Friday, October 29, 2010

Kata



Kata...
Kurangnya benar dari dusta..
Lebihnya helah dari hikmah..

Hilai tawa, jahil jenaka..
gerak tipu daya, penuh meloya..

Apa yang kau banggakan sebenarnya?
pandangan jelik diterima dunia?

Apa yang kau mahu tunjukkan sebenarnya?
Kepakaran membelit lidah..
Sehari-hari menyakitkan hati manusia?

Cukuplah..
Sedar atau tidak..
Kau makin jauh dengan manusia..
Dan itu buat kau selesa?

Kunci mulutmu sebentar..
Dengar madahku berlayar..

Bukan niatku mahu memarahi..
mahupun membenci..

Cuma aku perlukan peratus penghayatanmu..
Terhadap kata-kata ulung Rasulmu..

"Jika engkau percaya kepada Allah dan Hari Kiamat..

maka berkatalah yang baik...

ataupun...

DIAM!!"


~Kata>1:09am>Saujana Utama~



Thursday, October 28, 2010

Aku Juga Manusia





"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu,
kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah."

Surah An-Nisa: 28





Merajuk, kecewa, cepat marah, sedih, stress,
cemburu, hasad dengki, bongkak, riak, sombong........


Kalau hendak disenaraikan kelemahan manusia itu sangatlah banyak.

dan aku juga manusia.
Tidak terkecuali.

Sungguh..
Kita berusaha untuk mengatasi kelemahan itu..
Namun setiap kali gagal..
Terserlah satu lagi kelemahan manusia..

PUTUS ASA.

Ah! manusia memang lemah...
Namun adakah manusia itu diciptakan untuk terus dikuasai kelemahan?
jadi..
untuk apa manusia dicipta?









"Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa."


Surah Al-Baqarah: 21





Ya!
tujuan kita diciptakan adalah untuk BERIBADAH.
BERIBADAH= MENGABDIKAN DIRI.

Perkataan ABDI itu seringkali dikaitkan dengan HAMBA.
Jadi manusia ini hamba kepada siapa?

Ya, ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA!

Jadi..
wajarkah sifat hamba itu kuat, sempurna dan gagah?
Sudah tentulah tidak.

Berbeza sifatnya dengan TUHAN.
MAHA SEGALANYA.

Tapi kenapa masih ada manusia enggan menjadi HAMBA?
Malah mencemuh kewajipan dirinya selaku AHLI IBADAH?

Oh, mungkin "ahli ibadah" itu tidak sedap didengar.

Kenapa masih ramai yang enggan menjadi HAMBA ALLAH?

Mungkin penghayatan kepada firman Allah ini belum dikuasai sepenuhnya...










"Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya."

Ibrahim: 34




Allah menciptakan manusia.
Allah mengabulkan hajat manusia.
Allah melimpahkan ni'matnya kepada manusia.

Allah adalah segalanya dalam hidup kita.

Setiap kali kita sedih, Allah ada untuk gembirakan hati kita.

Setiap kali kita kecewa, Allah sentiasa ada memberi harapan kepada kita.

Setiap kali kita memerlukan cinta, Allah ada mencurahkan rahmat dan kasih-sayangNya.

Sehingga perkataan "PENGORBANAN" itu langsung tidak layak untuk disandarkan kepada Allah.

Kerana Allah curahkan lebih dari itu!
Dan itu langsung tidak memberi kerugian kepada-Nya.


Dan aku rasa..
Sudah terjawab kenapa manusia perlu beribadah kepada-Nya?






Manusia itu memang lemah.
Namun Allah berikan tanggungjawab memakmurkan negara bumi..
kepada manusia..

Adakah Allah tinggalkan manusia dengan kelemahan?
Ah, tidak..

Tujuan Allah ciptakan manusia itu lemah..
SUPAYA MANUSIA MEMINTA PERTOLONGAN DARI-NYA!!

Namun zalimnya manusia..
Sudah tahu dirinya lemah..
Tapi masih enggan meminta pertolongan Allah..

Lebih suka dilabelkan LEMAH..
dari mencari rahmat Allah...

malah meminta pertolongan dari yang lain!

Ayuh manusia..
mohon difikirkan..

kerana..
AKU JUGA MANUSIA!







Tuesday, October 26, 2010

Ku Mahu Syurga-Mu!




Bila aku berjalan terus..
Di lantai bumi..
Ribuan indah.. Ku lihat di mata..

Ku lihat di sana..
Keindahan flora..
Keunikan fauna..
Memukau jiwa..

Lantas hatiku bertanya..
Begini hijau dunia..
Oh, bagaimana warnanya syurga?

Aku berdoa..

"ALLAHUMMA INNI AS'ALUKAL JANNAH!
WA A'UZUBIKA MIN SAKHOTIKA WANNAR!"

Ya Allah kurniakanku syurga..
Jauhi aku dari neraka..

Di sini mengalir sungai yang jernih..
Bagaimanakah syurga..
Yang mengalir mutiara sungai..
dibawahnya...

Ku dipersembahkan dengan..
Kecantikan manusia..

Ku terbayang..
Keramahan malaikat..
Senyuman bidadari disana!

Ku mahu syurga-Mu..
Pasti takkan sama..
Tiada tara..

Ya Allah!
Ku usaha semampunya..
Untuk mencintai-Mu..
Sepenuhnya..

Agar aku..
Dapat bersama kekasih-Mu..
bersama pencinta-Mu..

di mahligai syurga...
Sunday, October 24, 2010

Aku Cinta Pada-Mu







Ku cinta pada-Mu..
Lebih dari segala-gala..

Mampukah ku pertahankan cinta ini..
Dalam mengabdikan diri pada-Mu...

YA ALLAH!

Andai ada kata yang lebih baik..
Dari ucapan terima kasih..
Itulah selayaknya.. Ku ucapkan pada-Mu..

Andai ada hadiah yang lebih baik...
Dari syukurku..
Pastiku persembahkan pada-Mu..

Setiap hela nafas..
Setiap gerak tangan..
Setiap degup jantung...
Setiap derap kaki...

Takkan pernah bermakna...

TANPA CINTA-MU!



Barakallahu Fik (Happy Buvday!)






Hari yang dinanti..
Hari yang dirai..

telah pun tiba..!

Salam kuhulurkan..
Sayang ku semaikan..

Kepadamu, istimewa..

Tulus seikhlasnya kuucapkan..

Selamat hari lahir.

Barakallahu fik..
Barakallahu fik..

Moga Allah berkati (mu)..

Sejarah diulang..
Hari yang gemilang..
Istimewa untukmu..

Bahgia si ayah..
Tersenyum si ibu.. Dikaulah penyeri keluarga..

Harapanku..
Harapan semua..
Moga dikau menjadi insan setia..

Doaku untukmu..
Doa semua..
Bahgia bukan di dunia cuma..
Juga di akhirat sana!

Pastinya..
Dari Allah kita datang..
Dan kepada-Nya jua..
Kita kembali..

Selamat Hari Lahir!

-Lyric by- Ajwad


Saturday, October 16, 2010

Abah, Ummi.. Maafkan Ajwad :'(





Abah.. Ummi..
Ajwad dah lama ingin luahkan semua ini..
Namun ajwad pendam..
Kerana mungkin sifat keegoan dan kesombongan..
Yang amat tinggi dalam diri ajwad..

Abah.. Ummi..
Ajwad tahu..
Ajwad faham..
Bukan mudah mendidik dan mengajar anak yang sudah meningkat remaja ini..
Di saat kata-kata kawan lebih utama dari kata-kata abah dan ummi..

Disaat pendapat kawan-kawan lebih diperlukan dari pendapat abah dan ummi..


Maafkan ajwad abah..
Maafkan ajwad ummi..
Ajwad sedar ajwad salah..

Ajwad betul-betul minta maaf..

Abah.. Ummi..
Ajwad sayangkan abah dan ummi..
Ajwad tak tahu bagaimana hidup ajwad sekarang..
Tanpa abah dan ummi..

Waktu ajwad kecil..
Abah dan ummilah yang menjaga ajwad..
Melayani kerenah ajwad..

Dengan sakit demamnya..
Dengan tangis muramnya..

Namun abah dan ummi setia menjaga ajwad..

Menceriakan hari-hari ajwad..

Sanggup abah dan ummi bersengkang mata..

Menemani ajwad yang tidak henti-henti meragam minta dihiburkan sebelum terlena..

Namun zalimnya ajwad, abah..

Zalimnya ajwad, ummi..

Bila umur meningkat remaja..
Ajwad lupa pengorbanan abah dan ummi..
Ajwad lupa penat lelah abah dan ummi..

Ajwad leka dengan hiburan bersama kawan-kawan..
Sehingga terlupa hiburan bersama abah dan ummi..

Ajwad dibuai lewat-lewat malam yang indah bersama sahabat handai..
Sehingga terlupa malam-malam yang indah bersama abah dan ummi..

Anak jenis apakah ajwad ini??!

Ya Allah.. Sungguh aku anak yang berdosa..
Banyak dosaku ke atas kedua ibubapaku..

Apa guna perjuanganku selama ini..
Yang dianggap megah memperjuang agama..
Bermatian hingga kering air mata darah..

Namun..
Tiada restu dari mereka..
Tiada doa dari mereka..
Tiada redha dari mereka..!

Akhirnya jihadku sia-sia!

Sia-siaku tenggelam di dalam api neraka...!

Allah.. Allah.. Allah..

"Ya Allah.. Ampunilah dosa-dosaku..
Dan dosa kedua ibubapaku..

Engkau kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecilku..."

redha ibubapa, redha Allah jua..

~anak yg berdosa, ajwad~



Thursday, October 14, 2010

Cantiknya BUNGA!





Di suatu senja yang indah..
Damai..
Mentari merah seakan-akan melambai-lambai..
Mengucap selamat tinggal..
Mempersilakan bulan ditemani malam dan bintang..
Membahagiakan hati-hati yang gersang..

Entah ke berapa kali..
aku terus mencari ketenangan..
Mencari damai di kawasan lapangan..
Penuh dengan warna-warni bunga nan mekar..
harum dan indah...

Ku berjalan di pinggir mereka..
ku lihat..
ada yang warnanya putih, merah, kuning dan ungu...

ku petik sekuntum..
yang warnanya putih..

lantasku tanya sang bunga...

"Hari ini kau masih segar..
harum.. dan indah ku lihat...

adakah esok..
kau masih tetap sama?
adakah kau masih harum dan wangi seperti hari ini?

aaahh..
wahai si cantik bunga yang putih..


Suatu hari nanti..
kau pasti juga layu...
dan kau tidak akan dipuja olehku lagi..."

lalu ku muhasabah diri..
apakah aku perlu membangga diri dengan kelebihan yang ada?

sedangkan tiba saatnya..
aku juga akan membusuk..
dibaham tanah..
menjadi sekujur mayat..
Tiada siapa yang berani mendekatiku...

hanya amal solehku..
Mampu
mengangkat darjatku di sini..

Dan di alam sana.....

Selamat tinggal si cantik bunga!


Wednesday, October 6, 2010

Sudah Nasib Da'ie..




Kisah iniku coretkan.. melalui facebook.. dan ku hantar melalui message.. kepada rakan-rakan Da'ie.. semenjak dua menjak ni.. banyak dengar perkara buruk dari orang lain..
Tentang Da'ie..

Aku tak pernah marah!
Aku tak pernah menghalang sesiapa pun memberi komentar..
kerana yang menyertai Da'ie juga manusia..
banyak cacat cela..

namun apa yang silap..
perlu diperbaiki..

Semoga dengan kisah ini, sahabat-sahabat dapat berfikir dengan lebih matang.
Insha allah.. Ana Uhibbukum fillah!


----------------------------------------------------------------------------------





Nak dengar tak satu kisah..

Bagi ana..
Sangat menyedihkan..

Cerita ini mengisahkan tentang seorang manusia..

Namanya DA'IE.

Ceritanya sangat menyayat hati..

Hampir setiap hari..
Da'ie menghabiskan masanya dengan menangis!

Hampir setiap hari dia memohon.. Berdoa kepada Allah..

"Ya Allah! Apakah dosaku? Apa dosaku Ya Allah?!"

Beberapa minggu yang lepas..

Dia difitnah..
Langsung dia tak menyangka perkara ini akan berlaku..

Ada manusia yang tidak berhati perut sibuk menjaja kepada orang ramai..

"Da'ie ni sama sahaja.. Ada jugak yang bercouple..!"

Da'ie menangis sekuat-kuatnya. Dia tidak melakukan perbuatan dosa itu! Tapi.. Kenapa namanya yang dijaja?

Beberapa hari yang lepas.. Dia difitnah lagi.. Tangisan yang lama.. Belum lagi terubat.

"I don't understand with this Da'ie peeps.. Bukan ke spatutnya Da'ie x payah dengar HARDCORE?"

Ya Allah.. Apa salah Da'ie? Dia tak buat semua itu! Kenapa ini terjadi?! Kenapa namanya masih dihina.. Difitnah sebegitu rupa?

Allahu akbar.

Di suatu malam yang hening..
Da'ie datang menghadap Allah.. Lantas menadah tangan.. Berdoa.

Entah apa isi doa itu.. Tiada siapa yang tahu.. Dia menyebutnya dengan sangat perlahan..

Namun tiba-tiba di hujung doa itu.. Dia menjerit..

"YA ALLAH! SESUNGGUHNYA DOA ORANG YANG TERANIAYA ITU MAKBUL!"


NOTA MERAH: pernahkah kita mentafsirkan Da'ie itu sebagai seorang manusia? Tak pernah! Kerana selalunya kita ini manusia yang bongkak, sombong, pentingkan diri! Da'ie? Pergi mampus..! Biarkan saja dia merana! Betulkan begitu?

Satu sahaja permintaan ana.. Kasihanilah da'ie yang tak berdosa.

Kalau kasihankan dia.. Jangan babitkan dia dalam salah laku kita!

~Mohon Muhasabah~


Monday, October 4, 2010

Usrah Cinta buatmu ADIK





Baru beberapa hari yang lepas..

kami mengadakan aktiviti Qiamullail seperti biasa.

Dan seperti biasa jugalah..

Halaqah Usrah dijalankan..

Biar hati ini..

terisi dengan ukhwah dan cinta rahmat-Nya..


Malam itu..

Ahli usrah tidaklah memberangsangkan..

Yang ramai-ramai..

kebanyakannya sibuk..


ahli-ahli yang tingkatan dua..

Sibuk dengan aktiviti cuci pinggan..

katanya ditugaskan..

berkhidmat..


ahli-ahli yang tingkatan tiga..

Ada juga di surau malam itu..

Namun sibuk memerah otak..

menelaah buku rujukan dan pelajaran..

PMR dah tak lama dah..


mereka minta izin untuk menghabiskan malam ini..

dengan study..

mmm, takpalah kalau macam tu..

jangan biar tersia, biarkan terisi!


Usrah? Siapa yang ada.. yang terluang masa..

ku panggil dengan mesra..


Oh.. kelihatan baki-baki adik tingkatan dua...

Alhamdulillah, ada juga teman berusrah...


"Jom usrah!!"





"huh.. saya ada masalah besar ni..."


selesai taaruf(berkenal-kenalan)...

aku terus bertanya kepada mereka tentang tajuk apa

yang ingin dibincangkan hari ini.


Semuanya membisu.

Diam seribu bahasa.


"kalau takda tajuk nak bincang.. kita terus ke sesi kaunseling jela!"


dan ayat yang diatas itu..

merupakan ungkapan seorang adik form 2.

katanya dia ada masalah yang sangat besar.


"hhmmm... apa masalah yang besar sangat tu..?"


"macam ni.. minggu sudah.. saya.. saya... saya......"


tersangkut-sangkut ingin memberitahu.


"saya apa??"


"saya tumbuk seorang pengawas!! sampai menangis..."


Tersentak aku dibuatnya.

Berani betul budak ni!


Namun aku berusaha menarik nafas.


"eerkk.. macam mana boleh jadi macam tu??"


"haaiihh.. dia ejek name bapak saye! Saya panas ah!!"


"owh begitu...."


Baru faham.





Kadang-kadang aku sedih..

Kadang-kadang aku tak faham..


Kasihan bila terkenangkan nasib..

rakan-rakan..

yang boleh ku katakan..

"second class."

ataupun..


LAYANAN KEDUA!


Mereka-mereka ini berada dikelas hujung..


Dan apa yang ku dengar dari mereka..

apa yang mereka luahkan..


mereka sebenarnya rasa dipinggirkan!


"kitorang fed up nak blaja.. sebab.. cikgu-cikgu pun dah tak nak ajar..

pernah skali kami tanya soalan pasal pelajaran.. boleh pulak cikgu tu kata..


'belajar lah sendiri'! Sape tak tension!"



Apa yang keluar dari mulut mereka..

semuanya menggambarkan pemberontakan..

menggambarkan kecelaruan..

menggambarkan tekanan!


Hilang hikmah..

hilang kata penuh kasih sayang..

yang berkata..

hanya kerut dimuka!


Kenapa ini berlaku kepada mereka?


Sejujurnya.. aku sayangkan mereka!







"Ayah saya tak tahu lagi... saya sedang diberi amaran..

kalau saya buat lagi.. 40 penalti ar jawabnye!!"


katanya tenang. Sedikit bangga mungkin.


Ahli-ahli yang lain..

hanya mendengar luahannya.


"hhmm... kalau kena 40 penalti.. macam mana?"


aku bertanya. Mengujinya.


"gantung sekolah la.. buat lagi.. buang sekolah terus!"


dia berkata sambil tersengih.


"hahah... owh, kiranya kau ni gangster besar skolah la??"


Semua ketawa. Menganggap aku bergurau.


"kalau da cukup gangster.. apsal kau tak halang je sekolah

dari bagi penalti kat kau? Apsal tak halang cikgu disiplin dari gantung kau?

Kalau ditakdirkan kau dibuang sekolah... berani tak kau cakap...


"Ahh!!! sukati aku la nak duk sekolah ni ke tak!! kau sape nak halang aku!!"


Sekali lagi.

Semua orang ketawa besar.

Namun makin lama makin surut.


Sehingga senyuman adik tadi terus hilang.

Dan dia terus menunduk.


Dia faham benar.

Aku bukan lagi bergurau.




"tapi dia ejek bapak saye, bang!!"



"memang betul. Dia yang mula dulu.. aku faham... kau pun satu...

apsal gi tumbuk pengawas?? memang carik nahas la.. tumbuk la orang lain..!"


Memang tabiatku.

Suka sangat bergurau dengan mereka.

Dia orang gelak tak ingat dunia.


"kau kena faham.. kau tu PELAJAR SEKOLAH.

Bukannya penumbuk antarabangsa. Memang la dalam hal ni..

dia mula dulu.. kalau aku, aku pun panas!

Tapi dah kau tumbuk dia.. kau kena terima lah..


apalah salahnya kau pergi jumpa cikgu disiplin..

bagitahulah yang seekor pengawas ni..

mulut dia memang tak boleh jaga...


biarlah cikgu yang settle kan...

silap hari bulan..

dia kena pecat jadi pengawas..

settle kan?


Tapi alangkah bagusnya..

dalam diri korang..

ada sifat ini..


sifat apa?


Eja sama-sama.. S.... A... B.... A.... R....!!!!"


dah macam budak tadika dah.


"apa untungnya kau tumbuk dia?

Yang kau dapat..


sakit tangan.. dan.. masalah takkan selesai!!


Rasulullah pun pernah cakap...


orang yang kuat tu...

bukanlah orang yang berjaya menjatuhkan lawannya...


orang yang kuat disisi Allah itu..

orang yang dapat BERSABAR dan mengalah dulu dari pergaduhan itu!


Apa guna sekali tumbuk..

last-last kena buang sekolah..

SATU TUMBUKAN, PUNAH MASA DEPAN!


Fikir-fikirkanlah..


kalau benarlah cita-cita ingin menjadi gangster sekolah...

aku cabar kau..

berani tak..

kau halang sekolah dari wat ape-ape tindakan kat kau..


time tu..

aku tabik spring la..

memang gangster ar wa cakap lu..!


tapi masalahnya..

nak tumbuk cikgu pun tak berani!"


"hhhmmm.. tapi saye takut la..

kalau ayah tahu nanti..."


hai gangster, apa barang ni?


"haha.. ingat jela.. lain kali jangan buat lagi..

kita tahu akibat dia burukkan.. wat apa diulang..

anggap jelah AYAH TAHU tu sebagai pengajaran..

bukan sebagai pembunuh semangat dan harapan..


ingat.. korang nak duk kat skolah tu lame lagi taw!"


"insya allah.. kitorang ingat..."


"alhamdulillah.. yang penting.. kena ingat..

setiap manusia itu perlu ada sifat.............???"



"SABAR!!!"


"bagus....!"


Friday, October 1, 2010

Sabar dan Redha



"Assalamu'alaikum!"


Tiba-tiba ada satu suara memberi salam.

aku menoleh ke arah pintu kelas.


"Eh, wa'alaikumussalam!"


Rupanya suara itu milik Adri.

Dia terus menuju ke arah tempat dudukku.


Kami berjiran.

Kelas Adri cuma bersebelahan sahaja dengan kelasku.

Kelasku 4 Eris.

Kelas dia 4 Kejora.

Kami tingkatan 4!


Hatiku terus berdetik.

Mesti kelasnya sekarang tak ada cikgu.

Kalau tidak, takkanlah sewenang-wenangnya

dia bertandang ke kelasku.


Aku tersenyum melihat senyumannya.

Dia mengambil tempat duduk di sebelahku.


"Ape yang membuatkan enta datang ke mari?


Aku terus mula bicara pada persoalan utama.


" Ana ada hal nak cakap ngan enta ni..."


Katanya sambil tersenyum. Namun bunyinya serius.


"Huh? Hal apanya?"


"Begini......."







"Semua benda yang ana buat.. Kebanyakannya dalam keadaan terpaksa. Perintah Allah tu tetap ana buat... tapi.. rasa macam.. perintah Tuhan yang ana buat tu.. penuh dengan sabar dan terpaksa.."


Luah Adri.

Aku hanya memandang meja.

Mendengar dengan teliti.


"Ana harap enta ada pesanan buat ana.. ana sangat memerlukan.."


"Hhhhmm...."


kusut fikiranku memikirkan solusi yang sesuai untuk Adri.

Lama benar aku berfikir.

Sebenarnya waktu itu aku sedang menelaah buku teks Biology.

Dengan secara tiba-tiba ilham itu datang.

Aku ada jawapannya!





"Enta nampak tak apa yang ana tengah buat sekarang ni?"


Aku bertanya.


"eerrkk... bace buku teks Biology??"


"Ya betul!!"


"Jadi.. apa kena-mengenanya?"


"Apa kena-mengenanya? Ana baca buku teks ni sebab terpaksa tau tak! Exam nak dekat ni..!"


aku berterus terang tanpa selindung.


Adri ketawa besar.


"Dan itulah jawapan ana untuk enta... ana bace buku.. sebab takut exam nak dekat...

enta lakukan perintah Tuhan.. semestinya sebab takutkan kemurkaan-Nya.. walaupun terpaksa!"



"Owh.. haha.. tapikan.. tak seronok la macam tu.."


"hhmmm.. betul.. ada satu perkara lagi ana nak cakap..."


"Apa dia..?"






"Manusia secara tidak langsungnya terlibat dengan dua fasa. Fasa pertama ialah SABAR. Dan fasa kedua ialah REDHA.


SABAR.

Banyak benda kita buat dengan penuh rasa sabar.


Kena baca buku.

Sabar.


Kena ejek, kena maki..

Sabar.


Kena marah.

Sabar.


Tapi hati tetap panas..

perasaan nak balas balik itu tetap ada.

Namun takkan sekali kita lakukan.

Sebab kita tahu.. kita dalam situasi sedang bersabar..

Kita pun kata..


"sabar jela... hari ini bukan hari aku!"


Hari esoknya tetap sama.

Penuh dengan sabar.

Penuh dengan kemasaman muka!


Bukankah sabar itu bagus?


Memang betul sabar itu bagus.

Namun sabar yang terlalu lama boleh menjadi HILANG SABAR!

sudah tiba masanya kita melangkah ke fasa kedua.

Itulah REDHA!


Apa maknanya sabar bertukar redha?

Begini.

Ana bagi contoh.


Kita memang suka subjek Biology. Seronok belajar Biology.


"Hhhmm.. bestnya baca buku Biology. Banyak benda aku dapat tahu.

Dan sememangnya cita-cita aku ingin menjadi seorang doktor!"


Lihat bagaimana kita mempositifkan minda kita.

Dari sabar, bertukar redha!


Contoh lain.

Kita ni tiap-tiap hari kena ejek.

Kena maki dan sebagainya.

Namun bagaimana kita mempositifkannya menjadi REDHA?


"hhhmm.. takpelah.. mungkin diorang tak faham..

salah aku juga.. tidak memberi nasihat.. biar sahaja telinga berasap..

jika apa yang mereka katakan kepadaku itu benar, aku perlu perbaikinya..

namun jika salah, pedulikanlah.. semoga Allah membuka hati mereka.."


ana tahu.. memang mudah diungkap..

tapi tak mudah dilaksanakan..

tapi yang penting itu usaha!

Teruslah enta melakukan ketaatan kepada Allah..

INSHA ALLAH..

kemanisan dalam beribadah itu akan datang...

kita ikhlaskan sahaja..

percayalah...


"Terima kasih, ajwad.. serba sedikit terlerailah juga konflik di hati..."


"Alhamdulillah... sebenarnya keberanian enta meluahkan itu.. yang memberi ketenangan..

Kadang-kadang.. Luahan sahaja boleh menyelesaikan masalah."


"Oh betul ke? Okeylah ajwad.. nak balik kelas.. terima kasih taw!

Assalamu'alaikum!"


"Wa'alaikumussalam.."


Aku meneruskan pembacaan.

Buku teks Biology.

Masih terpaksa??


(hehe...)



VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga