Sunday, January 30, 2011

Dimanakah Pahala?





"Aiman, ooo Aiman...!!


tutup la tv tu..
meh ikut ayah baca yasin.."

Aiman.
Umurnya baru masuk 7 tahun.
Sedang leka menonton kartun kegemarannya..

"the Misadventure of Flapjack".

"ala ayah.. criter tengah best nie..
ayah bace la sengsorang.."

Ayah menggeleng kepalanya.

"jangan la macam tu man..
Aiman taknak pahala ke?

Rasulullah kata..

siapa yang baca surah yassin sekali..
macam dia baca al-Quran SEPULUH KALI!

haaa.. Aiman taknak ke??"

Aiman yang tadinya baring terus terduduk.
Kemudian menoleh ke arah ayahnya.

"Betol ke ayah??"

Si ayah tersenyum.


Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai
hati dan hati Al-Quran itu ialah Yassin.
Barang siapa membaca surah
Yassin, niscaya Allah menuliskan pahalanya
seperti pahala membaca
al-Quran sebanyak 10 kali."


................................................





"tapi ayah..
Aiman tak nampak pun pahala tu..

takde pun!

kat mane pahale tu??"

Si ayah mengeluh.
Penat melayan kerenah budak Aiman ini.

"memang la takda..
Aiman akan nampak pahala kat syurga nanti..

itu yang ayah suruh baca yassin tu..
kite tambah pahala banyak-banyak..

Supaya kita tak menyesal nanti..
pahala ciput jer..

Aiman nak ke..

pahala ayah lagi banyak dari Aiman
kat syurga nanti!!??

hehe.."

huiisshh..
mane boleh!!"

Aiman protes.

si ayah ketawa.



"tapi..

Aiman tak paham lagi la..
pahala ni sebenarnya apa?"


Si ayah tersenyum kecil.

Dia faham.
Tidak mudah untuk menerangkan pada budak-budak.

Dia perlu memberi contoh yang paling mudah untuk difahami.

....................................





"Macam ni la..

pahala ni lebih kurang macam gaji la..

Ayah kerja tiap-tiap hari..
untuk dapat gaji hujung bulan..

mana boleh ayah dapat gaji tiap-tiap hari!

hujung bulan baru dapat..


macam tu jugak pahala..

kalau kita suka buat kebaikan kat dunia..
dekat syurga nanti..
kita pun akan dapat "gaji" dari Allah.

itulah PAHALA.

tapi..
kalau Aiman tak rajin buat kebaikan..
tak rajin buat ibadah..

macam mana nak dapat "gaji dari Allah"??


"Oh macam tu.."

Aiman mula faham.


"tapi Aiman kena ingat..

Pahala yang Allah bagi..
tak sama macam gaji kat dunia.

pahala Allah lagi hebat!

sebab pahala lagi banyak, lagi untung!

kan Aiman pernah dengar..
siapa yang sembahyang jemaah..
dapat pahala 27 KALI GANDA
berbanding siapa yang sembahyang sorang-sorang..

nampak?
pahala ni lagi banyak daripada gaji.


Siapa yang betul-betul nak je dapat..

Siapa yang main-main..
orang ajak baca yassin pun taknak..

macam mana nak dapat pahala? hehe.."

Sempat juga si ayah menyindir Aiman.


Aiman tercabar dengan kata-kata ayahnya.

"ok.. jom baca yassin..
kite tengok..
siapa yang cepat habis baca..

dia dapat pahala dulu!"

Aiman mencabar ayahnya.

"adoi.. ke situ pulak budak ni..."


.................................





Di sini kita dapat lihat..
Allah itu sangatlah PEMURAH.

Setiap perbuatan kita
yang mengandungi ketaatan kepada Allah,

Akan beroleh pahala dari-Nya.

Allah itu Maha Kaya.
Dan kekayaan-Nya tidak pernah tergugat oleh apa pun.




Daripada ABU HURAIRAH r.a,
RasuluLLah SAW bersabda:

"Barangsiapa yang menyeru (manusia) kepada hidayah,
maka baginya pahala sebanyak pahala yang diperolehi
oleh orang-orang yang mengikutnya
tanpa dikurangi sedikitpun pahala mereka."



Rasulullah SAW bersabda:

”Barangsiapa memberi sesuatu
kepada seseorang untuk berbuka puasa,
maka dia akan memperoleh pahala sebesar
orang yang berpuasa dan tanpa mengurangi
pahalanya sendiri sebagai orang yang berpuasa.”

(Ahmad dan Tirmidzi)



Dari Abu Ayyub Al-Ansari meriwayatkan
bahawa Rasulullah saw bersabda:

Barangsiapa menanam pokok,
kemudian pokok itu berbuah,
sebagaimana banyaknya bilangan
buah-buah yang dihasilkan ,
sebanyak itulah ganjaran akan
dituliskan bagi orang yang menanamnya.

(HR Mushad Ahmad)



Subhanallah!
Allahu ya Ghani.

Allah yang maha Kaya.

Allah tidak berhenti mencurahkan pahala
kepada hamba-Nya yang taat.

tunggu apa lagi,
tambahlah amalan kita.

Untuk siapa lagi pahala ini kalau bukan untuk kita.
Kita hamba bertuhankan Allah yang maha Kaya!


"Dan kalau sebenarnya mereka itu
tetap beriman dan bertakwa
(nescaya mereka akan mendapat pahala);
sesungguhnya pahala dari sisi Allah
itu adalah lebih baik,
kalau mereka mengetahui."

Al-Baqarah: 103
Wednesday, January 26, 2011

Jika Angin Bisa Digambarkan





"Dan Dialah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai
berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya...."

Al-Furqan: 48



Angin..

Jika engkau bisa digambarkan..
Mahu sahaja aku peluk cium kamu..
Tanda penghargaan terima kasih yang tak terhingga..
Kerana sering memberi ketenangan kepadaku..

Namun itulah kamu..
Kamu terlampau halus untuk mataku..
Kamu terlampau rumit pada gambaranku..

Aku tercari-cari..
Dimanakah kamu sebenarnya?

Ucapan terima kasihku..
Tak pernah sekalipun di balas "sama-sama"..

Namun aku tahu kamu mengerti maksudku..
Kerana kamu makhluk Allah juga..

Angin..
Kau tidak pernah letih..
meniup kelembutan dalam nyaman..
membelai jiwa dalam keresahan..

Aku kagum dengan istiqamahmu..
Aku sangat-sangat bersyukur kepada Allah..
kerana menciptakan kamu..

Namun sesekali hatiku diuji..
Dengan ketiadaan kamu..

Aku tunggu dengan penuh sabar..
Kerana aku yakin..
ujian ini pasti ada hikmahnya..

Bila kamu hadir..
Aku menyambut dengan kata syukur
pada PenciptaMu..

Kerana menghadiahkan kamu..
Setelah mengujiku..

Angin..

Belailah aku dengan kasih sayang..
Selagi mana kasih sayang Allah masih bersamaku..

Angin..

Jangan kamu hembus aku dengan hembusan kebencian..
Aku tidak mahu kemurkaan Allah..
singgah walau sesaat pun padaku..

Kamu makhluk patuh..
Kamu makhluk taat..

aku mahu berusaha menjadi sepertimu..



"......demikian juga (pada) peredaran angin dan awan
yang tunduk (kepada kuasa Allah)
terapung-apung di antara langit dengan bumi;

Sesungguhnya (pada semuanya itu)
ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah
kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya)
bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran."


Al-Baqarah: 164



Thursday, January 20, 2011

Mujurlah Aku..





Suatu ketika dahulu..
Aku hampir hanyut
di bawa arus gelita..

Aku di bawa sangat jauh..
Sangat jauh dari cahaya..

Setiap kali aku cuba mencapai ranting..
ranting itu patah..
Setiap kali aku cuba mencengkam tebing..
tebing itu rekah..


Hatiku benar-benar resah..
Namun kubiar diriku terus hanyut..
menuju ke hilir gelita..

Namun mujurlah aku..

mujurlah aku diselamatkan oleh-Nya..
Dia hulur cahaya hidayah-Nya kepadaku..
Dia mencuci kegelapan di hatiku..


Aku menyambutnya dengan malu yang sangat menebal..
Aku menyambutnya dengan tangisan tak kesudahan..

Hinanya aku..
kerana pernah melupakan-Nya..

Hinanya aku..
kerana pernah jauh dari-Nya..

Namun kini..
aku menagih kasih-sayang-Nya..

YA ALLAH!
mujurlah aku sempat mengenali-Mu..

mujurlah sempat aku memohon maghfirah-Mu..

Ya Allah..
jangan Engkau palingkan hatiku..
Sesudah Engkau beri hidayah kepadaku..




"Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya
kamu bersyukur (akan nikmatNya)
serta kamu beriman (kepadaNya)?

Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas
dengan sebaik-baiknya
(akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya),
lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka)."

An-Nisa: 147
Monday, January 17, 2011

Alahai Pengemis!





Suatu hari, dua orang sahabat
iaitu Safee Sali dan Shahrul Idlan keluar berjalan-jalan
di sekitar Kuala Lumpur.


"Jom la.. berhenti makan kat gerai tu!"


"gerai mane??"

ala... gerai tu!! tepi jalan tu!"

"mm.. boleh jugak.."

Lalu mereka pun bergerak ke sebuah gerai kecil
di tepi jalan.

Setelah membuat pesanan, mereka berbual-bual kecil.



"lama kita tak berjalan sama-sama..

rindu pulak ana kat enta.."

"hehe.. mane tak rindunye..
dah dua tahun berpisah kawasan..
teringat kenangan-kenangan lama.."

"itulah.. kita mungkin terpisah kawasan..
moga Allah tak pisahkan persahabatan kita.."

"Insha Allah...!"


................................................................




Sedang mereka rancak bersembang,
tiba-tiba...


"Assalamu'alaikum... encik..
minta sedekah, encik..
saya orang susah, encik.."

Seorang peminta sedekah menghampiri mereka.
Bajunya lusuh, berkopiah.


Safee memandang lelaki peminta sedekah itu
dengan pandangan mata yang tajam.

Kelihatan dia kurang senang dengan
peminta sedekah itu.



"Pakcik..

saya lihat pakcik punya tubuh badan yang sihat..
punya kudrat yang kuat..

kenapa menjadi peminta sedekah?

apakah pakcik tidak mahu berusaha bekerja?
mencari rezeki?

mustahil tiada kerja langsung di Malaysia ni..
banyak kerja yang boleh pakcik usahakan!

saya tak nampak apa kurangnya pada pakcik..

janganlah suka bergantung harap pada orang...

gunakan tenaga yang Allah kurniakan..
bukan untuk disalahgunakan!"



Shahrul hanya mendiamkan diri.



"Saya harap pakcik faham maksud saya..

bukan saya mahu menghina pakcik..

cuma saya minta pakcik berfikir
dengan kata-kata saya!"



Safee menambah lagi.

Lelaki peminta sedekah itu menundukkan kepala.
Mukanya merah menahan marah.
Sakit hatinya mendengar kata-kata Safee.

Shahrul masih diam.
Perlahan-lahan dia menghirup teh panas
di hadapannya.

Safee puas dapat meluahkan pendapatnya.


........................................................................





"nah.. ambil RM50 ini..
buat makan..
beli barang keperluan.."


Shahrul mengeluarkan not RM50
dari poketnya..
kemudian dihulurkan kepada lelaki
peminta sedekah itu.

Safee ternganga melihat perbuatan Shahrul.

"terima kasih, encik!!
semoga Tuhan tambah rezeki encik!!"


kemudian lelaki itu berlalu pergi.
Sempat juga dia menoleh ke belakang.
Memandang sinis kepada Safee yang masih terlopong.


"kenapa enta tolong dia??"


"eh.. kenapa? salah ke?"

"memang la tak salah..
tapi bukankah patut kita beri pengajaran kepadanya..
supaya jangan suka meminta..

enta tak nampak ke dia tu?
badan sihat..
akal waras..

selayaknya dia bekerja untuk mencari rezeki!!"


Shahrul tersengih.


"memang..

ana pun berfikir perkara yang sama.
ana pun tak setuju dia menjadi peminta sedekah!"

"dah tu?? kenapa tolong dia?"


Safee masih tidak puas hati dengan tindakan Shahrul.

Shahrul memandang tepat ke mata Safee.


"Safee, sahabatku..

adakah enta rasa dia mahu terima nasihat enta tadi?"

"entah la.. tapi ana dah menjalankan tanggungjawab ana!"


Shahrul tersengih lagi.


"Bukankah lebih baik kita bersedekah kepada lelaki

itu terlebih dahulu..

kemudian baru kita memberi nasihat.

Moga-moga nasihat kita itu lebih difahami
dan terkesan terus di dalam hatinya!"


Lama Safee termenung memikirkan
kata-kata Shahrul.

Kemudian dia mula faham dan tersenyum.


"memang benar..

tindakan kita untuk menasihati itu sudah cantik.

Namun apa salahnya kita menghulurkan bantuan juga.

Semoga lelaki itu tidak pulang dengan
fikiran yang berserabut..
memaki-hamun kita dibelakang..

Dengan menghulurkan bantuan dan nasihat,

moga-moga terdetik di hatinya..
bahawa kita memang bersungguh-sungguh
mahu melihat perubahan dirinya."


Baru Safee faham akan maksud Shahrul.


"terima kasih, Shahrul..

ana akan ingat pesan enta sampai bila-bila.."

"sama-sama..
kitakan sahabat..
tidak ada yang menghalang kita untuk saling menegur."



Mereka berdua saling tersenyum.

Hari itu, mereka pulang dengan seribu makna
yang takkan mereka lupa sampai bila-bila.
Saturday, January 15, 2011

Segera Tinggalkan...





"Mat! kau nak gi mane tu??"


Dol menegur Mat.
Kebetulan Dol ternampak Mat lalu di hujung jalan.

"Erk.. ada la.. tak payah la kau tahu..."

Mat dahulunya adalah seorang penagih dadah.
Dia baru sahaja selesai hukuman penjara dan
kini dia bergelar bekas banduan.

Dia benar-benar tekad hendak berubah.
Dia mahu tinggalkan najis itu!
Dia tidak mahu lagi menyusahkan keluarganya.

Dol pula kawan "sampah"nya..
Dol masih lagi menagih dadah.
Badannya kurus kering, susut.
Cengkung benar pipinya.

Mujur dia masih selamat..
Dia belum bergelar banduan.
Mungkin kerana dia jauh dengan masyarakat.

"wei mat.. lepak dulu.. sembang-sembang jap..."


..........................................................................................





Sebenarnya Mat dalam perjalanan menuju ke surau.
Dia mahu mendekati surau.
Bergaul dengan ustaz-ustaz supaya dapat
membimbingnya untuk menghayati agama.

Fikir Mat, itu sahajalah jalan
yang mampu membersihkan hatinya.

Keluarganya sudah tidak mahu menerimanya..
Seolah-olah dia tidak wujud di dunia ini.



"Mat.. ade barang baik Mat..
jom layan jap hujung kampung.."

"Taknak Dol.. aku da taknak da...
cukup la cerita lama..

Taubat ar.. aku taknak buat keje bodoh ni.."

"Alaa mat... kau bajet alim pulak...
aku tau kau sangap lagi..
jom la layan... ni baik punye barang ni...
"fresh" lagi... jom la.."

Sekejap-sekejap Dol meraba hidungnya.
matanya kuyu bagai orang mengantuk.
Tak kurang macam mayat hidup..



"tak boleh Dol.. orang kampung tahu..

mati aku.. cukup la.. aku taknak masuk jail lagi..."

"kau nak takut ape, bodoh!! hujung kampung tu..
mane ader orang.. orang-orang cam kite je duk situ..

jom la mat.. teman aku.. jom eh..??"


Mat berfikir panjang.
Fikirannya bercelaru.

Dia mahu menolak, tapi dia masih "cinta" najis itu.
Berat rasanya mahu dilupakan.

Mat tak mampu tahan lagi..
Dia tekad, ini yang terakhir!!

lepas ini dia takkan jumpa Dol lagi.
Dia benar-benar tekad..

"Boleh la.. janji ni last!! kau jangan hasut aku lagi lepas ni!!"


"hehehe... ok..
aku tahu.. kau mane boleh lupe mat.."

lalu mereka terus menaiki motor,
menuju ke tempat yang tiada siapa akan nampak.

Namun mereka lupa, Allah sentiasa melihat mereka.

Mat batalkan niatnya hendak ke surau.
Diikutnya Dol untuk menikmati hidangan terakhirnya.

Mereka tidak tahu..
apa yang bakal mereka hadapi selepas itu.

..............................................................





Dol menunggang motor bagai orang gila.
Terhuyung-hayang, laju tak terkata.

Naik pening Mat yang menumpang di belakang.


"Dol!! slow sikit..!! kau nak mampus ke??"

"haha.. rileks la.. aku da biasa da.."

Sekejap-sekejap dia mengangkat motornya.
Bergeraklah motornya dengan satu tayar.

Mat sudah terkial-kial.
Dalam hati, dia berdoa.

"Ya Allah!! selamatkan aku!!"


Tiba-tiba ada sebuah lori bergerak
dari arah bertentangan.

Terkejut mereka.
Dol tidak mampu mengawal motor lagi..

Dia benar-benar takut.
Mukanya pucat tanpa darah.

Bunyi hon lori itu langsung tidak
membuatkan motor itu berhenti.


lalu...

berlanggar kedua-dua kenderaan itu.
Dol terjatuh dari motor.

Kepalanya tepat-tepat mencium tanah
dibawah lori.

Berlaku pendarahan yang sangat banyak.
Kemudian..
Kepalanya digilis pula oleh tayar lori.

putus kepalanya!!!
terpisah dengan badan.
terpancut-pancut darah keluar.
sangat mengerikan.

Mat juga tidak kurang parahnya..
namun mujur dia terpelanting ke dalam semak.

tangan dan kakinya patah.
dia koma.


.......................................................





Mat membuka matanya perlahan-lahan..
Dia nampak kipas berpusing-pusing di atas siling.


Kemudian dia menoleh ke kiri.
dia nampak mak dan ayahnya..

Kemudian di toleh ke kanan..
Dia nampak adik-beradiknya..

Mengalir air matanya perlahan-lahan.

kemudian dipaksa matanya melihat seluruh badannya..

Penuh dengan balutan.
Kaki nya bergantung.
tangan bersimen.

Semakin deras air matanya mengalir..

"mak.. dol mana mak..??"

giliran maknya pula menangis teresak-esak.

"mat.. Dol dah takda mat.. dia dah pergi.."


Mat benar-benar menyesal di atas perbuatannya..
di membayangkan..

kalaulah kepalanya yang digilis tempoh hari..
adakah dia masih hidup hari ini?

Adakah dia sempat memohon taubat kepada Allah?

"Allah masih sayangkan aku..
Allah masih beri peluang kepada ku untuk hidup..
Allah masih beri peluang kepadaku untuk bertaubat.

terima kasih ya Allah!!!"


.............................................................





Sahabat..
segeralah tinggalkan maksiat..

kita tidak pernah tahu..
bagaimana mati kita..

husnul khatimah (mati baik) ataupun su'ul khatimah (mati buruk)?

Bila-bila sahaja Allah boleh tarik nyawa kita..

terdetik untuk melakukan kebaikan,
jangan bertangguh-tangguh!

terdetik untuk melakukan kejahatan,
segera tinggalkan!

kerana kita tidak pernah tahu bagaimana penghujung kita..

boleh jadi waktu kita sedang melakukan kebaikan,
waktu itulah ajal kita..

Boleh jadi waktu kita sedang melakukan kejahatan,
waktu itulah malaikat ragut nyawa kita!

na'uzubillahi min zalik.

Jangan tunggu waktu tua..
mula dari sekarang!

kerana waktu tua tidak pernah menjamin
perubahan kita..

semoga Allah beri kekuatan kepada kita, INSHA ALLAH.


"Tiap-tiap diri akan merasai mati
dan Kami menguji kamu dengan kesusahan
dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada
Kamilah kamu semua akan dikembalikan."

Al-Anbiya: 35









Monday, January 10, 2011

SEBARKAN SENYUM!





Melihat senyuman..
Hati rasa tenang..

Melihat senyuman.
Hati rasa lapang..

Tiada reaksi seindah senyuman..
Ciptaan Allah yang sangat berharga..

Tiada senyuman yang bermakna
melainkan senyuman yang ikhlas..

Cantiknya senyuman apabila
sudah "terbiasa"..

Bukan dipaksa-paksa..
Bukan direka-reka..

Orang yang biasa menerima ujian..
Dia sudah biasa tersenyum..

Kerna dia tahu..
Ujian itu datang dari Allah..

Orang yang tidak mahu menerima ujian..
Jangan terlalu mengharap dia
akan senyum..

Kerana baginya..
ujian itu menyusahkan..

Senyumlah..
Walau berat mana ujian menimpa..

Senyumlah..
Jangan berhenti mengharap pada-Nya..

Senyumlah..
Senyumlah seperti Rasulullah..


Rasulullah senyum bukan untuk dirinya..
Rasulullah senyum untuk orang disekelilingnya..

Kerana Rasulullah tahu..

Senyuman itu bukan hak individu..
Senyuman itu perlu disebarkan..

Sebarkan senyum!
Moga terus mekar..
takkan pupus, takkan dilupa..




Sabda Rasulullah S.A.W.:

"Senyum terhadap saudara kamu adalah sedekah."

Hadis riwayat Ibn Hiban dan Al Baihaqi.
Thursday, January 6, 2011

Menjangkau LIMA





Syukur ke hadrat Allah SWT..
Kerana dengan limpah kurnia-Nya..

Kita masih mampu menghirup udara
bumi ciptaan-Nya..

Mengecapi ni'mat rezeki
pemberian-Nya..

Berukhuwwah dan berkasih sayang
di atas cinta-Nya..

Semoga "anugerah istimewa" ini..
memberi api semangat untuk kita..
terus berusaha dalam menggapai
redha Allah SWT.. INSHA ALLAH.

Alhamdulillah..
Kita sudah menjejakkan
diri kita ke tahun baru, 2011.

Tahun yang agak "berat" bagiku..
kerana kini aku telah menjangkau
"TINGKATAN LIMA".

Sehingga "berat" itu benar-benar
terasa..

Apabila kepala ini benar-benar sakit..
(sewaktu post kali ini ditaip)
bagai dihimpap dengan batu..

Namun harapnya..
situasi ini tidak pernah
memudarkan semangatku untuk menulis..

Kamu yang kukasihi dan kusayangi..
teruslah doakan aku..

OK!

2011.

Apa yang aku harapkan sebenarnya untuk tahun ini?



.......................





"Form 5!! tak rasa janggal ke

dengan status tu??"

"hhmm.. takdelah.. bagi aku..
aku da boleh terima.."

"huh! hebat betul kau.. aku sendiri pun..
rasa macam ada yang tak kena..

rasa macam..

cukuplah di tingkat 4..
janganlah tambah lagi ke tingkat 5..
gayat!!"

"haha.."

Perbualanku dengan Farhan tempoh hari..
benar-benar mengejutkan aku dari "tidur".



"Ajwad, engkau sekarang tingkatan lima!!!
Faham tak!!!??"



Sehinggakan jeritan ini
terpaksa dijeritkan sendiri ke dalam hati.

Allahuakbar.
Sungguh pantas masa berlalu.

Moga dengan "pertambahan tingkat" ini..
benar-benar menjadi didikan tarbiyyah..
yang mampu membentukku menjadi MANUSIA.

moga masa kurniaan Allah ini..
tidak terbuang sia-sia..



"Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu
dalam kerugian;
Kecuali orang-orang yang beriman
dan beramal soleh
dan mereka pula berpesan-pesan
dengan kebenaran serta
berpesan-pesan dengan sabar."

Al-Asr: 1-3



"ok.. kau boleh terima status FORM 5..
kau boleh terima tak status "SENIOR"??"

"apa dia??"

"SENIOR!!"

"Alamak!! aku takleh terime lagi!!
senior?? oh tidak...."

Kami berdua ketawa.

Namun ketawa kali ini tidak kosong..
Ketawa dengan penuh kegelisahan yang
melanda benak jiwa.

..................................





Setiap tahun..
pelajar-pelajar tingkatan 5 SMK Saujana Utama
akan diingatkan tentang status mereka.

Mereka pasti akan diingatkan perkara
yang sama setiap kali mana-mana guru
berucap di perhimpunan.

Kalau tidak seminggu sekali,
sebulan sekali.

Kalau tidak sebulan sekali,
setahun sekali!

PASTI ada.

apakah peringatan itu?


"pelajar-pelajar tingkatan 5..
kamu ini berpangkat "abang"
bagi adik-adik form bawahan..

jadi..
tunjukkanlah contoh yang baik
buat adik-adik..

agar menjadi ikutan buat mereka."


Pasti!
mesti ada punya..
kalau tak sama, pasti serupa!

Dan pada tahun ini..
Giliran aku pula untuk meng"hadam"
peringatan itu.

Sekaligus aku bermuhasabah diri..

Aku sudah tingkatan lima..
Adakah aku mampu menjadi contoh
buat adik-adik?

Aku sudah tingkatan lima..
Adakah amalanku semakin baik?

Aku sudah tingkatan lima..
Adakah aku masih perbaiki
akhlak dan perilaku burukku?

Aku sudah tingkatan lima..
Adakah aku berusaha mengamalkan
sunnah Nabi Muhammad S.A.W..

Kekasih Allah, contoh terbaik??


Allahu akbar.

Ya Allah, Janganlah Engkau jadikan aku dikalangan
orang yang rugi..

HARI INI SAMA SAHAJA SEPERTI SEMALAM.

Ya Allah, jangan jadikan aku dikalangan
orang yang celaka.

HARI INI LEBIH BURUK DARI SEMALAM!


Moga Allah pelihara kita.


.............................




Berkata tentang AZAM...

Aku kurang gemar menggunakan perkataan
itu sebenarnya..

aku lebih tertarik dengan perkataan "HARAPAN".

Harapan aku untuk ulang tahun kelahiran Nabi 'Isa
yang ke- 2011 ini..


Aku ingin terus perbaiki kelemahan diri..

Tujuan utama aku membina blogspot ini pun..

bukan atas tujuan da'wah semata-mata..

lebih kepada membaiki kelemahan dan keburukan
yang sedia ada..

Semoga penulisan di blog ini..
menjadi "tamparan" hebat buat penulisnya..

supaya sentiasa "terjaga dari tidur".

Kita salah apabila mengatakan penulisan adalah
sekadar TULISAN.

Sama ada kita sedar atau tidak..

PENULISAN merupakan antara "kuasa"
yang terhebat untuk memberi teguran
kepada penulisnya!

Oleh sebab itu..
Aku akan terus menulis..

sehingga mata terkatup rapat..
Sehingga nyawa sampai ke kerongkong..
Sehingga titisan darah yang terakhir..

INSHA ALLAH!


Dan harapan aku yang kedua..

Aku ingin memberi HARAPAN kepada orang lain!

kamu putus asa..
kamu lemah..
kamu tidak bersemangat..
kamu perlu tempat mengadu..

aku sedia memberi harapan..

agar kamu bergantung harap kepada ALLAH!

Sungguh aku bukan Tuhan..
berkuasa memberi Hidayah..

Sungguh..
Aku bukan Rasul..
Menyampai dengan penuh ikhlas dan sabar..

Namun aku bergelar MANUSIA..
aku punya tanggungjawab dengan MANUSIA yang lain..

aku akan terus memberi harapan..
Supaya kamu tidak hilang harap dengan Allah..

Aku akan terus memberi harapan..
Supaya kamu terus cinta dan percaya dengan Rasulullah..

Semoga dengan harapan ini..
kamu juga mengambil peluang yang ada..

supaya dapat juga memberi harapan kepadaku!

Aku muslim. Kamu muslim.
Ayuh! bina harapan demi Islam tercinta!
Monday, January 3, 2011

Bagai Menadah Air Hujan




Awan gelap. Guruh berdentum-dentam.
Cukup untuk membuatkan jantung manusia
berdegup dengan kencang.

Jam menunjukkun pukul 3 petang.
Langit memberi isyarat..
Tanda hujan lebat pasti akan membasahi bumi.

Seperti biasa..
tok siak menjalankan kerja hariannya..
membersihkan surau..
vakum karpet dan sebagainya.
seorang diri.

Hujan lebat mula mengganas.

guruh, kilat sudah biasa bagi tok siak.
jadi langsung tidak ada masalah baginya.


sedang tok siak sibuk menyapu sampah..
tiba-tiba..

tok siak rasa ada sesuatu
yang membasahi kepalanya..


.............................




"Allah.. bocor pulak atap surau ni.."

tok siak mengeluh.
Sebelum ini tidak pernah pula
atap surau bocor.

Lalu tok siak mengambil besen..
ditadahnya air hujan yang menitik
disebabkan atap yang bocor itu.

"kena report kat pengerusi ni..
kalau idak, basah kuyup la surau kita.."

Keesokan harinya,
bertemulah tok siak dengan pengerusi surau.

Lalu diadukanlah masalah yang sedang berlaku..

"imam, atap surau kite udah bocor..
nak buat camne ni??"

"iye ke? hhmm.. takpe lah..
besok, kite tampal ajer yang bocor tu..
settle problem.."

"ok,imam.. jumpe besok."


.......................



Maka ditampallah atap yang bocor itu.

Dua bulan selepas itu..
bocor semulalah atap itu..

"imam.. udah bocor balik..
tak kuat gamaknye yang kite tampal tu.."

"Ape?!! bocor balik?? adui.."


Maka terduduklah mereka.
Sedang dua hamba Allah itu
mengeluh sambil menggaru kepala..
tiba-tiba..

"Assalamualaikum!!"

"eh, wa'alaikumussalam..
haa.. kamu Semat.."

"amboi pak aji..
apsal masam je muke ni??"


"ape yang tak masamnye..
atap surau udah bocor..
udah tampal..
bocor lagi!!
huh..."


Lalu Semat pun meneliti
atap bumbung itu..
setelah lama diperhati..

"ape la pak aji!!
atap ni da tak boleh pakai da..
kene tuko baru..

kalau idak, sampai kiamat la bocornye!"

"oh yeke.. mane kome taw??"

"ek eleh.. saye kan arkitek..
ini memang keje saye..

takpe, besok saye hantar orang saye..
kite tukar aje atap baru.."


"itulah kamu, Semat..
udah berbulan bocor..

baru nak kate kamu arkitek.."

Tok siak menyalahkan si Semat.

"dah tok siak tak tanye..
sape suruh.. hehe.."

Muncunglah mulut tok siak dan pengerusi.

Setelah itu..
tidaklah bocor lagi atap surau itu.
Eloklah untuk sekian lama.

APA PENGAJARAN DARI KISAH INI??


..........................





Pengajarannya ialah..

kita jika menghadapi sesuatu masalah..
Jangan cari jalan penyelesaian..
yang hanya akan bertahan untuk seketika.

Kemudian masalah akan berulang lagi..
malah boleh menjadi semakin teruk.

Carilah PUNCA UTAMA yang menyebabkan
masalah itu berlaku.

Dan selesaikanlah masalah itu secara menyeluruh.

Lalu bagaimana caranya?

carilah jalan penyelesaian yang
benar-benar berkesan.

Bukannya mencari penyelesaian..
yang boleh menambahkan lagi masalah.

Saya beri contoh mudah..

ada satu masalah..
yang kita 'main-main' dalam menyelesaikannya.

apa masalah itu?

MASALAH PEMBUANGAN BAYI!


.........................




Masyarakat Malaysia mengecam
pembuangan bayi yang sedang berleluasa.

Kempen itu, kempen ini..
bersungguh-sungguh membanteras masalah pembuangan bayi.

Ada yang mencadangkan..

supaya diwujudkan pendidikan seks
sebagai subjek teras di sekolah-sekolah.

Bagus. itu cadangan yang bagus.

Ada yang mencadangkan..
Supaya di bina sekolah bagi pelajar mengandung
di Melaka.

asal nak mengandung, pergi Melaka.
Asal nak pergi Melaka, mengandung.

Bagus. Itu cadangan yang bagus.

Ada juga yang mencadangkan..

supaya diwujudkan penempatan bayi terbuang..

kita selalu dengar..
"tempat pembuangan sampah"..

maka akan wujud satu lagi tempat
disebelahnya..

"TEMPAT PEMBUANGAN BAYI".

Jika sudah 'ter'mengandung..
letaklah bayi di tempat itu..

jadi tidaklah kita nampak
mayat-mayat bayi di sungai..
di longkang..
di dalam mangkuk tandas dan sebagainya.

Sekarang saya mahu bertanya..

Adakah penyelesaian ini
satu penyelesaian yang menyeluruh?

Apakah akan berkurang statisitik
pembuangan bayi setiap tahun?

ataupun yang lebih tepat..
Apakah akan berkurang
anak luar nikah yang tidak
dapat dikenal pasti siapa ayah ibunya
di Malaysia?


.........................





Maka disini..
perlulah kita melihat punca utama masalah itu.

Apa punca utama berlakunya pembuangan bayi?
apa puncanya?

jawapannya ialah PERZINAAN.

Punca utama peningkatan pembuangan bayi..
disebabkan oleh meningkatnya hubungan luar nikah
di Malaysia.

Benar atau tidak..

Kita merasa sangat jijik..
kita merasa sangat kejam..
Kita merasa sangat tak patut..

apabila saban hari melihat mayat bayi
dibuang merata-rata..

Sekarang saya mahu tanya..
Adakah kita merasa jijik
dengan ZINA?

perzinaan yang menyebabkan pembuangan bayi..

kenapa kita tak rasa jijik dengan ZINA?

Bukankah Allah berfirman dalam Al-Quran..


"Dan janganlah kamu menghampiri zina,
sesungguhnya zina itu adalah
satu perbuatan yang keji dan
satu jalan yang jahat
(yang membawa kerosakan)."

Al-Isra': 32


ramai yang tidak memandang perkara ini..
Kerana sibuk mencari jalan penyelesaian..
yang menambah lagi masalah!

kamu tahu tak Allah telah
jelaskan bagaimana mahu selesaikan masalah
ini di dalam Al-Quran dan Hadith?


"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina,
hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang
dari keduanya seratus kali sebat
dan janganlah kamu dipengaruhi oleh
perasaan belas kasihan terhadap keduanya
dalam menjalankan hukum agama Allah,

jika benar kamu beriman kepada Allah
dan hari akhirat dan HENDAKLAH DISAKSIKAN
hukuman seksa
yang dikenakan kepada mereka itu
oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman."

An-Nur: 2


Hadis Nabi saw :

Dari Ubadah bin Samit ra
dari Nabi saw ia bersabda,

" Ambillah oleh mu (peraturan) daripada aku,
Ambillah daripada aku,
sesungguhnya Allah telah memberikan jalan untuk mereka,

iaitu perawan dan jejaka,
hukumannya di rotan sebanyak 100 kali rotan
dan dibuang daerah selama 1 tahun.

Janda sama duda,
hukumnya dirotan sebanyak 100 kali rotan serta direjam.”

(Riwayat Muslim dan Abu Daud)


kenapa berlagak pandai
kononnya hebat menyelesaikan masalah..

tanpa memerlukan undang-undang Allah?

kejamnya manusia.

Masalah berleluasa, kerana kita tidak kembali
kepada Al-Quran dan hadith.

Agak-agak pembaca, masih adakah lagi manusia
yang mahu berzina..

jika hukum Allah..
Yang dijalankan di khalayak ramai
ini dijalankan?

Ketahuilah, tidaklah diturunkan HUKUM HUDUD (Hukum Allah)
itu melainkan baik-baik belaka untuk kesejahteraan manusia.


"Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas
(Syariat) Allah dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya,
akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir
dari bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya dan
itulah kejayaan yang amat besar."

An-Nisa': 13


Bila nak solat..
kita ikut al-quran..

Bila nak puasa..
kita ikut al-quran..

bila nak buat haji..
kita ikut al-Quran..

Kenapa kita tak mahu
menyelesaikan masalah ZINA
berlandaskan al-Quran?

Kenapa tak nak ikut al-Quran..
apabila pembuangan bayi berlaku??

Ayuh sama-sama kita fikirkan..

jangan hanya memandang jijik
dengan pembuangan bayi..

Pandanglah juga ZINA
sebagai satu perbuatan yang SANGAT jijik..

Dan kembalilah kepada Al-Quran..
Kerana disitu ada jawapan bagi segala
persoalan..

Bukankah Al-Quran itu "manual" kita?

kenapa?
ada "manual" yang lebih baik dari itu?


"(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada
seluruh umat manusia dan
petunjuk serta pengajaran bagi
orang-orang yang (hendak) bertakwa."

Ali Imran: 138



Ayuh..
jangan kita menyelesaikan masalah
bagai menadah air hujan..

Mari kita "tukar" semua ini..
Kembali menghayati al-Quran dan Hadith!


"Allah menerangkan
(kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti),
bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,
Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam)
dengan keadilan dan malaikat-malaikat
serta orang-orang yang berilmu
(mengakui dan menegaskan juga yang demikian);

tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia;
Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Ali Imran: 18



Berikut link yang berkenaan dengan hukum berzina.
moga bermanfaat buat semua, INSYA ALLAH. :)


LELAKI BERZINA DI ZAMAN RASULULLAH

HUKUM REJAM BAGI PENZINA
Sunday, January 2, 2011

Menjadi Lebih Baik!




Kita sering merasakan..
Diri kita sudah cukup baik.

Sudah cukup sempurna..
"perfect"..
Semua benda betul.

Benarkah "rasa-rasa" ini?

oh, tidak..

Mana ada manusia yang sempurna di bumi ini..
tak ada yang sempurna melainkan Nabi Muhammad S.A.W.,
Rasul contoh buat umat manusia.

Mana boleh kita merasakan kita sudah cukup baik,
sedangkan manusia itu tidak pernah terlepas dari dosa.

Kita mengatakan

"orang jahat yang perlu
berhijrah menjadi baik..

Kita orang baik, apa perlu berhijrah lagi?"

Pandangan itu sangat-sangatlah salah.

Kalau benar kamu sudah baik,
buktikan yang kamu tidak pernah terlepas
dari melakukan dosa!

boleh atau tidak?

oh, mana boleh..

mana boleh kamu berasa selesa..

kamu rasa selesa dengan diri kamu?
Perasaan selesa itulah sebenarnya yang akan
menghakis "baik"nya kamu..

percayalah.


.............................





Pernah satu malam..

Rasulullah S.A.W. bangun qiamullail..
bertahajjud, bermunajat kepada Allah..

Sayyidatina Aishah hairan melihat Rasulullah.
bersungguh-sungguh benar baginda menjalankan ibadah.

Lalu Aishah bertanya kepada Rasulullah,


“Kenapa kau sampai begini? Sedangkan Allah telah mengampunkan dosa kau yang telah lepas dan yang akan datang.” Rasulullah dengan penuh rendah hati menjawab: “Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?



Itu Rasulullah, sahabat..
Manusia jaminan syurga..

Kita ini siapa?

Allahu akbar.

Jangan sesekali dalam hati kita tersimpan..
rasa "sudah cukup" baik.

Jangan.
Mana kamu tahu orang jahat itu akan terus
kekal jahat, dan tempatnya ialah neraka?

mana kamu tahu orang baik itu akan terus
kekal baik, dan tempatnya di syurga?

Mana kamu tahu?

Kita tidak tahu apa-apa!

Dan oleh sebab kita tak tahu apa-apalah..
Kita perlu terus berusaha menjadi lebih baik..

Berusaha menjadi yang terbaik disisi Allah..
dan kita mohon kepada Allah..

"Ya Allah, kekalkan aku terus di dalam kebaikan!"


Sepatutnya begitu.
kalau asyik rasa selesa sahaja,
bagaimana kebaikan mahu bercambah?

Ayuh, rangsang kebaikan..
supaya ia takkan pudar buat selama-lamanya.

.........................




(gambar hiasan)


Pernah dengar kisah tentang Sayyidina 'Umar Al-Khattab?

haa..
Siapa tidak kenal beliau..
Khalifah Islam ke-2..
Di kalangan Khulafa' Ar-Rasyidin..

Orangnya tegas..
garang..
bengis..

Sehingga diriwayatkan bahawa..
Syaitan pun mengubah haluan
bila terserempak dengan Sayyidina 'Umar!

Masya Allah.

Walaupun 'Umar sebegitu rupa..
Dia seorang yang tawadhuk
di sisi Allah..

Diceritakan bahawa..
Sayyidina 'Umar adalah manusia..
yang mencatat segala kesalahan yang dilakukan..

Dia pernah menyakiti orang,
dia catat perbuatannya itu..

Dia berkata yang buruk,
dia mencatat perbuatannya itu..

Dia melihat kesusahan rakyatnya,
itu juga dicatat sebagai kesalahannya..

Nak tahu apa yang 'Umar buat??

menjelang malam..
Sayyidina 'Umar menyemak semula
catatan kesalahannya..

Dan dipukul belakang badannya
dengan cemeti bagi setiap satu
kesalahan yang dilakukan!

"Rasakan 'Umar! Jika kesakitan ini
pun tidak mampu kamu tanggung,
bagaimana siksaan api neraka nanti!!??"

Jerit Sayyidina 'Umar.

Masya Allah.

Di saat Sayyidina 'Umar
meninggal dunia..

Maka terlihatlah oleh
sahabat-sahabat..

bekas-bekas libasan dibelakang
badan 'Umar sewaktu 'Umar hendak
dikafankan..

Maka disaat itulah..
sahabat-sahabat bertanya
kepada isteri Sayyidina 'Umar.

Maka dikhabarkanlah apa
yang Sayyidina 'Umar lakukan
selama hidupnya didunia..

Allahu akbar.

itu KHALIFAH, sahabat..
Diantara 10 sahabat yang dijanjikan syurga
oleh Rasulullah S.A.W.

kita siapa?

...................






Maka sebab itulah kita perlu
terus berusaha menambah kebaikan.

memang, kamu sudah baik.
tapi kamu perlu menjadi lebih baik!

sebelum ini..
kita konsisten menjalankan ibadah wajib..

maka apa tunggu lagi..
tambahkan dengan ibadah-ibadah sunat..

dalam bab dunia,
memang kita tak boleh tamak.

namun dalam bab ibadat,
kita perlu 'tamak'!

dalam bab menuntut ilmu,
kita perlu 'tamak'!

kenapa?
kerana Allah itu maha Memberi.

Allah nak beri kepada hamba-hambaNya..
yang benar-benar bersungguh dalam
mencari keredhaanNya..

Kamu bersungguh?


"Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan
(ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya
(menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan
hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan
kebaikan yang banyak.

Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran
(dan peringatan) melainkan orang-orang yang
menggunakan akal fikirannya."


Al-Baqarah: 269


........................




Ada juga yang menimbulkan persoalan..

"Kalau semua perkara telah Allah tentukan..

apa perlu lagi kita beramal..

Allah telah tetapkan kita ke syurga,
ke syurga lah kita..

Allah telah tetapkan kita ke neraka..
ke nerakalah kita!

jadi apa perlu berusaha dan beramal lagi??"


hah, macam mana nak jawab ni?



Daripada Abi Hurairah, ia berkata:

Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Amal soleh seseorang antara kamu
sekali-kali tidak dapat memasukkan
kamu ke dalam syurga."

mereka (para sahabat) bertanya,

"hai Rasulullah, tidak pula engkau?"

"Tidak pula aku kecuali apabila
Allah melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya
kepadaku."



hadith di atas cukup jelas.

Allah tidak menilai amal kita
sebagai tiket untuk ke syurga.

ke syurga kah kita?
ke neraka kah kita?

itu semua berdasarkan
RAHMAT dari Allah.

apa itu Rahmat?

Rahmat itu KASIH SAYANG!

Ok, settle.
Kita masuk syurga kerana RAHMAT ALLAH.

Sekarang aku mahu bertanya,

wajarkah kita mendapat rahmat Allah..

dengan sekadar kita duduk termenung sahaja?

layakkah kita mendapat rahmat Allah..

kalau kerja kita di dunia...

makan, tido, tengok tv, main game sahaja..?

layakkah?

layakkah kita mendapat rahmat Allah..

jika kita tidak melaksanakan perintah Allah??
layakkah?

maka disini turunnya tuntutan supaya kita BERAMAL!

Kita beramal bukan kerana mahukan syurga..
Kita beramal kerana mahukan KASIH SAYANG ALLAH..
Kita beramal kerana mahukan RAHMAT ALLAH..

Mari kita betulkan fahaman kita..
tidak salah kita impikan syurga..
tak salah! semua manusia berhak memilikinya..

namun jangan dijadikan ia target utama..
Target utama, capai RAHMAT ALLAH!
Syurga akan kita miliki dengan sendirinya..

ayuh, ikhlaskan hati kita dalam beribadah..
IKHLAS! itu kunci utama untuk menggapai Rahmat Allah..

Moga kita terus diberi kekuatan..
Dalam melakukan ketaatan sebagai hamba Allah SWT!
Saturday, January 1, 2011

ISLAM diturunkan sebab...




ISLAM.
Itulah agamaku.

Islam agama yang Indah.
Islam agama yang lengkap.
Islam agama yang sejahtera.
Islam agama yang melindung.



"(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman:
Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah):
Celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami
(dengan corak Islam) dan siapakah yang lebih baik
celupannya daripada Allah?
(Kami tetap percayakan Allah)
dan kepadaNyalah kami beribadat."

Al-Baqarah: 138



Namun berapa ramai orang yang
memahami Islam sebegitu..

dan berapa ramai orang yang
langsung tidak memahami Islam..

Walaupun di dalam kad pengenalannya
menunjukkan..

"AGAMA- ISLAM"!

Kamu tahu kenapa Islam diturunkan?

Disini aku berminat untuk berkongsi..
kenapa Islam diturunkan.

Tahukah kamu..
Islam diturunkan untuk menjaga 5 perkara?

apakah 5 perkara itu?


...............................





AGAMA.

Pertamanya Islam diturunkan untuk menjaga agama.

Kita melihat kepelbagaian kepercayaan yang ada di dunia.

dan kita gelar itu "agama".

Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain..

hakikatnya semua kepercayaan itu tidak layak digelar 'agama'.
Kerana apa?

kerana berlaku banyaknya penyelewengan
tentang kepercayaan mereka.


"Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula:

Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan
orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasrani.
Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja.

Katakanlah (wahai Muhammad):
Bawalah kemari keterangan-keterangan yang
(membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu,
jika betul kamu orang-orang yang benar."

Al-Baqarah: 111



Islam diturunkan untuk mem"benar"kan agama.

Dan hanya Islam yang Allah terima sebagai AGAMA.

Kerana Islam bukan agama ciptaan manusia..

Islam datang dari Allah.
Islam agama Allah!

Islam diturunkan untuk menjaga kesucian agama.


"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai)
di sisi Allah ialah Islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani)
yang diberikan Kitab itu tidak berselisih
(mengenai agama Islam dan enggan menerimanya)
melainkan setelah sampai kepada mereka
pengetahuan yang sah tentang kebenarannya;

(perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada
dalam kalangan mereka dan (ingatlah),
sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah,
maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya."

Ali Imran: 19


...............................





NYAWA.

Islam juga agama yang mementingkan nyawa.

Islam tidak menggalakkan berbunuh-bunuhan.
Islam itu menjaga nyawa kita.


"Wahai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu
dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya),
kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan
secara suka sama suka di antara kamu,

dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.
Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu."

An-Nisa': 29



Islam juga mengharamkan BUNUH DIRI!
Berdosa besar hukumnya.


Dari Abu Hurairah RA, ia berkata :
Rasulullah SAW bersabda,

“Orang yang bunuh diri dengan menggantung diri,
dia akan menggantung diri di neraka.

Orang yang menikam dirinya (dengan senjata tajam)
maka dia akan menikam dirinya di neraka.

Dan orang yang bunuh diri dengan menerjunkan diri
dari tempat yang tinggi,
maka dia akan menerjunkan diri di neraka”.

[HR. Bukhari]



Nyawa juga boleh dikenali sebagai roh.

Islam melindungi roh
kerana roh yang menggerakkan jasad.

baik rohnya, baiklah jasadnya.
Rosak rohnya, rosaklah jasadnya.

Namun yang ingkar itu manusia.
Manusia itu sebenarnya yang tidak menjaga nyawa..

Bukan Islam pesalahnya, tetapi manusia.


"Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya,
serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya.
Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran
dan penglihatan serta hati (akal fikiran),
(supaya kamu bersyukur, tetapi)
amatlah sedikit kamu bersyukur."

As-Sajjadah: 9



.......................






'AKAL.

'Akal adalah anugerah Allah yang tidak ternilai.

Allah juga anugerahkan Islam
supaya dapat mengawal 'akal.

'Akal yang dijaga oleh Islam,
sentiasa akan terarah kepada kebaikan.

Jika 'akal dipandu oleh nafsu dan syaitan,
maka terarahlah diri kita kearah kerosakan.



"...sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda
(yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya,
kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya)
bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran."

Al-Baqarah: 164


Maka itulah sebabnya Islam diturunkan..
Untuk menjaga 'akal manusia!

Kita ingin memiliki akal yang sejahtera.
akal yang waras..

'akal yang dapat membezakan baik dan buruk..

apa yang kita perlukan untuk memiliki semua itu?

itulah Islam.


Sabda Rasulullah SAW kepada Ali r.a.:

"Wahai Ali,
ada tiga hal yang bila seseorang tidak memilikinya
maka amalnya tidak akan membaik:

wara` yang mencegahnya dari berbuat maksiat kepada Allah,

ilmu yang dapat menyelamatkannya dari
sikap bodoh orang yang jahil

dan akal yang dengannya ia bergaul
secara baik dengan masyarakat."


..........................






NASAB (KETURUNAN).


Ya. Islam memelihara keturunan kita.

perzinaan, buang bayi, homoseksual
dan pelbagai jenis maksiat lagi.

Semua itu berlaku apabila manusia
langsung tidak mengambil berat tentang keturunan.

Maka Islam datang untuk menyelamatkan keturunan kita.


"Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh
zuriat keturunannya dengan keadaan beriman,
Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu
dengan mereka (di dalam Syurga);

dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun
dari pahala amal-amal mereka;

tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya."

At-Tur: 21



Islam datang untuk membina salasilah yang bersih.
Salasilah yang terhasil dari ikatan yang suci.
Itulah dia ikatan pernikahan.


SABDA RASULULLAH S.A.W:
Ertinya:

"Nikah itu sunahku,
maka sesiapa yang tidak mengerjakan sunahku
bukanlah ia dari golonganku."


Keturunan kamu akan menunggu saat kehancuran..
apabila kamu tinggalkan Islam!

sudah terbukti bukan?


"Lalu kaum yang zalim itu dibinasakan sehingga
terputus keturunannya dan
(dengan itu bersyukurlah kerana musnahnya kezaliman,
dengan menyebut):

Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang
memelihara dan mentadbirkan sekalian Alam."

Al-An'am: 45


..........................





HARTA.

Akhir sekali, Islam memelihara harta kita.

Manusia suka menumpukkan harta.

Islam diturunkan untuk mem'bersih'kan harta kita
dengan ZAKAT.


"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat),
supaya dengannya engkau membersihkan mereka
(dari dosa) dan mensucikan mereka
(dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka,
kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman
bagi mereka dan (ingatlah)
Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

At-Taubah: 103


Manusia yang rugi ialah manusia
yang terus tenggelam dengan harta.

Dengan harta, manusia lupa Tuhan Pemberi Kekayaan.
Lalu terus menyembah harta.
Akhirnya harta menjadi punca utama dosa.

Riba, judi, rasuah dan sebagainya..
berleluasa dan bermaharajalela jika Islam tidak memimpinnya.


"Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil)
riba dan Ia pula mengembangkan
(berkat harta yang dikeluarkan)
sedekah-sedekah dan zakatnya.
Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang
kekal terus dalam kekufuran,
dan selalu melakukan dosa."

Al-Baqarah: 276


Maka kembalilah kepada Islam.
Kamu bukan sahaja memperoleh harta dunia..
Malah harta akhirat sedang menanti anda.

Jadikanlah Islam pemimpin hartamu!


..........................





Maka terbuktilah Islam agama yang benar.
Buanglah fahaman-fahaman negatif anda tentang Islam.

Hakikatnya, islam menyelamatkan kita.

Masalah-masalah yang berlaku di dunia sekarang ini..

Kerana kita tidak mahu rujuk pada Islam..

Kita rasa cukup pandai untuk mentadbir dunia..
Hakikatnya kita tidak berupaya..

Allah menurunkan islam..
kerana Allah sayangkan kita..


"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)
kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam)
dari kesesatan (kufur).
Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut,
dan dia pula beriman kepada Allah,
maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada
simpulan (tali agama) yang teguh
yang tidak akan putus dan (ingatlah),

Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

Al-Baqarah: 256



Allah mahu memberi panduan kepada kita..
Maka apakah ada yang lebih baik selain dari
PEMBERIAN ALLAH?

peganglah Islam dengan pegangan yang sebenarnya.
Kamu akan lihat erti hidup yang sebenarnya.


"Wahai orang-orang yang beriman!
Masuklah kamu ke dalam agama Islam
(dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya
dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan;

sesungguhnya Syaitan itu musuh
bagi kamu yang terang nyata."

Al-Baqarah: 208

VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga