
aku tidak mahu sekadar bertudung di kepala..
Kau "tudung"kanlah jua hatiku..

"Tudung"kanlah hatiku ini untuk menjadi muslimah yang solehah...

Ya Allah..

Aku juga bermohon..
kau bukakanlah jua hati rakan-rakanku..
Berilah mereka kekuatan..
untuk mentaati perintah-Mu..
"Tudung"kanlah jua hati mereka
dengan limpahan kasih-sayang-Mu...
Amin..."


"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah
(untuk membela dan menegakkan Islam),
nescaya dia akan dapati di muka bumi ini
tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur

dan sesiapa yang keluar dari rumahnya
dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya,
kemudian dia mati (dalam perjalanan),

maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya
di sisi Allah dan (ingatlah)
Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

An-Nisa': 100

VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga