Friday, July 30, 2010

Siapa Pencipta Semua Ini?





Syair karya Umayyah bin Asy-Shilat



Kuhadiahkan segala pujian hanya kepada Allah,
Berupa ucapan sempurna tiada henti sepanjang masa,

Jin adalah pusat yang menjadi harapan mereka,
Engkau adalah Tuhanku dan harapanku,
Engkau yang mengutuskan Musa sebagai utusan yang menyeru,

Engkau katakan kepadanya,

"Pergi bersama Harun, seru Fir'aun kepada Allah,
dia keras kepala!"

Katakan kepadanya,

"Apakah engkau rapikan (langit) tanpa pasak,
tetapi sangat kukuh seperti ini?"

Katakan kepadanya,

"Apakah kau tinggikan (langit) tanpa tiang atau bersamamu
seorang yang membangunkannya?"

Katakan kepadanya,

"Apakah engkau yang meratakan tengahnya bercahaya cerah,
jika malam tiba menjadi petunjuk?"

Katakan kepadanya,

"Siapakah yang menumbuhkan biji di tanah sehingga bumi menumbuhkan
tanaman bahan makanan yang lebat,
lalu memunculkan biji di hujung-hujungnya?"


Semua itu adalah tanda-tanda bagi sesiapa yang menyedari...



Menunggu "Dia Yang Terpilih"




Saya sedang menghitung hari untuk melihat..
bagaimana hasil video terbaru MAHER ZAIN..
"THE CHOSEN ONE"
yang bakal ditayangkan...
pada 1 OGOS nanti..

tak sabar rasanya..
kata maher zain..
video itu khas untuk mengenang semula..
Junjungan besar kita..
Nabi Muhammad S.A.W..

Semoga da'wahnya..
akan terus diterima semua..
aku disini..
akan terus menyokong segala usahanya..
insya allah.. :)
Wednesday, July 28, 2010

Soal Jawab Isu COUPLE





DIA:-

ajwad .... can i know what different couple n ukhwah fillah ?

AKU:-

couple itu bahasa inggeris...
bahasa melayunya "pasangan"..
atau lebih seronok dipanggil pasangan bercinta..

namun apa yang ajwad boleh simpulkan
ialah..
couple merupakan sesuatu perkara yang dilakukan oleh sepasang manusia untuk meraih kegembiraan dan perhatian di saat BAHAGIA..
NAMUN..
belum tentu dapat meraih kegembiraan dan perhatian di saat BERDUKA..
disaat pasangan masing2 ditimpa musibah.. "belum tentu" masing-masing akan brtanggungjawab.. dan kemungkinan BERPISAH itu sangat tinggi.

KENAPA? kerana mereka baru ber"COUPLE"..
mereka belum diikat dengan ikatan janji setia (kahwin)..
yakni bersumpah akan setia bersama tak kira suka dan duka..

lain pula definisi tentang ukhwah fillah...
ia bermaksud persaudaraan kerana Allah.

dan ia berlawanan dgn couple..

bila kita ber"ukhwah"..
kita akan setia tak kira di saat suka atau duka..
disaat senang mahupun susah..
disaat lapang mahupun ditimpa musibah..
hatta harta dan nyawa sanggup digadaikan!

KENAPA?

kerana orang yang membina ukhwah itu..
telah berjanji..
berjanji sesama mereka ke??
oh tidak..

mereka telah berjanji dengan ALLAH SWT..
untuk bersama-sama menyebarkan cinta-Nya..
namanya pun "fillah" kan..

jadi..
apa yang dilakukan SEMUANYA KERANA ALLAH...
ikatan antara mereka..
AMAT sukar digoyah...
tak kiralah walau berjuta halangan datang menimpa..
kerana apa?

kerana mereka telah diikat dengan "IKATAN ALLAH"..

DIA:-

owh ....
fillah tuh apa?
n apa contoh ukhwah fillah
i'm still not understand what is like?

tp ada setengah orng kata couple tuh haram ....
btul ker haram ?
tp kn klu couple diorang jaga batas ...
haram x?
sbb ada setengah couple nih
diorangkn selalunya
ada touch 2 nih n kiss 2 nih
but mcm mna klu yg x der touch2 n kiss 2 nih ?


AKU:-

fillah= kerana Allah

couple=haram..

couple+touch+kiss= haram

couple - (touch+kiss)= tetap haram..

kenapa?

couple= mendekati zina..

Allah berfirman..

"Jangan kamu mendekati zina, sesungguhnya itu perbuatan keji dan buruk."



DIA:-

owh .....
mcm tuh ....
how about to those pair that fall in love want to
care of their lover n
want to let that she is his's own
then he is her's own?
if not couple what other type?


AKU:-

satu perkara yang kita perlu tahu..

ada beberapa perkara yang telah ditentukan Allah..
sejak azali lagi..
sejak penciptaan kita lagi..
dah memang tertulis..

salah satunya ialah..

JODOH.

janganlah kita khuatir ttg jodoh kita..
ia takkan ke mana..

kita yakin dengan janji Allah..
insya allah, apa yang kita nak akan dimakbulkan..
dgn syarat,

jangan sebab kita terlampau ambil berat dgn orang yang kita cinta..
tapi kita langsung tidak peduli dan lupa kepada
Yang Menciptakan Cinta..
Yang Maha Pencinta..
itulah Allah Subhanahu wa Ta'ala..

Boleh jadi orang yang kita cinta..
Bukan jodoh kita..
kenapa?
Itu ketentuan Allah..
itu hak Dia..
Kita hamba yang lemah.. byk lakukan dosa..
layakkah kita utk mmpertikaikannya?

banyakkanlah berdoa..
insya allah, Dia akan perkenankan..

Kalau bukan couple, apa caranya?
mudah.. kahwinlah!

beritahu ibubapa kita..
kita dah bersedia..
dan telah mempunyai calon yang sesuai..

langsung tunang..
terus kahwin..

kalau nak ikut sirah..
Sayyidatina Khadijah yang pergi menghantar
kawannya utk melamar Nabi Muhammad S.A.W...

Namun persoalannya..

ADAKAH KITA SUDAH BERSEDIA?


DIA:-

owh ....
understand now ....
no couple no married for me before 25 years old
dosa x klu kita pnggil orng tuh crazy people ?
even actually their not crazy but their attitude make us crazy .....


AKU:-

sebenarnya..
orang yang bercouple ni..
kekurangan kasih sayang..
kadang2 jauh dgn keluarga..
jauh dengan Allah..

jadi mereka perlukan tempat utk bermanja..
berkasih sayang..
jadi mereka bercouple..

cuba awak buka link ni,


http://ms.langitilahi.com/perkongsian-mengapa-bukan-kamu-yang-bercouple-dengan-dia/
Friday, July 23, 2010

Maafkan Aku...



Maha Pengampunnya Allah Subhanahu wa Taala itu..
Sangat jelas dan nyata..

Allah bisa menerima taubat hamba-Nya..
Jika hamba-Nya itu benar-benar menyesali dosanya..

Tapi MANUSIA?

Walau sebesar mana pun penyesalan..
Tanpa hadirnya KEMAAFAN..

Hanya akan membawa payah di akhirat sana.

Oleh itu,
sebelum AJAL datang menjemputku...

Aku..
Dengan penuh rasa rendah diri...
Ingin... mencuit sedikit perhatianmu..

Agar engkau memaafkan aku..
Maafkan aku...
Di atas segala salah silapku yang telah dizahirkan..

Tiada niat lain!

Selain ingin menggapai REDHA ALLAH S.W.T...

Dan..

Keikhlasan hatiku...

Terhadap cintanya...
UKHWAH dan KEDAMAIAN..

Maafkan aku... :(




Tuesday, July 20, 2010

Aku dan MIRWANA




Saya meminati Mirwana sejak album pertamanya lagi..
memang peminat no 1 la..

dulu, bagi saya lagu paling sedap didengar oleh telinga ialah lagu
"PERMATAKU".. dan banyak lagi..






dari pada Faizal Tahir ada, sampai dia takda..
saya tetap minat Mirwana.

Dari lagu-lagu mereka, saya meletakkan Mirwana disatu tempat yang boleh dibanggakan.

Sekarang ni, Mirwana dah keluar album baru.
dan alhamdulillah, sambutannya pun boleh tahan.

Dan makin bertambah la lagu Mirwana yang saya suka.
Entah la, lagu Mirwana memang dekat dengan jiwa saya..
dari segi "genre"nya..
Mesej dan da'wahnya..

Apa yang ingin mereka sampaikan..
memang lekat dihati.

Revolusi yang mereka lakukan untuk album terbaru mereka..
(Mirwana- Bumi Akhir Usia)

Langsung tidak menjejaskan pandangan saya terhadap Mirwana.
Kini, hampir semua perkembangan Mirwana saya ikuti.
Kalau undi Mirwana dalam mana2 carta,
memang tak "miss" la.. huhu

Peduli lah apa orang nak cakap..
Fanatik ka.. gila ka.... syok sendiri ka..

NIAT SAYA HANYA SATU!!

Saya akan tetap pastikan...
nilai-nilai da'wah Islam itu..
Tetap sampai kepada semua orang..
TAK KIRA DARI MANA-MANA SUMBER.

Da'wah Islam itu sangat luas..

Seorang Da'ie itu tidak semestinya hanya berada di masjid dan surau..
Seorang da'ie itu perlu UNIVERSAL.

Dan saya terima da'wah Islam melalui HIBURAN.
kerana itu fitrah manusia.

Cuma perlu "kena" pada caranya.


(p/s: adakah aku perlu "bersama" mereka?)




Sunday, July 18, 2010

Warkah dari Hafiz




Ke hadapan sahabatku yang disayangi selalu,

Saudara Muhammad Ajwad bin Amaluddin.
Semoga gembira dan tenang mengharungi noda-noda hidup
yang khas untuk akhi lalui.

Tidaklah ana menulis surat ini tanpa tujuan yang kosong.
sungguh, ana memang tak pandai menulis surat ini.
Harap akhi memahaminya.

Sebelum ana meneruskan coretan dalam surat ini, ana ingin megucapkan
"Selamat Hari Lahir Yang Ke- 16".
Moga-moga hidup akhi lebih banyak memberi daripada menerima.
Bak kata moto hidup Ustaz Hasrizal, "Erti Hidup Pada Memberi".

Ingat tak lagi sewaktu akhi bersama rakan yang lain
menyambut hari lahir akhi,

ana dan khalid sedang berjalan berlawanan dengan akhi?
Waktu itu akhi sedang bermain tepung.
Ana amat-amat bengang dengan akhi waktu itu sebab ana rasa yang
main-main tepung tu buang masa. (Waktu itu, ana baru nak berubah).
Tak sangka sekarang kita menjadi sahabat satu fikrah.

Betul kata akhi, semakin kita berusaha mengejar redha Allah,
semakin bertalu-talu
ujian yang hadir.
Tetapi ana yakin dengan kekuatan jemaah kita beserta dengan

keintelektualan yang ada pada akhi,
INSYA ALLAH kita dapat tempuhi keadaan ini.

Tidak lupa juga SPM yang bakal kita tempuhi tidak lama lagi.
Harapnya akhi sudah bersedia. Insya Allah.
Sampai disini sahaja celoteh ana.

Moga bermanfaat buat akhi.

"Hadirkan SINERGI dalam persahabatan kita!"

-Jazakallahu khairan kathiran!-


(p/s: wahai sahabatku hafiz.. kerendahan hatimu membuatkan aku sentiasa menghormati
dan menyayangimu. uhibbuka fillah, ya akhi!)




Saturday, July 17, 2010

Terima kasih.



Salam.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.
Pada malam 14 Julai yang lepas, telah diadakan majlis kecil-kecilan untuk
menyambut hari ulang tahun kelahiran saya..
Buat kat mana?
Kat rumah saya bertempat di Saujana Utama, Sg Buloh, Selangor.





Hari yang sangat bermakna bagi saya..
Satu perkumpulan yang dirancang oleh abah sendiri..
Untuk menjemput rakan-rakan hadir memeriahkan majlis.




Bermula dengan tahlil ringkas.
Ucapan abah..
Ucapan saya..
Dan seterusnya jamuan..
Tak boleh lama-lama.
Esoknya sekolah. hehe







Tuesday, July 13, 2010

DIA kini 16 tahun.




Salam.
Ini post ke-3 saya mengenai hari jadi..
saya pun tak jangka..
permulaan post saya sebagai seorang blogger..
penuh dengan kek berterbangan di atas kepala.. (haha..)

OK..
permulaan post kali ini..
bermula dengan seorang budak..
yang digelar "cenot" oleh ibunya..
sewaktu kecil..

awalnya dia seorang yang pendiam.. (yekew?)
namun pabila dia meningkat remaja..
dia sudah mula berani.. (huh!)

14 Julai 1994 adalah tarikh lahirnya..
siapa lupa..
dia mesti..
dia mesti...

dia tak marah.. dia tak kisah pun.. (hehe)

nak tau tak dia suka siapa?


dia suka orang yang MERENDAH DIRI..
kerana bagi dia..
orang yang merendah diri itu..
selalu mengajar dia..
supaya tidak MENINGGI DIRI.

Dia suka orang yang BERHIKMAH..
kerana bagi dia..
Setiap perkataan yang keluar dari mulut orang itu..
adalah EMAS..
yang sukar dicari..

Dia suka orang yang PENYAYANG..
kerana bagi dia..
orang yang penyayang itu..
pasti akan menegur kesilapan yang telah dia lakukan...

Dan banyak lagi ciri-ciri orang yang dia suka..
taknak lah tulis semua..
lagipun..
dia ni pemalas nak menaip.. (??)

dia suka menyanyi..
nasyid, nasyid, nasyid..!

eh, suka hati dia lah..
daripada dia nyanyi lagu mengarut..
baik bernasyid!

"Berhibur tiada salahnya..
kerna hiburan itu indah..
Hanya pabila salah memilihnya..
membuat kita jadi bersalah.." - RAIHAN

Dia juga mempunyai harapan yang sangat besar..
dia nak sangat melihat..

REMAJA-REMAJA ISLAM bersatu!
berganding bahu.
menyebarkan betapa indahnya ISLAM.

Namun harapan hanya tinggal HARAPAN..
jika dia terus termenung menunggu "durian jatuh"..

Dia akan terus berusaha..

walaupun ada masanya..

dia jatuh..
namun dia bangun semula..

jatuh..
bangun semula...

jatuh lagi..
bangun lagi...

hingga dia jatuh sekali lagi..
dia tidak berdaya untuk bangun..

namun..
ada orang yang akan..
memapahnya untuk bangun...
menyambut tangannya..

itu yang membuatnya bermotivasi untuk terus berjuang...

Dan semestinya..
dia sangat mengharapkan..
DOA kalian yang membaca..

kerana dia tidak kuat...
jika dia berseorangan..

dia cepat berputus asa..
namun..
kalian yang membaca..
membuatkan dia..
mengesat air mata..
dan terus memandang ke hadapan...

jadi sahabat..
doakan lah dia..
jika sayangkan dia.. :)
Monday, July 12, 2010

Bola VS Gaza




Alhamdulillah, saya melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana diberi peluang
untuk menghadiri KONSERT MAHABBAH AL-GAZA pada sabtu lepas
yang bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam ..

Ramai artis yang telah membuat persembahan malam itu.
Namun tidak semua yang dapat saya tonton kerana 'kelewatan'.
Konsert bermula pukul 9 malam. Saya sampai pukul 10.30.
Kelewatannya pun bukan sebab apa.. cuma traffic jam..
walaubagaimanapun persembahan itu dapat juga saya ikuti melalui liputan
di radio IKIM.FM dalam kereta.

Kesesakan lalulintas membuatkan saya berfikir..
mesti ramai yang menghadiri konsert tersebut.
Namun apa yang saya fikirkan meleset. Rupanya malam itu juga ada perlawanan
bola sepak antara pasukan SELANGOR VS KELANTAN.
Kehadiran penontonnya berlipat-lipat kali
ganda lagi berbanding kehadiran penonton di konsert gaza!

ya memang semua maklum..
pada waktu itu sedang 'panas' orang ramai merai Musim Piala Dunia.
Namun..

Berapa ramai orang yang masih prihatin terhadap Gaza?
Berapa ramai orang yang masih ambil berat terhadap Palestin?
Berapa ramai orang yang masih mengikuti perkembangan saudara-saudara seIslam kita?

ya memang ada yang peduli..
yang tidak peduli?
Berapa pula bilangannya?

Adakah kita berada dalam "golongan yang tidak peduli"?

sahabat..
Walau apa pun yang terjadi..
Jangan sesekali kita lupakan mereka..

KITA dan MEREKA itu bersaudara.
Saudara seISLAM..
Apakah sanggup kita meminggirkan mereka?

Mahukah kita..
Apabila saat umat Islam di negara kita di timpa bencana...
Mereka pula lupakan kita?
Mahu?

Jadi..
PRIHATINLAH TERHADAP MEREKA!

paling kurang pun..
"DOA".

Doa itukan senjata orang mukmin?
Jadi jangan lupa untuk berdoa buat seluruh umat Islam..
lebih-lebih lagi waktu selepas solat..
doalah..
"ALLAHUMMAN SURIL ISLAMA WAL MUSLIMINA FI FALASTIN.."

Dan sebagainya..

Kerana disitulah..
terletaknya KEKUATAN kita..

-Wallahu 'alam-

Friday, July 9, 2010

Bulan JULAI= Bulan Hari Jadi..




ya, bagi saya bulan Julai adalah bulan hari jadi.
Kenapa?

Sebab kebanyakan sahabat-sahabat saya lahir pada bulan ini.
(Termasuk la yang sedang menaip ni.. hehe)

Senyuman lebar dapat dilihat dari sahabat-sahabat yang baru menyambut hari lahirnya.
Yang baru lepas..

UBAIDAH: 1 Julai
FARIS: 6 Julai
SYAFIE: 7 Julai
ADRI: 8 Julai
(maaf kalau ada sahabat yang saya terlupa.. hehe)

dan selepas ni..
ramai lagi sahabat2 yang akan menyambut "birthday"nya di bulan 7.
boleh buat komuniti lepas ni.
hehe



Apa yang cuba saya sampaikan ialah..
tidak kiralah bila, hari apa, bulan apa dan tahun berapa HARI JADI kita..
yang penting..

HARGAILAH KELAHIRAN KITA..!
Allah telah memilih kita untuk hidup di dunia.
Satu nikmat dan anugerah yang tidak ternilai harganya.

Adakah kita "saje-saje" dicipta Allah?
Tidak sahabat..

Kita dicipta,
ada tujuannya.

" Dan ingatlah Aku tidak menciptakan jin dan MANUSIA melainkan untuk
mereka itu MENYEMBAH dan BERIBADAH kepada-Ku."

Surah Adz-Dzaariyat- 51:56

Oleh itu sahabat..
Cuba sesekali pejamkan mata..
Bernafas dengan tenang..
Tanya diri anda..

"Adakah aku sudah melakukan tanggungjawabku sebagai seorang MUSLIM?"

Disitu kita akan dapat membuat kesimpulan..
Di mana "tahap iman" kita sekarang..
Dan..
apa yang kita dah buat untuk ISLAM.

Ingat sahabat!
Jangan terlampau selesa dengan "nama Islam" kita..

"banggenye name aku Muhammad Ajwad!!"

tapi..
Tidak nampak langsung dimana Islamnya kita.

Ayuh!
jadilah muslim sejati..
Kerana disitulah terletaknya..
Kebahagiaan yang hakiki.
Wednesday, July 7, 2010

Profesor dan Si Pendayung Sampan




Suatu hari, seorang profesor bercadang untuk membuat "research" di sebuah
kawasan yang terpencil. Kebetulan ada perkhidmatan sampan yang mampu
membawanya bersiar-siar. Berikut adalah dialog sang profesor dengan
si pendayung sampan. Hayatilah....



Si Pendayung Sampan (SPS): Jemput naik ya, encik..!


Profesor(Prof): ehem-ehem.. prof taw..


SPS: oh! maaf.. jemput naik prof..! (memandang atas bawah)


Prof: bawa saya bersiar-siar di kawasan ini, ya..


SPS: ok, prof!



Setengah jam berlalu di atas sampan....



Prof: errkk.. boleh saya bertanya?


SPS: oh, boleh prof. ade apenye?


Prof: awak boleh membaca?


SPS: errk.. hehe.. tak boleh..


Prof: huh, bahaye tu.. awak da hilang 1 per 4 daripada hidup awak.


SPS: owh, yeke... (sedih)


Prof: mmm.. lagi satu. awak pandai mengira tak?


SPS: Allah! lagi la saye tak boleh..!


Prof: Haaaaa!!?? lagi bahaye! awak da hilang lagi 1 per 4 dari hidup awak!


SPS: hhhmm... (bertambah sedih) nak wat macam mane prof... ni la hidup saya.


Prof: awak kena belajar dari sekarang tau. takut nanti terlambat.. dah payah nak masuk.


SPS: insya allah, prof!



Selang beberapa minit, tiba-tiba...............




SPS: eerrkk!! ALAMAK! habis la kite prof!


Prof: huh! kenapa?


SPS: Sampan ni da terbocor! nanti mesti tenggelam!


Prof: habis tu?? macam mana ni??!!


SPS: Ok takpe.. kite boleh berenang.. Prof pandai berenang tak?


Prof: errk.. tak pandai!


SPS: hhhmm... nampaknya sekarang.. prof da hilang 100% daripada hidup prof!




Moral: Jangan merendah-rendahkan orang lain. Dan jangan sesekali riak dengan
kebolehan yang kita ada. Allah kurniakan sesuatu anugerah supaya kita hargai
di samping terus mendekatkan diri kepada-Nya. -Wallahu 'alam-


Sumber: Ceramah umum USTAZ HASHIM AHMAD


Tuesday, July 6, 2010

HAPPY BIRTHDAY> Selamat Pendek Umur..


SELAMAT ULANG TAHUN!

Wah, gembiranya bila tiba hari jadi kita.

Tapa hakikatnya...
Setiap kali tiba ulang tahun kita....

Semakin pendek jangka masa kita...
untuk bertemu dengan-Nya...

Oleh itu sahabat,
RAIKANLAH ULANG TAHUN KITA DENGAN GEMBIRA!!

Disamping terus membakar azam
untuk meningkatkan amalan
sebagai bekalan untuk
bertemu dengan-Nya!

"HAPPY BIRTHDAY!!"





Monday, July 5, 2010

Barakallahu fika, ya UBAIDAH!




rasanya ana masih belum terlambat lagi nak ucapkan
selamat ulang tahun yang ke- 14
buat sahabat/ adik da'ie yg disayangi,
MUHAMMAD UBAIDAH BIN AHMAD YANI
yang jatuh pada 1 JULAI yang lepas.

semoga menjadi anak yang soleh,
sahabat yang setia,
pejuang yang berani
dan muslim yang sejati, insha allah.

Barakallahu fika, ya zamili!
May Allah bless you!

Sunday, July 4, 2010

Sejarah tanggal 4 Julai 2010...






Assalamu'alaikum warahmatullahi wa barakatuh wa maghfiratuh wa ridhwanuh..

Alhamdulillah, limpahan puji kusandarkan ke hadrat Allah S.W.T. diatas rahmat dan hidayah-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
rasul buat sekalian alam.

Alhamdulillah, tanggal 4 Julai ini tidak akan saya lupakan diatas lahirnya blog rasmi saya sendiri,
ajwadaie.blogspot.com (Kembali PadaMu). Pada tarikh ini jugalah titik permulaan untuk saya
mengembangkan minda dalam menghasilkan karya (insya allah), berkongsi pengalaman dan
mungkin serba sedikit mengenai aktiviti harian saya.

Insya allah, tiada tujuan lain dalam penubuhan blog ini selain terus berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah Sang Pencipta dan dalam usaha untuk "Kembali Pada-Nya".


Ya Allah,
berkatilah perjuanganku ini,
janganlah Kau sisihkan aku,
dari rahmat dan hidayah-Mu,
kerna aku ingin...


"KEMBALI PADA-MU"


VIEWS METER

About Me

My Photo
ajwadaie
Muhammad Ajwad bin Amaluddin dilahirkan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994. Anak kedua dari empat adik beradik ini membesar disana dan kemudiannya telah berpindah ke Saujana Utama, Sungai Buloh sewaktu umurnya menjejak 10 tahun. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Penchala, KL dan di SK Saujana Utama, Sg Buloh. Kemudiannya meneruskan pengajian sekolah menengahnya di SMK Saujana Utama, Sg Buloh. Kini beliau telah menyambung pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Sains Kemanusiaan. Mula menulis blog pada pertengahan tahun 2010 setelah mendapat dorongan dari bapanya yang juga merupakan artis dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal. Melalui moto inspirasi, "Kembali Pada-Mu", beliau tekad meneruskan hidup sebagai seorang blogger hanya untuk mencari Redha Allah SWT.
View my complete profile

Followers

Popular Posts

Powered by Blogger.

Halwa Telinga